44 - Cukup Sempurna

938 58 3
                                    

Selamat Hari Raya Aidiladha semua! 


Happy Reading 💕💕💕😘😘😘😘💕💕💕😍😍

Vote and comment!


TUBUH Talia langsung tidak bergerak. Termenung mengenangkan rasa sakit yang tak mampu dia tafsirkan. Matanya terbias dengan wajah ayu Laila Raihana. Dia masih ingat susuk tubuh dan wajah wanita itu.

Laila Raihana dan Hayera Talia bagaikan saudara kandung. Wanita itu juga yang Megat Raed Baihaqi cintai. Dirinya bukanlah sesiapa dalam hidup lelaki itu. Dikahwini hanya kerana sepasang mata milik Laila Raihana yang ada padanya.

Air mata Talia kembali menitis setitik- demi setitik. Laju. Bersilih ganti tanpa henti. Kepalanya terasa berat. Kerana dirinya terus-terusan berfikir tentang perkara ini.

Semalam dia rasa seperti Megat Raed menemaninya sepanjang malam. Megat Raed mendakapnya ketika dia menangis di tikar sejadah. Suaminya itu menangkan dia dan menidurkannya di katil. Seketika, dia rasa seperti Megat Raed memerhatinya. Menarik di ke dalam pelukan diatas katil. Dia juga rasakan lelaki itu menemaninya sepanjang malam. Namun, apabila dia sedar subuh tadi, jam 6.15 pagi, dia cuma berseorangan.

Itu cuma mimpinya. Pada awalnya memang dia mahu berseorangan, tapi apabila Megat Raed berlalu malam tadi, hatinya kembali sedih. Ingatkan suaminya itu nak memujuk untuk tidak berpisah tempat tidur, tapi lain yang jadi. Rela hati keluar dari bilik tanpa paksaan.

Pintu bilik yang dibuka dari luar langsung tidak Talia pandang. Tubuh Megat Raed perlahan melangkah ke katil menghampiri isterinya yang masih dalam tangisan.

"Abang pergi kerja dulu, sayang." Beritahu Megat Raed. Telapak tangannya menghampiri kepala Talia. Namun begitu Talia tarik kepalanya kebelakang sedikit. Dia tidak mahu Megat Raed menyentuhnya padahal dia bukan sesiapa dalam hidup Megat Raed. Itu akan menambahkan sakit dalam hatinya.

Seperti malam semalam, dia tahu Megat Raed terluka dengan apa yang dia lakukan. Terus mengelak daripada disentuh lelaki itu. Tapi sabarnya seorang Megat Raed itu memang tak boleh dia gambarkan.

Walaupun terluka, Megat Raed masih mampu untuk menghadiahkan dia sebuah senyuman yang manis pada matanya. Namun itu yang membuatkan hatinya terhiris kerana lelaki itu tiada rasa untuk memarahinya untuk pekara yang dia tolak sekarang atau perkara tentang masa lalu mereka.

Megat Raed tetap meletakkan tangannya pada ubun-ubun si isteri. Diusap perlahan untuk memujuk, namun tiada suara yang mampu dikeluarkan. Emosi Talia terlalu rapuh sekarang. Semalam Talia sendiri meminta izin untuk tidur berasingan. Dia relakan. Dia tahu keadaan Talia bagaimana. Mana mungkin dia mahu memburukkan lagi kondisi Talia.

Selepas itu, Talia menangis dalam telekung, tertidur dalam pelukannya. Mengigau. Dan dia temankan wanita itu tidur. Dia kembali terjaga pada jam 5.50 pagi. Lalu dia bangun tinggalkan bilik mereka walaupun pada waktu dia sedar itu, Talia erat memeluk tubuhnya bagaikan tidak mahu dilepaskan.

"Jangan pergi café harini. Rehat dekat rumah. Apa-apa call abang, okay?

Tiada jawapan. Namun Talia hanya memasang telinga. Mana mungkin Megat Raed membenarkan dirinya keluar dalam keadaan emosi dirinya yang masih kurang stabil ini.

Kadang dia keliru, adakah Megat Raed menganggap dirinya sebagai bekas kekasihnya yang meninggal dunia gara-gara dia? Atau Megat Raed cuma kasihan akan nasib malang yang menimpa dirinya. Dirinya yang terlalu kusut untuk dirungkaikan?

"Abang tahu kenapa sayang muram macam ni. Bukan saja soal Naufal bawa Talia ke hotel tempoh hari, tapi sebab ingatan Talia semua dah kembali kan?"

Beku. Talia tidak bergerak apatah lagi bersuara.

[C] Cukup SempurnaWhere stories live. Discover now