20 - Perempuan Oh Perempuan!

855 54 1
                                    

"TOLONGLAH aku Aliya... jadi pengapit aku. Kau tahu kan, aku tak ada adik beradik, kawan apatah lagi. Kalau ada pun, semuanya otak aku dah lupakan. Takkan aku nak suruh si Muiz tu jadi pengapit aku. Pelik la wedding aku nanti." Pujuk Talia untuk kali yang entah keberapa. Tidak dapat dibayangkan jika Muiz beradi di pelaminannya sebagai pengapit perempuan. Ada masuk Malaysia Book of Record, haru!

Hari ini sudah masuk hari ketiga dia memujuk Aliya untuk menjadi pengapitnya. Namun, selepas saja Aliya tahu Faqih Ahmad Ziyad menjadi pengapit bagi Megat Raed, terus Aliya tarik diri yang pada awalnya sudah setuju. Baju semua sudah ditempah bersama-sama baju bridesmaids yang lain. Takkan nak suruh orang lain gantikan tempat Aliya.

Lagipula takkan nak suruh Dr Syed Taufiq Attar jadi pengapit. Memang tak mengapa tetapi lelaki itu sudah berkahwin dan malas untuk berdiri lama dalam majlis. Ada anak yang perlu dijaga katanya.

"Kan aku dah kata, aku tak nak ada kena mengena dengan Ziyad."

"Ziyad just pengapit. Sama macam kau. Nothing more, nothing less. Dan kau sendiri yang kata kan... Ziyad dah ada girlfriend baru. Kau pun dah move on kan? So, what's the problem here?"

Memang itu yang Aliya ceritakan dahulu. Selepas dia pulang ke Malaysia. Faqih Ahmad Ziyad sudah ada kekasih baru dan Aliya sendiri nampak dengan matanya sendiri. Aliya pun turut mengatakan bahawa yang dia sudah move on dari Ziyad. Jadi, Talia tidak nampak sebarang masalah disini. Masing-masing sudah ada jalan sendiri. Kecualilah...

"Atau kau masih belum move on dari Ziyad? Sebab tu kau liat sangat nak tolong aku kan? Kau takut hati kau tak kuat mana untuk hadap dia nanti memandangkan korang akan bersama dalam tempoh masa yang lama. Macam tu?" Kening Talia terangkat melihat Aliya yang terkebil-kebil memandang dia. Terus senyuman sinis Talia terukir.

Headshot!

"Oh, I see. Kau belum move on dari Ziyad. No wonder lah..."

Perempuan oh perempuan! Mulut cakap lain, hati cakap lain. Selalu tak seiringan!

"Talia... Stop it!" Kata Aliya sedikit keras apabila ditanya terus menerus oleh Talia. Paling tak suka bila Talia boleh baca hatinya. Matanya menjeling Talia tajam.

Rasa nak marah, tapi kena sabar. Nak marah, rasa nak marah, tapi kena sabar!

'Dah la minta tolong kita, tapi sempat pulak menyakitkan hati kita!' omel Aliya dalam hati.

Talia ketawa kuat. Suka hatinya apabila dapat mengusik Aliya.

"Okay, then! But, tolong aku okay?"

Aliya mengeluh lemah. Rayuan Talia sudah genap 3 hari. Lagi 2 hari, gadis itu bakal bernikah. Takkanlah dia nak bebankan Talia dengan perkara seremeh ini.

Nampak remeh, namun memberi impak yang besar pada Aliya. Memang dia kata dia dah move on dari Ziyad. Move on sekadar lepas dibibir namun tak lepas dihati. Masih terkenang kisah lalu yang langsung Aliya tak kesalkan.

"Fine! Tapi anak aku nak letak mana?"

"Abang Raes ada. Ha, tak pun Dr Taufiq. Kau kenal kan? Anak kau, kawan dengan anak dia. Mana tahu nanti besar, berjodoh."

Aliya menjeling. Budak baru sebesar 5 tahun begitu sudah diatur jodoh oleh Talia. Suka hati saja.

"Boleh eh, kau jadi pengapit aku?"

"Iya! Kali ni saja."

"Ya, memang kali ni saja pun. Aku nak kahwin sekali je seumur hidup dengan crush aku tu." Balas Talia dengan gediknya.

Aliya menjulingkan mata. Malas nak melayan Talia versi gedik begini. Jarang perangainya keluar, tapi sekali keluar, memang rasa nak karate kepala tu... terlentok sana-sini bikin hati Aliya menyampah.

"Petang nanti aku nak jumpa abang Raed. Kau nak ikut?" Tanya Talia tiba-tiba.

Kening Aliya berkerut. Dah kenapa tiba-tiba Talia nak ajak dia keluar dating dengan dating dengan Megat Raed?

"Kenapa kau tiba-tiba?"

"Tak lah... mana tahu kau nak jumpa Ziyad. Melepaskan rindu mungkin."

"Kepala hotak kau. Kau kalau taknak leher kau terkehel waktu nikah nanti, jangan sebut nama dia eh."

MASUK ke dalam bilik kerja Megat Raed, Talia letakkan Americano sejuk bersama-sama sekotak kecil chocolate indulgence yang menjadi kesukaan Megat Raed. Satu yang Talia nampak, Megat Raed mudah orangnya. Suka semua benda. Kopi pahit bersama-sama kek yang manis. Itu yang sering menjadi pilihannya.

"Hye, sweetheart." Tegur Megat Raed.

Talia menoleh memandang Megat Raed yang masih tubuhnya berbalut kot putihnya. Walaupun sudah petang, aura Megat Raed masih kekal biarpun penat menerima kunjungan pesakit yang tidak pernah berkurang setiap hari.

Megat Raed mengatur langkah masuk ke dalam biliknya. Pintu dibiarkan sedikit renggang. Kerusi dihadapan mejanya ditarik untuk Talia. Menyuruh gadis itu duduk tanpa berkata. Kemudian dia bergerak ke kerusi kerjanya dihadapan Talia lalu duduk sebaik saja kot putih dilepaskan dari badan. Hanya tinggal scrub biru yang menutup badannya.

"Abang Raed on call malam lagi, hari ni?" sengaja dia bertanya biarpun dia sudah tahu jawapannya. Tapi seingat dia, empat hari lepas, Megat Raed sudah mengambil shift malam.

Megat Raed mengangguk. Americano yang terletak diatas meja tecapai terus disedut masuk. Sejuk saja melalui kerongkongnnya yang kering sejak tadi.

"Hari tu abang cover member. Hari ni memang shift abang. Hari ni sambung esok pagi. Lepas tu abang cuti." Senyuman Megat Raed memeka apabila cuti disebut.

Lega rasanya dapat berehat sekejap dari kerjanya.

"Maksu tahu Talia datang jumpa abang?" Tanya Megat Raed. Dulu maksunya melarang untuk mereka saling berjumpa terlalu kerap. Darah muda sedang menggelegak katanya.

Tapi Megat Raed menangkis dakwaan itu dalam hati. Dia tak ada lah muda mana sekarang. Dia 10 tahun lebih dewasa berbanding Talia.

"Tahu. Talia call lepas Talia sampai. Berleter panjang ibu. Kata ibu lagi dua hari nak hidup sekali, lagi nak berjumpa kerap-kerap." Ujar Talia dengan mimic wajah tidak puas hati.

Megat Raed ketawa kuat. Tidak tahu untuk membalas apa. Terhibur rasanya bila Talia buat muka macam itu tadi.

"Abang Raed cuti berapa lama?"

"Seminggu. Abang nak holiday, honeymoon puas-puas. Penat mengadap kerja. Boleh mengadap sweetheart abang hari-hari pula lepas ni." Senyuman gatalnya terlukis.

Talia menjegilkan mata.

"Jangan nak miang keladi sangat. Talia cuti 3 hari je."

"Lah! Pendeknnya cuti. Minta la seminggu dekat Aliya. Mesti Aliya faham punya. Please... teman abang waktu cuti nanti."

"Tengoklah macam mana nanti! Talia nak balik dulu. Nanti bakal mak mentua abang membebel balik lewat. Bye!"

"Abang hantarkan sampai kereta." baru Talia berura-ura bangun dari kerusi, Megat Raed memintas laju.

Dan sepanjang-panjang perjalanan dari bilik kerja Megat Raed ke parkir kereta, tak putus-putus orang mengusik dia dan Megat Raed. Naik merah muka Talia.

Megat Raed hanya menanyang muka bangga. Apatah terserempak dengan The Trio. Makin berlagak muka ditayangkan apatah lagi untuk Faqeh Ahmad Ziyad yang masih memegangan status solo ditinggalkan kekasih itu.

170322

Shi

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now