✧Bab 22✧

160 51 6
                                    

Third Person P.O.V

"Amyra! Dengar cakap papa ni" Papa Adam berulang kali memanggil nama Amyra, namun Amyra hanya pekakkan telinga.

"Sudah lah tu, biar saya sahaja yang pujuk Amyra. Awak turunlah dulu" Mama Zahra mula mengetuk pintu bilik Amyra.

"Tak apa, biar saya je pujuk. Saya yang mulut celupar, saya yang sakitkan hati dia. Jadi saya lah yang perlu pujuk" Papa Adam meningkah kata-kata Mama Zahra.

"Api tak boleh padam dengan api. Kena padam dengan air. Kalau padam dengan api, nanti makin marak. Faham?"

"Tapi saya cuma nak pujuk dia saja" Papa Adam mahu mengetuk pintu bilik Amyra namun dihalang oleh Mama Zahra.

"Masa awak mengamuk tadi, dia ada pujuk awak? Tak kan? Dia bagi awak tenang, relax dulu. So, biar saya yang pujuk. Awak ni, tak faham bahasa betul!" Mama Zahra mahu mengetuk pintu pula.

Namun, Amyra terlebih dahulu membuka pintu dari dalam. Mama Zahra dan Papa Adam terkejut apabila melihat Amyra membawa beg galas besar keluar sekali.

"Kamu nak pergi mana, Amyra?" Papa Adam mula menyoal.

"Amyra nak pergi rumah nenek. Bawa Amyra ke rumah nenek sekarang juga!!" Amyra menjerit ke arah Mama Zahra dan Papa Adam.

Namun, matanya telah mula mengalirkan air. Mama Zahra cepat-cepat memeluk tubuh Amyra.

"Sayang, jangan macam ni. Mama minta maaf ya? Jangan lah tinggal kan mama. Nanti mama sunyi" Mama Zahra juga menangis di situ.

Dia memang pantang kalau orang menangis, dia nak menangis juga.

"Amyra, papa minta maaf eh? Amyra jangan lah buat perangai macam ni. Amyra stay sini saja ya?" Papa Adam mengusap kepala Amyra.

"Tak mahu!! Hantar Amyra tak tsk ke rumah nenek tsk tsk sekarang!!" Amyra bercakap sambil tersedu-sedan.

"Amyra" Mama Zahra makin mengetatkan pelukan.

"Amyra, jangan macam ni" Papa Adam pula mengambil inisiatif untuk memujuk Amyra.

"Hantar Amyra tsk tsk" Pertama kali Amyra menangis seteruk ini.

Selalunya, dia menangis ketika menziarahi kubur arwah Annur dan Iskandar sahaja.

"Shh... Amyra boleh pergi sana. Tapi hari Sabtu dengan Ahad ni eh? Sekarang, Amyra pergi tidur dulu. Nanti esok lambat ke sekolah pula" Mama Zahra mengusap lembut ubun-ubun Amyra.

Papa Adam hanya mampu melihat sahaja. Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Pasti Amyra masih memarahi dirinya kerana bertindak melulu sahaja tanpa mengetahui hal sebenar.

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Amyra?" Seorang wanita lingkungan usia 40-an menyapa lembut ke arah Amyra.

"Aunty ni siapa? Kenapa saya berada di sini?" Amyra tersedar yang dirinya kini berada di sebuah tempat yang asing.

"Kamu berkawan dengan Zarith, kan?" Wanita itu mula duduk bersebelahan dengan Amyra.

"Saya? M-mana ada... Saya dengan dia musuh lah, aunty. Aunty salah tengok kut?" Amyra melunjurkan kakinya ke hadapan.

"Aunty harap, kamu dapat jadi kawan dia. Dia jadi macam tu sebab dia sunyi. Aunty harap kamu dapat berbaik dengan dia ya?" Wanita tersebut menyentuh tangan Amyra.

Serta-merta Amyra terjaga dari lenanya.

"Ya Allah, mimpi rupanya. Apa benda lah kau ni, Amyra! Tidur tak cuci kaki dulu!" Amyra tergeleng-geleng kepalanya. Ingatkan apa lah tadi!

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now