✧Bab 17✧

153 55 7
                                    

Third Person P.O.V

"Terima kasih aunty, uncle sebab dah jagakan Amyra" Mama Zahra tersenyum kepada kedua-dua orang tua Iskandar.

"Sama-sama. Sekali sekala bawalah Amyra datang sini. Mesti dia rindu arwah ibu bapanya" Atuk Zaidi mengusap kepala Amyra.

Amyra hanya tersenyum hambar. Kalau boleh dia nak tinggal sini terus, tak perlu pergi Melaka dah!

"Ya lah, nanti saya bawa dia datang sini selalu. Jom, Amyra... kita balik" Papa Adam mula mengangkut beg Amyra ke dalam bonet.

Mama Zahra memimpin tangan Amyra sehingga ke dalam kereta. Macam kanak-kanak kecil pula!

"Erm, mama... papa..." Amyra serba salah mahu membincangkan perkara ini.

"Ada apa, sayang?" Mama Zahra membalas.

"Kalau Amyra nak tinggal dengan atuk dan nenek je, boleh tak?"

Papa Adam terus brake kereta. Terkejut semua yang ada kat belakang seat kereta. Rafael dan Rayyan terjaga daripada lena.

"Kenapa Amyra kata macam tu? Amyra nak tinggalkan mama ke?" Lirih sahaja suara Mama Zahra.

"Bukan macam tu mama. Cuma, senang sikit kalau tinggal kat rumah atuk. Erm, kat situ kubur arwah ibu dengan ayah dekat. Lepastu, err lepastu mama dengan papa tak perlu risaukan Amyra lagi, kan? Kalau korang nak pergi mana-mana pun, Amyra tak perlu tahu dah" ada nada perli dari sudut percakapannya.

"Look, papa minta maaf. Bukannya papa sengaja tak nak bawa Amyra. Cuma--"

"Amyra faham. Amyra tak kutuk atau perli pun. Amyra just kata je. Boleh lah, mama? Papa?" Amyra segera memintas kata-kata Papa Adam.

Kalau dia dengar alasan dari mulut Papa Adam, lagi dia sakit hati! Lebih baik dia berterus terang dahulu.

"Tak boleh! Ibu dengan ayah Amyra dah bagi hak penjagaan Amyra kepada kami! Amyra ni amanat arwah kawan mama. Amyra tak boleh tinggal dengan atuk! Titik!" Mama Zahra tampak tidak selesa berbicara hal itu.

Rayyan dan Rafael? Dah lena balik lepas Papa Adam teruskan pemanduan.

"Hmmm okay" Akhirnya, Amyra mengalah.

Tak guna juga kalau dia berbalah,
dia tak akan menang!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Awak...." Nenek Syerah mula bersuara.

Atuk Zaidi hanya mengangkat keningnya. Orang nak tengok berita pun tak senang! Itu mesti nak membebel lah tu!

"Kalau Amyra duduk sini dengan kita, boleh tak?" Atuk Zaidi terus memusingkan kepalanya menghadap Nenek Syerah.

"Awak biar betul? Telinga saya ni masih berfungsi kan? Ke telinga saya dah tak berfungsi?" Atuk Zaidi mengorek telinganya selamba.

"Ish, dia ni! Tak senonoh betul. Awak tu dah pangkat atuk-atuk, jangan nak tunjuk perangai tak senonoh tu!" Nenek Syerah laju sahaja menampar lengan Atuk Zaidi.

"Haha... Ya lah... Awak cakap apa tadi? Nak Amyra tinggal sini? Boleh tu memang boleh, tapi....." Atuk Zaidi sengaja meleretkan suaranya.

"Tapi apa? Okay saya janji saya tak akan bebel kat dia dah! Saya akan jaga dia dengan penuh kasih sayang. Lepastu-" Jari telunjuk Atuk Zaidi selamat mendarat di dua ulas bibir Nenek Syerah.

"Kenapa tiba-tiba awak jadi baik? Awak nak buli budak tu ke? Tak baik tau nak membuli Amyra je kerja" Atuk Zaidi menggenggam kemas jari-jemari Nenek Syerah.

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now