✧Bab 15✧

163 55 2
                                    

Third Person P.O.V

"Ibu nak ke mana pula ni?" Zarith yang sedang leka menyiapkan kerja sekolah terpandang sosok tubuh Mak Jah keluar dari rumah.

Sejak bila dia jadi rajin weh?
Entahlah, saya pun tidak tahu 😂

"Ibu nak ke pasar sekejap, nak beli barang dapur. Zarith duduk rumah dengan Haikal eh? Haikal ada dalam bilik rasanya" Mak Jah tersenyum lebar kepada Zarith.

"Dia tengah buat apa dalam bilik tu?" Zarith meletakkan pen biru di atas bibirnya. Cuba mengimbangkan pen tersebut.

"Buat apa lagi dia tu masa cuti macam ni? Terbongkang atas katil lah! Tak ada kerja lain nya" Mak Jah tertawa halus.

"Dah lah, ibu pergi dulu. Makanan ada kat dapur. Nanti Haikal bangun, Zarith ajak dia makan sekali ya? Ibu nak cepat ni, takut lauk habis pula" Mak Jah terus keluar dari rumah.

Zarith meletakkan pen di bawah. Tiba-tiba, dia menggenggam pen itu semula. Idea jahat mula timbul di fikirannya. Dia mula berjalan ke arah bilik Haikal.

Apabila buka sahaja pintu bilik, terpampang wajah Haikal sedang sedap tidur pagi-pagi buta macam ni.

Siap ternganga mulut!
Kalau letak tikus pun muat ni!

Zarith tersengih. Pen di tangan menanti masa untuk beraksi. Siaplah kau, Haikal!

Zarith melangkah perlahan-lahan ke arah Haikal. Ini mesti tidur mati! Tak sedar langsung pintu terbuka.

Zarith dengan bakat seninya terus menconteng wajah Haikal. Dia melukis misai lah, lukis peta Malaysia lah. Habis penuh wajah Haikal dengan pen berdakwat biru!

Zarith tertawa kecil. Dia terus keluar dari bilik Haikal. Biar Haikal menjerit bila tengok wajah sendiri.

Sedang Zarith tertawa di bawah, dia terasa seperti bahunya disentuh dari belakang.

"Woi, awalnya kau bangun! Tak mengantuk ke?" Zarith berpaling ke belakang. Haikal dah bangun? Seawal ini? Haha!!

"Asal kau tanya aku pula? Kau tu, kenapa lambat bangun?" Zarith tersenyum sinis. Nak tergelak tengok 'hasil seninya!'

"Aku rasa macam ada benda dekat wajah aku. Aku fikir cicak ke apa. Tapi tak nampak pun cicak. Aku lambat bangun sebab study malam tadi" Haikal menggaru kepalanya.

"Dah lah, pergi makan. Ibu dah siap masak tu" Zarith menyembunyikan tawanya.

"Okay" Haikal melangkah ke dapur. Tiba di ruang makan, dia terpandang sebuah cermin besar di sisi kanan.

"Zarith Haziq!! What have you done to my face?!" Zarith terlepas ketawanya.

"Kau buat apa dengan wajah kacak aku?! Oh no!!!" Haikal terus menyapu pen biru itu. Tak boleh tanggal?!

"Oi beng*p! Pakai air lah nak bersihkan pen tu! Jangan jadi b*bal sangat!!!" Zarith tergeleng-geleng kepalanya melihat wajah cuak Haikal.

"Kau lah ni! Mangkuk tandas betul!! Kalau tak ada sapa nak kat aku lepas ni, siap kau!" Haikal terus ke singki.

"Ceh, macam lah sekarang ada orang nak kat dia? Tak laku!"

"Aku dengarlah, Zarith!"

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

Pasar Besar Melaka. Amyra dengan malasnya menolak troli mengikut langkah Nenek Syerah.

"Apa jalan malas macam tu? Anak dara apa perangai macam ni?" Sesi bebelan Nenek Syerah diteruskan sehingga bernanah telinga Amyra.

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now