✧Bab 1✧

424 83 11
                                    

Amyra P.O.V

"Mama?! Serious ke ni?!" Aku terjerit kecil. Mama Zahra menyentuh bahuku.

"Mestilah sayang. Buat apa mama nak bohong pula, kan? Kita akan pindah ke Melaka!" Mama Zahra tersenyum semanis gula ke arahku.

"Tapi, Amyra tak nak tinggal kat Melaka! Amyra nak stay sini juga!!" Aku menghentak kaki berulang kali.

Tinggal saja lah di Kuala Lumpur! Kenapa perlu berpindah? Aku dah selesa tiga tahun di sekolah menengah. Tiba-tiba kena pindah pula?!

"Amyra, bukan mama yang nak pindah, sayang. Tapi kan papa Adam dapat kerja kat Melaka? Papa Adam baru dinaikkan pangkat. Sebab tu kita kena pergi Melaka" Mama Zahra berkata; lebih kepada memujuk ku.

"Macam mana dengan kubur ibu, ayah?" Aku cuba mencari akal. Aku tetap tak mahu tinggal di Melaka! Aku nak terus menetap di sini!

"Sekali sekala kita balik Kuala Lumpur, ziarah kubur diorang. Okay?" Mama Zahra ada sahaja alasan mahu bawaku tinggal di Melaka.

Tak suka tau!! Nak duduk Kuala Lumpur...
Okay, aku agak keterlaluan...

Aku okay je sebenarnya nak tinggal kat Melaka. Cuma, aku akan rindu dengan pelajar-pelajar yang selalu aku buli! Mesti diorang gembira aku pindah! Arghh, tak guna betul!

"Dia bukannya apa, mama! Dia tak nak tinggal Melaka sebab dia nak buli pelajar kat sekolah sini! Cuba mama tazkirah sikit pelajar nakal macam Amyra tu!" Rayyan menyampuk perbualan kami.

Ini ada juga yang aku senduk kepala kejap lagi ni! Mama Zahra dah berulang-ulang kali pesan, jangan menyampuk bila orang lain bercakap!

"Ayyan, kamu lupa ke mama kata apa? Berapa kali dah mama pesan kat kamu? Nak mama pesan berjuta kali lagi ke?" Rayyan  terdiam. Dia terus membuat isyarat zip mulut.

"Haha, padan muka! Kena marah dengan mama!! Welkk!" Aku menjelir lidah ke arahnya. Rayyan membesarkan biji matanya. Ingat aku heran sangat?!

"Amyra ikut kitorang ya? Ke Amyra nak tinggal dengan nenek and atuk? Mama okay saja kalau Amyra nak tinggal situ" Mama Zahra mengugut aku?!

Macam lah Mama Zahra tak tahu yang aku tak suka tinggal di sana! Nenek Syerah suka membebel dua puluh empat jam!

Perkara yang aku tak buat pun aku kena bebel! Pelik betul!

Contohnya, dia yang makan bersepah, nanti aku pula yang kena marah! Tak adil kan?

Ada sehari tu aku dah siap sapu sampah, Nenek Syerah boleh terlanggar bakul sampah! Mestilah sampah tu berterabur balik kan? Korang tahu dia kata apa?

'Amyra, kenapa tak sapu sampah lagi ni? Nenek penatlah cakap dengan kamu. Berapa kali nenek kena ulang? Sapu sampah! Sapu sampah! Sapu sampah!'

Haah, sapu sampah! Sapu sampah! Dia ulang perkataan tu sampai Mama Zahra datang ambil aku. Rasanya hari tu bernanah telinga aku ni!

"Okaylah, mama" akhirnya, aku yang kena mengalah. Kalau dibiarkan conversation ni melarat, memang sampai malam tak habis!

"Good, macam ni lah mama sayang" Mama Zahra mengucup dahi ku. Dia lantas bergerak menuju ke ruang tamu.

Aku menjeling ke arah Rayyan sebelum aku masuk ke dalam bilik. Sempat aku dengar rayuan membebel sendirian.

"Kalau dengan Amyra, mama punya baik tu, bukan main lagi! Kalau dengan Ayyan, nak marah je kerja!"

Aku tertawa di dalam bilik. Rayyan, Rayyan! Kau lelaki ke pondan?!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Dua puluh empat. Dua puluh lima" aku mengira bintang di langit. Macam best je buat pekerjaan bodoh ni! Dari tadi aku mengira, baru dua puluh lima yang aku dapat?!

Malam ni tak banyak bintang. Hanya ada dua puluh lima (seperti yang aku kira sebentar tadi) bintang sahaja.

"Orang tua-tua cakap, kat bintang paling bersinar boleh nampak ibu bapa kita. Betul ke benda tu?" Aku perhati bintang yang paling bersinar. Di situ jua terdapat pasangan bintang yang bersinar.

Cantiknya! Aku mula membuat tangan seperti mahu menggapai bintang itu.
Kecil betul bintang tu!

"Menipu je semua tu! Amyra percaya ke benda-benda karut macam tu?" Mama Zahra menghampiri ku di tingkap. Aku menggeleng kepala.

"Mestilah tidak! Ibu dan ayah Amyra dah ada kat Syurga! Buat apa diorang nak jadi bintang lagi, kan? Lebih baik ada kat Syurga daripada jadi bintang!" Aku terus memerhati gugusan bintang di langit.

"Betul lah tu. Amyra dah baca surah Yaasin hari ni?" Aku terlupa! Aku lantas menggeleng kepala. Aku lihat jam di atas meja, sepuluh minit lagi nak azan Maghrib.

"Amyra tutup tingkap tu. Nanti solat maghrib berjemaah lepastu baca Yaasin sama-sama, okay?" Aku tersenyum manis sebelum mengangguk kepala.

"Mama keluar dulu ya?" Mama Zahra terus keluar dari bilik ku.

Jujur, walaupun aku tak pernah lihat wajah kedua-dua orang tuaku, tapi aku dapat rasakan kehadiran mereka.

Mereka ada disetiap saat aku jatuh,
Disetiap saat aku rebah,
Disetiap saat aku menangis.

Aku sayangkan mereka♡

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Mama, lama lagi ke nak sampai Melaka? Bukan sepatutnya dalam dua jam macam tu je ke?" Aku mula bosan berada di dalam kereta.

Dengan barang-barang bersepah dalam kereta ni! Sempit tahu tak?! Nak lelapkan mata pun susah! Rayyan bolehlah, tidur ternganga dari awal masuk kereta sampai sekarang!!

"Memanglah sayang, hari ini sesak sikit jalan raya nak ke Melaka. Lagi satu jam kita sampailah rumah baru kita" Aku mula menguap. Mama Zahra cakap pun aku dengar tak dengar je.

"Amyra mengantuk ya? Tidurlah dulu, nanti papa kejut kan" Saat Papa Adam bicara, aku telah terlelap.

"Tengok anak sayang tu, baru cakap sekejap dah tertidur dah" Papa Adam memegang tangan kanan Mama Zahra. Sebelah tangannya masih setia memegang stereng kereta.

"Lepaslah! Dalam kereta pun jadi eh?! Nak kena ni!!" Mama Zahra mencubit lengan Papa Adam.

"Aduh, sayang! Sakit tau! Kalau kita kemalangan tadi macam mana?! Siapa nak tanggung?!" Papa Adam menjerit kecil. Tangan ketam rupanya Mama Zahra ni!

"Tak apa, insurans kenderaan kan banyak" Mama Zahra mengenyitkan mata.

"Haha... Insurans.... Insurans.... Dah kalau semua mati, siapa nak ambil insurans tu? Kita yang dah meninggal? Roh kita tuntut insurans tu?!" Papa Adam menepuk dahinya. Pelik dengan sikap Mama Zahra.

"Hehe, saya gurau je lah! Janganlah marah sangat. Cuba senyum sikit, kan comel!" Mama Zahra mencubit pipi Papa Adam pula.

"Ha, nanti kemalangan betul-betul baru tahu!" Papa Adam sempat berdehem.

Mama Zahra akhirnya membuat keputusan untuk melihat pemandangan luar sahaja. Layan Papa Adam pun menyakitkan hati!

Dari tadi aku perhati je mereka bersembang. Diorang punya sweet tu, boleh buat aku muntah hijau!

Lebih baik dari tadi aku tidur saja!
Penat pun, aku dah penat sangat ni!
Habis basah ketiak aku!

Err, aku gurau je.
Selamat jalan semua!

✧ To Be Continued ✧

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now