✧Bab 28✧

133 41 0
                                    

Amyra P.O.V

Hari Khamis. Buat apa lagi kalau tak mereput dalam kelas? Dah lama tak dengar khabar Naura kan? Dia sihat je, kalau dah mati nanti aku bagitahu.

Tapi aku rasa, lambat lagi dia nak mati. Asyik menyibuk hal orang je dia tu!

Yang paling best sekarang ni, si Ellyn dengan Fasha dah pindah sekolah! Yahoo! Cikgu-cikgu pun tak nak pelajar yang bermasalah teruk macam diorang! Aman hidup diorang tak ada weh!

Tapi, ada masalah sikit lah. Cikgu Suraya tugaskan aku jadi pembuat majalah sekolah. Ingat muka aku muka cop sekolah ke?!

Aku dah lah malas nak bergerak ke sana ke sini. Yang aku tahu, aku nak mereput dalam kelas and pergi bumbung. Melawat kawasan sekolah untuk buat majalah? Jauh sekali!

Aku dah lah---

"Bangun, selamat pagi cikgu!" Seisi kelas mula bangun.

Adeh, nak bersembang dalam cerita aku pun tak boleh. Kena berdiri pula dah! Malas lah macam ni! Kenapa dengan aku ni? Aku sihat walafiat okay! Kalau tak sihat, aku tak datang sekolah lah!

"Selamat pagi, duduklah semua" Cikgu Poh memberi arahan.

Kejap, arahan ke?
Haha! Aku pun dah tak betul.

Aku duduk kembali. Biadap ke? Aku cakap selamat pagi dalam hati eh! Jangan nak menuduh je kerja! Sepak kang!

"Salin soalan latihan intensif 7.1 dan hantar latihan sebelum loceng berbunyi. Siapa yang tak hantar, tiada rehat. Faham semua?"

Ingat aku nak buat ke kerja tu? Nasib baik soalan matematik. Tapi, aku tak akan salin soalan. Aku just buat jawapan je. Jalan kira aku mantap okeyh! Aku dah hafal dah semua jalan kira dalam buku teks, hehe!

Bukan hafal, aku lebih kepada faham.
Kau apa tahu?!

"Amyra, tercegat apa lagi kat situ? Nak cikgu rotan kamu ke? Tak serik-serik lagi? Bukan semalam dah kena ke?"

Cikgu Poh ni, suka marah-marah.
Lek lek sudah lah, kan? Asal dia nak attack aku sorang je? Si Zarith tu, elok je terlena atas meja.

"Puteri Amyra!"

"Ya cikgu!" Cikgu Poh, berilah saya masa untuk bersembang seketika. Sibuk betul kacau hidup orang!

"Buat kerja sekarang juga!" Uii garang bak hang! Takut kita!!!

Okaylah, geng. Nak buat kerja dulu! Ta-ta!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Zarith! Woi, Zarith! Bangun lah!" Aku menggoncangkan lengannya. Dah apahal mamat ni. Time rehat tak bangun-bangun lagi.

Jangan cakap dia dah mati! Ahhh sudah! Siapa nak kebumikan dia pula?!

"Zarith, bangun lah woi! Kau dah mati ke?" Aku menepuk mejanya berkali-kali.

"Sakit weh.. sakit" Kenapa dia pegang pinggang dia pula ni?!

"Dah tu, nak kena buat apa ni? Kau sakit pinggang ke?" Lah, dah kenapa aku pula gelabah lebih?

"Hantar hospital, please"

Ingat aku nak jadi hero kau lagi sekali ke?
No way!! Kang patah pinggang aku pula!

"Kejap, aku panggil cikgu! Kau relax kejap!"

Aku terus keluar dari kelas. Nasib kelas tingkatan satu sebelah kiri sahaja. Nasib aku bertambah baik apabila Cikgu Suraya yang berada di dalam kelas itu.

2 || Bad Girl ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora