✧Bab 30✧

127 38 2
                                    

Third Person P.O.V

"Amyra! Puteri Amyra!"

"Mana pula dia ni? Mama panggil tak menyahut. Ish dia ni kan!"

Mama Zahra telah berkali-kali memanggil nama anak daranya, namun tiada sahutan daripada Amyra.

"Awak, mana Amyra ni? Saya risau lah keadaan dia! Dia tak buka pintu pun!" Mama Zahra terlalu risau keselamatan anaknya yang seorang itu.

"Awak dah cuba ketuk pintu bilik dia?" Papa Adam juga berasa risau saat ini. Di mana pula keberadaan si Amyra?

"Dah banyak kali saya ketuk pintu bilik dia! Ke mana dia pergi pula ni?" Mama Zahra menarik lengan Papa Adam untuk ke bilik Amyra.

"Ada je dia dalam bilik tu. Lagipun, hari ini kan hari Sabtu? Dia tengah tidur lah tu. Awak jangan lah kacau dia. Nanti pandai-pandai lah dia bangun kalau lapar" Papa Adam mengurangkan sikit kerisauan Mama Zahra.

"Saya risau lah, apa yang awak tahu? Saya nak pergi melawat aunty Syerah ni. Saya ingat nak ajak dia sekali. Tak ada lah dia risaukan nenek dia tu" Mama Zahra berusaha lagi dengan mengetuk pintu bilik Amyra.

Korang ingat tak kenapa Amyra duduk di luar rumah Nenek Syerah sampai hujan? Sebab Nenek Syerah dan Atuk Zaidi mengalami kemalangan. Dah dua minggu mereka terlantar di hospital tidak sedarkan diri.

Semoga semuanya baik-baik sahaja!

Kenapa Amyra boleh tinggal dua hari di rumah Zarith? Hal ini kerana Papa Adam yang menyuruh Zarith mengambil Amyra tinggal di rumah lelaki itu.

Papa Adam ada hal di tempat lain bersama keluarga. Jadi, nak tak nak Zarith juga yang dicarinya untuk menjaga Anda.

"Hmm kejap lah saya ambil kunci pendua. Awak tunggu sini tau" Papa Adam berlalu ke biliknya.

"Amyra! Amyra sayang? Buka lah pintu ni! Penat tau mama ketuk dari tadi lagi. Tak nak bangun ke, sayang? Mama risau lah!" Mama Zahra mengetuk pintu bilik pula. Tak kan Amyra tidur mati kan? Matahari dah terpacak tinggi atas kepala ni.

"Ha, nah. Awak buka lah pintu dia. Cepat sikit, kita nak pergi melawat Aunty Syerah pula lepas ni" Papa Adam menghulurkan kunci pendua kepada Mama Zahra.

"Eh, mana dia pergi pula?! Awak, saya risau ni! Jangan-jangan dia hilang tak?! Ya Allah, ke mana pula perginya Amyra ni?!" Mama Zahra tidak nampak batang hidung Amyra. Jangan kata batang hidung, bayang-bayang pun tak nampak!

"Dia ada kelas kot hari ni? Dia terlupa nak bagitahu kita lah tu" Papa Adam menduga sahaja.

"Kelas apa hari Sabtu macam ni? Awak jangan nak merepek!" Mama Zahra sudah bercekak pinggang.

"Manalah saya tahu"

"Mama! Papa! Kaki Raf sakit! Tolong Raf mama!!" Suara jeritan daripada Rafael mengejutkan pasangan suami isteri itu.

Lantas, mereka turun ke bawah untuk mencari arah datangnya suara tersebut. Di mana pula si Rafael?

"Kenapa ni, Rafael? Ya Allah, berdarah!! Awak, kaki Raf berdarah ni! Cepat lah turun tangga tu!" Mama Zahra terkejut apabila kaki Rafael berdarah.

"Kita pergi hospital dulu! Nanti kita bincang kemudian" Papa Adam terus mengambil kunci kereta yang tergantung di tempat letak kunci.

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Papa dengan mama tak kisah pun kalau aku hilang... Apalah nasib aku ni haih"

Amyra duduk di tepi tebing. Di bawahnya kini terdapat air terjun dengan kedalaman air 150 meter.

"Kalau diorang tak kisahkan aku.. kenapa diorang tak bagi aku kat rumah nenek? Apa masalah diorang yang sebenarnya? Aku tak faham lah... Kenapa? Kenapa?" Gugur air mata Amyra di situ.

Sejak kebelakangan ini, dia banyak kali menangis untuk perkara yang tidak pasti.

Apa masalah dia sebenarnya? Kenapa dia rasa perasaan yang sukar sebegini? Argh, rumit sungguh hati manusia!

"Amyra! Amyra!" Amyra berpaling ke belakang. Dia dapat melihat sosok tubuh milik Rayyan yang membawa motosikal berkuasa tinggi.

"Apa kau nak?! Jangan kacau aku, boleh tak?!" Jerkah Amyra secara tiba-tiba.

"Jom, mama dengan papa kat hospital sekarang ni"

"Ha?! Hospital?!" Amyra mula panik. Dia terus membonceng motosikal milik Rayyan.

Di suatu sudut, ada seseorang sedang memerhatikan mereka. Lantas, seseorang itu tersenyum manis.

'She happy, without me. How fool I am'

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Papa? Mama? Kenapa ni? Apa yang tak kena sebenarnya?" Amyra berasa hairan.

Kenapa Rayyan kata Mama Zahra dan Papa Adam di hospital? Diorang tak sakit apa-apa pun? Elok je diorang ketawa siap bertepuk tampar lagi.

"Rafael yang sakit. Kaki dia cedera tadi" Seperti faham akan bahasa tubuh Amyra, Rayyan tolong menjawab.

"Why? What happened? Kenapa tiba-tiba jadi macam tu?" Amyra berkerut keningnya.

Satu persatu masalah timbul yang dia sendiri tak pasti mampu selesaikan atau tidak.

"Kena cermin yang retak. Tak tahu lah siapa yang letak cermin tu kat tengah-tengah jalan. Tak pasal-pasal kaki Rafael berdarah. Mesti kena jahit nanti" Rayyan mengeluh seketika. Jarang-jarang Amyra dapat melihat Rayyan mengeluh.

"Hanya ada kita berlima je dalam rumah tu. Siapa yang tergamak sangat buat Rafael sampai macam tu sekali?" Amyra berasa kasihan melihat Rafael berkerut-kerut menahan sakit.

"I don't know. Maybe ada yang tak puas hati dengan keluarga kita. Aku nampak peluru dekat tepi pasu bunga. Maybe dia punya sasaran tersasar. Dia cuba nak bunuh Rafael. Motif? Aku sendiri tak pasti"

Sejak Rayyan tahu yang Amyra 'lebih rapat' dengan Zarith, panggilannya juga sudah berubah. Dia lebih gemar menggelar aku-kau bersama Amyra.

"Aku..." Amyra terkelu lidah. Tidak menyangka perkara itu akan berlaku.

"Maaf, patutnya aku yang jaga Rafael. Tapi aku pula yang keluar. Aku dah menyusahkan semua orang" Amyra rasa bersalah. Kenapa dia tinggalkan Rafael sendirian di rumah.

"It's okay. Bukan salah kau pun sebenarnya. Dah lah, jom masuk dalam. Kita tengok Rafael" Rayyan mengajak Amyra ke dalam wad Rafael.

Amyra hanya menurut Rayyan dari belakang.

Apakah, dia punya musuh di luar sana?
Ataupun, keluarga Rayyan yang mempunyai musuh?

✧ To Be Continued ✧

Sorry for late update!

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now