✧Bab 11✧

178 59 0
                                    

Third person P.O.V

"Menang besar kita malam ni. Dapat rasa anak dara yang cun melecun macam ni!!"

"Untung woo. Taukey pun tak pernah bagi kita yang masih ada 'dara' macam ni. Sekali rasa, confirm ketagih siang malam. Tengok body pun banyak cantik"

Mereka berdua ketawa bagai nak mati. Mereka semakin menghampiri tubuh Amyra dan Naura.

Baru sahaja kedua-dua orang lelaki itu mahu mendukung Naura dan Amyra, satu tumbukan hinggap pada pipi salah seorang daripada mereka.

"Apa masalah kau ni, bro? Nak tumbuk-tumbuk orang bagai?!" Jay, salah seorang bodyguard di dalam Vogue's Club mengusap pipinya.

"Pergi, sebelum aku mengamuk. I don't wanna say it twice" Zarith menahan amarahnya daripada membuak-buak. Dia seperti mahu mencakar kedua-dua orang di hadapannya.

"Haha. Who are you? Kau ni sebaya dengan diorang ke? Oh, I knew it! Kau nak rasa diorang dulu, kan? Cakaplah awal-awal, kami boleh bagi pe--" Fiq, salah seorang bodyguard lagi menerima tumbukan padu di perutnya. Zarith betul-betul telah hilang sabar!

"Aku tak ada masa nak layan lawak bodoh korang ni! Blah sekarang!! Aku dah lama tak bantai orang sampai mati!" Jay dan Fiq terus meninggalkan Zarith di situ.

Eleehh lembik! Baru cakap dua kali, dah lari bertempiaran macam pengecut!

Zarith menggaru kepalanya. Macam mana dia mahu bawa Naura dan Amyra keluar daripada kelab malam ni?

Tak kan nak gendong diorang dua sekali gus? Mahu patah pinggang dia yang belum sedia pulih ni!!

Saat itu jua, Nazrin masuk dengan
Papa Adam dan Mama Zahra. Mujur sahaja mereka tiba tepat pada masanya!

"Macam mana boleh jadi macam ni? Amyra? Amyra??!" Mama Zahra laju sahaja ke arah Amyra.

Dapat dia lihat wajah gadis itu terdapat kesan lebam. Mama Zahra terus mengalirkan air mata.

"Kesian anak mama" Mama Zahra menyentuh kesan lebam di pipi gadis itu.

'Pasti sakit! Ya Allah, maafkan aku, Annur' Mama Zahra berkata di dalam hati sahaja.

Papa Adam masih berdiam diri; dia lebih kepada marah sebenarnya.

Sanggup Amyra datang ke kelab malam tanpa pengetahuan mereka?! Kata nak pergi restoran, hanya sekadar makan-makan sahaja!

Rupa-rupanya penipu! Datang ke kelab malam, nak merasa minuman beralkohol ke?!

Tapi, penampilan Amyra masih kekal sama. Baju t-shirt hitam berlengan panjang dan seluar hitam paras buku lali.

Cuma rambut sahaja diikat gaya ponytail; gaya biasa yang digunakan oleh Amyra.

"Uncle, lebih baik uncle bawa diorang ke hospital dulu. Saya takut diorang ada apa-apa saja" ujaran Zarith mendapat anggukan Papa Adam.

"Kejap, macam mana kamu boleh ada kat sini? Kamu kan yang hampir-hampir kena gantung sekolah tu?" Papa Adam mengamati wajah Zarith. Memang benar, dia pernah berjumpa lelaki itu di dalam bilik pengetua!

Reaksi kelat dipamerkan Zarith. Zarith tiada masa mahu bercerita sekarang.

"Nantilah saya cerita, uncle. Lebih baik bawa diorang ke hospital dengan segera" Papa Adam mengangguk sekali lagi.

Lantas, tubuh Amyra didukung oleh Mama Zahra manakala Naura diangkat oleh Nazrin.

Mereka terus membawa kereta menuju ke hospital yang berdekatan.

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now