✧Bab 38✧

106 24 1
                                    

Amyra P.O.V

"Amyra, bangun please!"

"Kalau kau bangun, aku tak pergi England. Aku tak berhenti belajar, aku tak akan tinggalkan kau. Cepat bangun!" Zarith berjanji sendirian. Dia tidak kuat melihat gadis itu dalam keadaan sakit macam ni!

"Betul ni? Janji?" Satu suara asing bertanya.

"Betul, aku janji" Zarith memegang tangan aku. Dia tetap bersuara meskipun dia tidak tahu sama ada itu hanyalah ilusi atau realiti.

"Tak bohong? Are you sure about that?" Suara asing itu menyoal lagi.

"Ya, tak- eh?!" Zarith memandang wajah aku. Perlahan-lahan, aku membuka mata lantas tersenyum.

"Hehehe, peace" Aku tergelak kecil. Aku dapat lihat wajah cemberut Zarith. Itu lah, berjanji benda yang tak boleh ditepati! Apa punya perangai lah si Zarith ni!

"Kurang ajar kau kan, menipu je kerja! Buat penat je aku cakap macam-macam tadi!" Zarith terus menampar bahu aku. Oi, kesan dia masih bersisa okay! Aku kena palang besi kot! Bukannya suka-suka nak sakit!

"Apa? Aku baru sihat, okay? And bila masa aku menipu ni? Kau yang menipu ada lah!" Aku berpeluk tubuh. Tadi macam sakit sangat, sekali nak merajuk dengan lelaki jebon ni, elok je bahu aku!

"Ish!" Dia membentak.

"Apa apa? Kau tak jadi pergi England kan? Kan?" Aku bersungguh-sungguh bertanya. Tapi nak buat macam mana kalau dia nak pergi England juga! Tapi, tak salah mencuba nasib, betul tak?

"Tak kira, aku nak pergi England juga!" Zarith menunjukkan protesnya. Ceh, macam pondan je dia ni!

"Tapi aku tak sihat lagi. Kau postpone je lah dulu, boleh kan?" Aku memegang bahuku sendiri. Nak buat-buat sakit lah ni supaya dia tak pergi England.

Jahat tak aku? Sudah semestinya hehe! Kejap, apa jadi dengan Ah Seng? Argh, dia sempat larikan diri masa polis sedang menyerbu tempat persembunyian mereka!

Siapa yang call polis? Sudah semestinya si Faqiha! Oh, aku tak nampak dia lagi hari ini. Biasanya dia melawat aku setiap hari.

Hari ini, dah lima hari aku ditahan di dalam wad. Aku sebenarnya sakit kat bahu je, bukannya koma dua tiga bulan pun!

"Tak boleh. Aku dah tempat ticket flight awal-awal. Lagi sebulan aku kena pergi!"

"Okay fine, jangan cakap dengan aku dah!" Aku pura-pura merajuk. Kejap, apa salahnya aku merajuk pun, kan? Bukan selalu!

"Siapa entah nak cakap dengan kau!" Zarith membuat mulut itik. Eee geramnya!

"Tak guna punya Zarith!" Aku tak nak cakap dengan dia dah, sumpah!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Kau tetap nak pergi England ke?" Aku menggoncang bahu Zarith. Zarith hanya buat tak tahu sahaja.

"Zarith!"

"Apa?" Dia malas betul nak layan aku! Kurang asam punya Zarith! Kalau tak fikirkan bahu aku yang tengah sakit ni, memang dia dah lama kena smackdown dengan aku!

"Jangan lah pergi. Please please" Aku cuba nasib lagi. Berapa kali entah nak cuba nasib. Aku pun tak tahu!

"Tak boleh lah, Amyra. Aku tetap kena pergi sana. Benda dah beli tiket tau! Kalau tak beli lagi, tak apa lah!"

"Ish, ya lah!!!" Aku berpaling daripada melihat wajahnya. Kebetulan, waktu itu Mama Zahra dan Papa Adam datang ke wad tersebut.

"Dah siap kemas ke, Zarith?"

"Dah, aunty" Dia menghulurkan beg kepada Mama Zahra. Papa Adam sekadar menjadi pemerhati sahaja. Aku pun tak nak cakap apa-apa dah. Malas nak sembang!

"Jom, Amyra. Kita balik" Aku memegang tangan Mama Zahra. Suka hati aku lah nak pegang tangan siapa pun!

"Zarith, kami balik dulu"

Aku dengar je Papa Adam cakap macam tu. Lepas tu kami balik ke rumah.

Boleh tak someone cakap kat aku, macam mana nak move on? Aku nak nangis ni. Please give me some tissues.

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Kau still nak pergi England? Betul-betul yakin dan pasti?" Aku sudah berbuih mulut bertanya soalan itu. Tapi aku tetap tak serik.

Aku boleh pula muncul depan rumah dia! Sedar lah wahai Amyra, bahu kau masih pedih dan perit. Tapi still degil nak jumpa buaya darat tu buat apa!

"Ya lah, dah seribu kali kau tanya. Seribu kali juga aku jawab ni" Zarith pula sudah boleh membuat kilang air liur menjawab pertanyaan aku.

"Eh, kau kira ke? Hebat lah kau!" Aku memuji sambil memerli. Dua dalam satu, hebat kan aku?

"Amyra, boleh tak jangan jadi tak pandai?" Okay, dia pula perli aku? Sakitnya tuh di sini! Aku sekadar mengherotkan bibir. Kalau acah-acah menangis kang, dia fikir aku gedik pula!

"Sampai hati kau cakap macam tu kat aku"

"Apa apa? Nak mengada-ngada pergi kat mak ayah kau sana" Ewah, dia menghalau aku pula! Kurang asam punya kawan!

Macam ni ke kawan? Lebih baik jadi musuh je! Eh, Amyra bukan ke kau nak dia jadi lebih dari kawan? Huh, mengarut! Dia dah nak tinggalkan kau lah! Ergh!

"Ish, menyampah lah cakap dengan kau ni" Aku akhirnya pura-pura merajuk. Please lah, sekali ni je kau pujuk aku! Aku tak nak kau pergi lah!!

"Bye, selamat tinggal. Aku harap kita tak jumpa lagi" Zarith terus masuk ke dalam rumahnya. Tidak... Bukan ini yang aku harapkan!

"Aku harap kau tak cakap macam tu" Aku berpaling ke belakang untuk pulang ke rumah. Air mata yang bertakung segera diusap. Aku tidak mahu mengalirkan air mata. Tidak! Tidak!

"Aku takut, aku tak dapat lupakan kau"

Aku memandang ke arah langit. Wahai mata, jangan lah menangis sekarang. Tunggu balik rumah nanti, okay? Tolong jangan nangis, tolong jangan nangis!

"Amyra"

Aku memusingkan badan menghadapnya semula. Zarith menghampiri aku kemudian....

"Aku minta maaf, lupakan aku tau. Jauh lagi perjalanan hidup kau. Kalau kau kahwin nanti jangan lupa ajak aku okay? Lima tahun tu masa yang lama tau" Zarith pantas merangkul aku ke dalam pelukannya. Sesaat kemudian, dia melepaskan pelukan itu.

Zarith terus beredar dari situ. Hati aku jangan dikata, macam baru lepas berlari 500 km! Aku dah gila! Sesiapa, tolong aku! Mata aku jadi panas secara tiba-tiba.

"Kau suruh aku lupakan kau, tapi kenapa cara kau buatkan aku tak nak lupakan kau? Why Zarith, just why?!"

Aku menangis di situ jua. Aku lemah, aku tidak dapat melupakan dia. Baru beberapa langkah dia pergi aku sudah menangis, macam mana kalau dia terbang ke England?

Kenapa perpisahan kami jadi macam ni? Tak sweet langsung! Huwaaaa! Aku benci Zarith!

Nope, I love him so much until he want to leave me alone. How could him!

✧ To Be Continued ✧

Diorang ni nak bersweet pula.
Sedarlah, Moon single di sini T-T

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now