3-Permulaan

1.2K 55 0
                                    


"ABANG Raes!" Panggil Talia setelah dia keluar dari kereta. Matanya memerhati susuk tubuh Megat Raes yang sasa itu. Lebih sado berbanding si abang, Megat Raed.

"Hey girl! How are you, Talia?" Megat Raes mendekati Talia yang juga mendekatinya.

Megat Raes melihat tubuh kecil gadis yang tingginya hanya separas dagu. Pendek! Tapi masih cantik dengan blouse labuh bersama jeans putih. Kepala itu juga tertutup dengan sehelai tudung yang dia tidak kenal bentuknya. Tapi rasanya itu shawl.

"Good and still survive. I brought this for you!" tangan Talia diangkat menunjukkan paper bag yang dia bawa tadi. Dibuat khas untuk Megat Raes.

"I can smell Mexican bun. Isn't it?"

Talia tertawa kecil dan kepalanya menangguk mendengar jawapan Megat Raes.

"Oh my God! Lama tak makan Mexican bun yang Talia buat. Thank you so much girl!" ucap Megat Raes ikhlas. Hatinya rasa terharu apabila gadis itu sudi membuatkan dia Mexican bun yang dia suka.

Megat Raes mengambil paper bag itu, dibuka dan dihidu aroma kopi dari bun itu.

"Smell so good. You're the best, girl!"

"Of course I'm the best. Hayera Talia kot!" balas Talia dengan riak wajah yang bangga apabila dipuji begitu oleh Megat Raes. Hatinya rasa berbunga-bunga sekarang apabila pemberiannya dihargai oleh Megat Raes.

"Abang Raed ada dalam rumah ke?"

"You come here to meet me, girl. Kalau Raed tu, selalu sangat Talia jumpa. Tak bosan ke asyik tengok muka dia? Daripada tengok muka Raed, better tengok muka abang Raes. Dah la lama tak jumpa."

"Masalahnya muka abang Raes dengan abang Raed sama je."

Walaupun muka mereka sama, Talia mampu untuk membezakan mereka kerana warna kulit Megat Raes sedikit gelap kesan panahan matahari. Selain itu, Megat Raes kelihatan lebih maskulin kerana kerjayanya. Apa yang Talia perasan, Megat Raed ada lesung pipit kecil yang akan terlihat apabila lelaki itu tersenyum lebar.

"Oh shoot! Tapi abang lagi hot." Tawa mereka bersatu. Memang tak dapat dinafikan, Megat Raes agak lebih popular dari abangnya. Mungkin disebabkan sisi maskulin itu yang membuatkan Megat Raes lebih diminati berbanding Megat Raed, Talia tidak tahu.

"Abang merantau sana sini, abang still tak ada girlfriend ke?"

"Nope. Abang tunggu Talia."

"Nice one abang Raes. Very nice." Talia menepuk tangan beberapa kali menyambut gurauan Megat Raes. Kelakar apabila Megat Raes menyatakan bahawa lelaki itu menunggunya.

Megat Raed yang perasan dua orang manusia dia luar rumah itu menyarung seliparnya lalu mendekati mereka. Telinganya menangkap gelak tawa gadis dan lelaki itu bersatu walaupun mereka memebelakanginya.

"Gelakkan apa kau orang ni?" sapa Megat Raed dengan soalan. Sorotan matanya melihat sepupunya yang berpakaian sopan itu.

"Abang Raes kata dia single sebab tunggu Talia. Apalah!" beritahunya dengan sisa tawa yang masih ada.

"Abang Raes, nanti panaskan balik tau bun tu. Kalau tak, tak best makan nanti. Talia masuk tolong ibu dengan maklong kejap."


KAWASAN kedai mamak yang dipenuhi orang ramai langsung tidak memberi apa-apa kesan kepada Muiz untuk menunggu kawan-kawannya tiba.

Kalau janji tu memang melayu sungguh. Hatinya bersungut bila janji yang dibuat bersama kawannya tadi kini sudah lewat 30 minit.

Teh ais dicicip perlahan sambil matanya melihat skrin telefon. Melihat Whatsapp yang mungkin masuk dari kawan-kawannya itu.

"Sorry aku lambat Iz." Naufal tarik kerusi berhadapan Muiz lalu duduk disitu. Tanggannya menggamit mamak yang sedang mengambil order dari meja lain.

Setelah selesai memesan minuman, Naufal hanya bersantai. Melihat Muiz ralit dengan telefonnya, Naufal hanya melayan suasana malam yang penuh dengan orang ramai.

"Kau tahu Fal, aku jumpa Talia tadi." Suara Muiz sambil meletakkan telefonnya ke atas meja. Memandangkan kawan yang lain belum tiba, baik dia ceritakan tentang Talia pada Naufal memandangkan lelaki itu pernah ada sejarah dengan Talia.

Naufal yang tadinya duduk bersandar terus menegakkan tubuhnya. Tegang dan kaku. Matanya tepat memandang Muiz di hadapannya untuk memastikan kebenaran yang dia dengar tadi. Jantungnya kuat mengepam darah sampaikan terasa ke otak. Liurnya ditelan.

Air yang dipesannya tadi turut tiba. Selepas saja pelayan itu pergi, dia terus bertanyakan Muiz tentang Talia.

"Serious lah kau jumpa Talia? Hayera Talia, classmate kita tu?" soal Naufal serius.

Hampir 6 tahun, Naufal tidak pernah berjumpa dengan Talia sejak peristiwa itu. Dulu memang dia yang melarang Talia untuk mencarinya. Tapi baru-baru ini, dia ingin sekali berjumpa dengan wanita yang pernah menjadi kesayangannya dulu. Masih.

Malangnya, nombor telefon yang dulu Talia guna sudah digunakan oleh orang lain. Media sosial Talia tidak lagi dia temui. Gadis itu hilang seperti tidak pernah wujud dalam hidupnya. Lesap dari semua orang begitu saja.

"Ya. Aku terserempak dengan dia depan café apa nama entah petang tadi. Aku nak ambil kek yang adik aku order dekat situ tadi, tapi terlanggar dia." cerita Muiz lagi.

Melihat kepada khusyuk Naufal mendengar ceritanya, Muiz menyambung lagi. "Talia tu nampak macam nak melarikan diri dari aku je tadi."

Mengingatkan riak wajah Talia tadi membuatkan Muiz berfikir lagi.

"Dia macam nak larikan diri, nampak tak selesa dengan aku padahal dengan dia dulu mana simpan rahsia apa-apa." Muiz menggelengkan kepala beberapa kali sebelum melepaskan nafas berat mengingatkan Talia. Sedih juga dia apabila Talia seperti melarikan diri padahal mereka dulu sangat rapat.

Tapi setelah Talia dan Naufal berpisah, Talia terus hilang selepas Naufal pergi ke UK untuk melanjutkan pelajaran. Kadang dia berfikir, apakah sebab Naufal dan Talia berpisah padahal dia nampak, dulu Naufal dan Talia baik-baik saja. Komunikasi antara Naufal dan Talia juga baik.

"Dia sihat ke?"

"Tak sempat aku nak borak panjang tadi. Aku bagi kad aku, terus dia blah. Nampak macam baik-baik je hidup dia."

Mendengar pada jawapan Muiz, Naufal hela nafas lega. Syukurlah kalau gadis itu baik-baik saja selepas dia pergi biarpun dia masih ada rasa bersalah meninggalkan gadis itu dulu demi kepentingan dirinya sendiri.

"Aku nak tanya kau something la. Kenapa kau dengan Talia putus dulu eh?" Tajam mata Muiz melihat Naufal yang terdiam. Muiz pasti ada perkara yang telah terjadi. Kalau salah itu datang dari Naufal, memang dia akan kerjakan Naufal kerana menyakitkan hati wanita yang dia anggap sahabat itu.

Naufal telan liur. Alasan yang tiada siapa tahu kenapa dia menghalang Talia mencarinya. Dan itu adalah sebab Talia berputus asa dalam hubungan mereka. Dan dia pergi melarikan diri.

Patahan mata Muiz terputus apabila kawan mereka yang lain sudah tiba. Janji pukul 8.30 malam. Pukul 9.20 baru nampak muka. Hatinya mengeluh.



Rasa macam something fishy tak antara Talia dengan Naufal ni?🤔

Sesuatu sangat tau😏

Vote and comment okey?

150921

SHI

[C] Cukup SempurnaМесто, где живут истории. Откройте их для себя