✧Bab 36✧

102 31 8
                                    

Zarith P.O.V

Pembedahan itu berjalan dengan lancar ke? Kenapa mata aku rasa silau? Kenapa aku kabur, aku tak nampak apa-apa sekarang ni?

"Zarith? Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?!"

Suara siapa tu? Macam familiar je. Aku dalam alam mimpi ke ni? Kenapa tak nampak sesiapa pun?

"Okay, kalau kau dengar. Aku just nak kau kuatkan semangat, bangun dari tidur boleh tak?! Jangan jadi lembik sangat! Lelaki ke pondan kau ni?"

Siapa yang berani kutuk aku ha? Aku cuba membuka mata perlahan-lahan. Meskipun silau, aku tetap dapat melihat wajah Amyra yang sedang menangis.

Kejap, dia menangis? Sebab aku? Kenapa dengan dia ni? Wayar otak dah terputus ke? Cengeng betul!

"Aku dengar. Kau tak reti sabar ke?" Aku cuba bersuara walaupun kedengaran perlahan sahaja.

"Zarith!" Dia nampak terkejut sangat. Macam baru lepas nampak hantu!

"Ya, aku Zarith lah. Yang kau nangis lebih-lebih ni kenapa?" Aku memegang kepalaku. Rasa sakit mencucuk-cucuk pula.

"Kejap, aku panggil doktor" Amyra terus keluar dari wad itu.

Aku masih memegang kepalaku. Kenapa terasa sakit ni? Aku lepas pembedahan buah pinggang ke pembedahan otak?

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Doktor, kenapa dengan Zarith?"

Yang si Amyra ni nak risau lebih-lebih dah kenapa? Aku sihat walafiat kat atas katil hospital ni.

Eh, kalau aku sihat tak adanya aku duduk atas katil hospital lah! Aku punya otak pun dah senget macam minah ni!

"Jangan risau, biasa lah untuk simptom awal kehamilan-- eh?!" Doktor tersebut nampak sangat terkejut. Dia pandang catatan di tangannya, dia pandang muka Amyra, akhir sekali dia pandang wajah nurse di sebelahnya. Muka aku dia tak pandang pula!

And, bila masa aku mengandung ni?! Aku lelaki lah gil*! Jangan nak merepek di sini! Doktor tu pun nampak serba salah baca catatan salah tu!

"What is this? Can you explain?" Doktor yang memakai tag nama Ardi bertanya kepada nurse di sebelahnya.

"Maaf doktor! Saya rasa saya salah ambil kad laporan kesihatan! Nanti saya datang semula" Nurse tersebut dengan perasaan berdebar mengambil catatan pada tangan Doktor Ardi kemudian keluar dalam keadaan tergesa-gesa.

"Maaf kan saya, dia tu pelatih. Baru dua hari bekerja" Doktor Ardi cover dia lah tu!

Jangan tanya aku kenapa aku boleh mengandung, eh aku tak mengandung lah! Aku jantan lah argh! Aku pun confuse lepas dengar penjelasan separuh jalan si doktor ni!

"Nah doktor!" Tunduk sahaja kepala nurse itu. Mungkin rasa bersalah masih bersisa.

"Daripada rekod kesihatan yang betul ini.."

Okay, Doktor Ardi sengaja perli nurse tersebut. Kesian nurse tu! Dari masuk tadi sehingga sekarang asyik menunduk je kepala dia!

"Zarith cuma mengalami kesakitan biasa yang dialami oleh mana-mana orang selepas membuat pembedahan. Dalam dua minggu lagi, rasa sakit di bahagian kepala hilang lah. Saya minta diri dulu"

Doktor Ardi terus keluar dari wad. Nurse yang berada di sampingnya jelas terpinga-pinga.

Ya lah, siapa sahaja tak terpinga-pinga apabila ditinggalkan begitu sahaja!

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now