✧Bab 23✧

155 50 3
                                    

Amyra P.O.V

B*dohlah mamat ni! Asal tak sedar-sedar lagi?! Nak dekat 30 minit aku tunggu macam pak guard kat luar wad dia. Dia boleh senang lenang tidur kat katil tu lagi kan?!

Boleh tak aku kerat badan dia 18 ketul?

"Adik?" Nurse mula menyapa aku. Aku terus berdiri lalu menuju ke arah nurse itu.

"Ya kak? Zarith macam mana? Dia okay ke?" Aku sebenarnya hairan.

Tak kan sebab kena pisau, sampai tak sedarkan diri selama dua hari? Korang tak musykil ke, gang?

"Dia okay. Cuma--" Nurse itu kembali diam. Aku mengerutkan kening.

"Cuma apa kak? Saya kawan dia. Akak bagitahulah kat saya" Time time macam ni baru nak mengaku kawan. Haha!

"Adik tanyalah dia. Akak pergi dulu eh?" Nurse itu mula melangkah pergi meninggalkan aku di luar wad Zarith.

Aku malas nak fikir. Aku terus masuk ke dalam wad Zarith.

Kau tahu dia tengah buat apa? Sempat pula dia melantak buah-buahan yang disediakan kat situ.

Dia sapa aku macam mana? Dia jeling je weh! Aku kalau cucuk biji mata dia dengan garfu, baru tahu!

"Kau asal? Tak pernah nampak orang makan ke?" Aku mengherotkan bibir. Fikir aku tengah tengok dia makan ke?

"Siapa entah rindu nak bergaduh dengan aku. But don't worry, lepas ni kita gaduh sentiasa ya?" Dia mula tersenyum sinis.

OMG!! Dia dengar apa yang aku cakap sebentar tadi? How can he do that? Haha, aku yang gil* sebenarnya cakap benda yang bukan-bukan!

"Ingat aku tak sedarkan diri, aku tak dengar kau cakap apa ke? Kau kena lempang pun aku tahu tau"

Dia perli aku pula ke?! Setan punya Zarith! Aku sumpah dia jadi laksa baru tahu!

"Diamlah, aku blah dulu" Malas aku lama-lama kat sini. Lebih baik aku cepat-cepat pergi dari sini. Aku terlupa pula nak tanya dia sakit apa.

Weirdo. Asal aku rasa macam ni?
Sudahlah, aku tak nak fikir apa-apa dah!

"Makan elok-elok, mati tak ada sapa nak tanggung kau!"

Aku sempat dengar dia tersedak. Haha, padan muka kau yang hodoh tu!

Seronoknya dapat kacau dia!
Rasa bahagia, hahaha!!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Mama, hari esok Amyra duduk rumah nenek kan?" Bersinar-sinar mata aku apabila dapat pergi ke rumah Nenek Syerah!!

Rindunya, walaupun baru sahaja dua minggu lepas aku pergi rumah Nenek Syerah, hehe!!

"Ya, sayang. Mama dengan Papa ada hal kat Terengganu. Amyra okay kan tinggal dengan nenek?" Aku tersenyum lantas mengangguk kepala.

Aku okay dah!! Mereka tak bebel-bebel kat aku dah, terutamanya Nenek Syerah, phew!

"Macam mana boleh okay?" Mama Zahra ni, ada-ada je soalan dia!

"Sebab dah okay. Nak buat macam mana kan?" Haha, ayat aku pun tunggang langgang!!

"Hmm ya lah. Dah kemas barang-barang?" Aku mengangguk kepala.

"Sudahlah, pergi tidur. Esok nak pergi rumah nenek awal-awal pagi"

Mama Zahra terus menutup lampu. Aku juga membaringkan tubuh di atas tilam.

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now