✧Bab 21✧

159 51 13
                                    

Amyra P.O.V

"Mama?! Sini! Sini!" Aku melaung memanggil Mama Zahra di kaunter pertanyaan.

"Amyra? Amyra okay saja kan? Amyra tak apa-apa kan? Risau mama pihak hospital call tadi. Kamu ada cedera kat mana-mana ke?" Mama Zahra meneliti setiap inci tubuhku.

"Tak ada apa, mama. Amyra okay saja. Zarith yang sakit sebenarnya. Jom kita masuk dalam wad, lawat dia" Aku membawa Mama Zahra dan Papa Adam ke wad Zarith. Aneh dengan perangai ku? Entah!

Setelah sampai di hadapan wad, hanya aku dan Mama Zahra yang masuk ke dalam.

Papa Adam mengikut doktor yang merawat Zarith untuk mengetahui perkembangan lanjut tentang kesihatan Zarith.

Setelah beberapa minit berada di dalam wad, Papa Adam pun muncul dengan wajah bengisnya.

PANG!!

Terasa pipiku pijar selepas mendapat tamparan daripada Papa Adam. Bibir pun pecah sikit gara-gara tamparan itu. Masuk-masuk je dalam wad, Papa Adam terus tampar aku?

What's going on here? Apa salah aku sampai kena tampar? Ingat tak sakit ke, ha?!

"Papa tak ajar kamu membunuh, Amyra! Apa nak jadi kamu ni?!" Naik turun dada Papa Adam ketika ini. Marah sangat tu!

"Papa, it's not like--"

"Kamu nak jelaskan apa lagi?! Memang lah dulu dia hampir membahayakan nyawa kamu, tapi tak kan kamu tergamak untuk tikam dia?! Mana pergi sifat perikemanusiaan kamu?! Papa pernah ajar kamu membunuh ke? Membunuh tu boleh dapat pahala ke? Amyra... Amyra..." Sudahlah tak bagi aku terangkan, Papa Adam menuduh aku pula?! Ini melampau!

Suara Papa Adam pun macam kesal sangat sebab jaga aku. Padahal aku nak duduk rumah Nenek Syerah tapi diorang tak bagi! Tiba-tiba menyesal sebab jaga aku selama ni!

"Papa, bukan macam tu. Amyra cuma---"

"How could you?! I'm so disappointed with you. Jangan cakap apa-apa dah, papa tak mahu dengar! Papa kecewa sangat-sangat!" Papa Adam duduk di kerusi. Tengah cuba mengurangkan rasa marah kut?

Aku nak jelaskan, tak bagi! Yang dia tahu, dia sahaja betul! Aku kira baik dah ni tolong bawa Zarith ke hospital dengan mengendong dia!

Ingat 5 kilometer tu dekat ke? Nak tercabut tangan aku dukung dia! Lepastu aku kena lempang pula?

"Awak, sabarlah! Amyra tak salah lah! Kalau dia salah, tak kan dia panggil kita ke sini? Bawa bertenang dulu, awak" Mama Zahra cuba memujuk Papa Adam supaya kemarahannya reda.

Aku? Masih terkaku di situ.
Aku tak buat apa-apa pun kena tampar? Wow!! Aku rasa happy sangat-sangat! Thank you!!

"Amyra keluar dulu lah kalau macam tu" aku berlalu pergi tanpa memandang wajah Papa Adam dan Mama Zahra.

"Awak, pujuklah si Amyra tu. Awak tampar dia macam dia bersalah sangat-sangat. Saya yakin dia tak bersalah"

"Tak mahu. Lagi satu, dia memang bersalah pun! Dia dah mula buat perkara yang tak elok, saya tak akan maafkan dia sampai bila-bila"

"Awak janganlah macam ni..."

"Jangan cabar saya, Zahra! Saya pun ada tahap kesabaran saya sendiri. Nanti saya hantar dia ke rumah Aunty Syerah sahaja, kita tak perlu jaga dia dah"

Aku sempat mendengar perbualan mereka. Wow, terpegun aku. Tahniah!! I'm so happy right nkw!!

Kalau tak nak jaga aku sangat, hantar je lah aku ke rumah nenek! Aku tak kisah! Aku tak mahu pun tinggal dengan diorang ni!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Aunty? Mana Amyra?" Naura membawa buah tangan ke wad Zarith.

"Amyra bukan dengan kamu ke, Naura?" Mama Zahra khuatir akan keberadaan Amyra.

"Tak ada, aunty. Ingat dia kat dalam wad ni. Dah lama ke dia keluar, aunty? Naurw tak nampak dia pun" Naura meletakkan bakul buah-buahan di atas meja.

"Lepas uncle tampar dia, dia terus keluar--" Mama Zahra mendiamkan diri. Dia terlepas kata pula!

"Uncle tampar dia? Why? What's wrong?" Naura jelas sekali terkejut.

"Uncle tuduh dia nak bunuh Zarith. Kamu ada tak kat tempat kejadian? Uncle siap nak hantar dia kat sekolah Henry Gurney lagi"

Mulut Naura mula terlopong. Sampai macam tu sekali pemikiran Papa Adam? How could him!

"Macam ni, aunty. Saya ada kat tempat kejadian. Saya nampak empat orang lelaki dengan Zarith. Lepastu, dia tikam Zarith and then diorang larikan diri. Amyra sebenarnya yang menolong Zarith. Dia sampai sanggup pertaruhkan nyawa dia demi Zarith. Dia tak terfikir pun akibat daripada lawan samseng-samseng tu. Yang dia tahu, dia nak selamatkan Zarith sahaja!"

Panjang lebar ulasan Naura. Saat itu jua, pintu dibuka dari luar. Terpapar wajah Papa Adam dengan perasaan bersalah.

"Awak dah dengar sendiri kan? Lebih baik awak pergi minta maaf kat Amyra" Mama Zahra tersenyum nipis.

Tak sangka anak kepada arwah Annur dan Iskandar seberani itu!

"Kat mana Amyra? Saya nak pergi minta maaf kat dia"

"Itulah, kami pun tak tahu. Saya ingat dia dengan Naura, tapi Naura kata dia tak nampak Amyra pun dari tadi" Mama Zahra mula menunjukkan riak kerisauan.

"Tak apa, aunty, uncle. Biar saya cari dia. Tak lari mana tu, ada je kat hospital ni" Naura mula keluar dari wad Zarith.

Dah satu hal nak mencari Amyra pula.

Duhai Puteri Amyra Zahra,
dimanakah anda berada?

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

Aku membaling batu ke dalam kolam ikan. Nasib kat hujung hospital ada kolam, boleh lah tenangkan diri kejap.

"Hai? What are you doing here?" Aku menoleh ke sisi. Aku nampak Lin sedang tersenyum manis.

"Nothing. Kau pula, buat apa?" Aku berbasa-basi sahaja. Kalau boleh, aku tak nak tanya apa-apa pun buat masa sekarang ni!

"Me too. You ada sakit kat mana-mana ke?" Eyy dia ni. BerI-You pula. Geli nyah!!

"Tak ada. Kau tu, sakit ke?" Memang lima ke enam patah perkataan je aku balas. Lantak lah nak terasa ke tidak.

"Nope. Eh, let's go for lunch? It's on me today" Aku mula mengeluh.

Aku ingat kat sini tenang, tapi rupanya tak! Ada langau mana entah kacau aku! Hergh! Stress betul lah!!!

"Amyra!!!" Naura mula melangkah ke arah aku. Bagusnya! Banyak sungguh pengacau hari ni ya? Semak betul!!

"Apa kau nak?" Aku melempar lagi batu ke dalam kolam. Ikan mula bergerak dengan laju selepas batu dilontarkan.

"Kau buat apa kat sini sorang-sorang? Tak takut ke~" Lah, mood mengusik pula. Aku tempeleng kepala dia kejap lagi, baru tahu!

"Siapa kata aku sorang-sorang je? Ni ada--" aku menoleh ke sisi. Kosong. Mana pula si budak Lin tu? Hilang macam tu saja?

"Kenapa? Kau cakap dengan orang ke? Aku tak nampak siapa-siapa pun kat sini" Naura tercari-cari kelibat orang.

Argh sudah!
Dengan siapa aku bercakap tadi?
Tak kan lah han--

"Jom lah, Papa Adam dengan Mama Zahra risaukan kau!" Dia menarik tanganku untuk berdiri.

"Wait what? Risau?" Nak tergelak aku mendengar perkataan 'risau' tu.

Bukan ke dia nak hantar aku ke rumah Nenek Syerah? Buat apa dia nak risau lagi, kan? Merepek!

"Ish, banyak tanya pula! Jom je lah!!!" Aku pasrah. Aku ikut sahaja langkah Naura ke wad Zarith.

"Dia dalam penjagaan I, bos" Lin tersenyum sinis sahaja di celah semak itu.

✧ To Be Continued ✧

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now