✧Bab 8✧

180 63 2
                                    

Third person P.O.V

Kantin dipenuhi dengan pelajar yang sedang menikmati juadah semasa rehat.

Seperti biasa, Amyra, Naura, Fasha dan Ellyn akan sentiasa bersama-sama makan di kantin.

Tatkala Fasha dan Naura pergi membeli makanan, Amyra dan Ellyn pergi mencari tempat duduk.

Nasib mereka baik kerana mempunyai empat tempat kosong di sudut hujung kantin.

"Amyra.." Ellyn mula bersuara.

"Ada apa?" Amyra mengambil tisu lalu mengelap sisa makanan di atas meja itu.

'Bukannya ada orang nak kemas ke apa, tak bersih langsung kantin ni!' Kutuk Amyra dalam hati.

"Kau ada perasaan kat seseorang tak?" Amyra memandang wajah Ellyn dengan seribu satu persoalan.

"Kenapa kau tanya aku macam tu? Muka aku macam aku tengah bercinta ek? Aku tahulah muka aku lawa, don't mention it" Sebelah mata Amyra dikecilkan.

"Bukan macam tu lah, cuma sejak dua menjak ni kau macam suka termenung. Aku fikir kau ada kekasih hati. Itu yang asyik termenung saja"

Amyra mengangguk kepala. Dia malas nak bangkitkan isu itu. Biarlah ia pergi seperti angin sahaja. Berlalu pergi dalam sekelip mata.

"Kau tak nak cuba bercinta?" Soalan demi soalan Ellyn tanyakan.

"Untuk apa? Aku dah okay ada kawan-kawan macam korang" Amyra tertawa kecil.

Soalan apa yang Ellyn tanya ni?
Mengarut sahaja!

"Muka kau macam berseri-seri sangat! Aku ingat kau dalam mood bercinta. Itu yang aku tak puas hati dengan jawapan kau! Baik kau jujur dengan aku!!" Ellyn tersenyum manis.

"Merepek lah kau ni! Aku tak pernah bercinta dan tak akan bercinta! Aku tak mahu masa hadapan aku musnah disebabkan cinta monyet macam ni" Tersenget bibir Amyra buat seketika.

Mereka dikejutkan dengan bunyi tepukan meja oleh Naura.

Biasalah, Naura sahaja yang kelam kabut sikit. Eh tidak, Fasha juga jenis yang kelam kabut!

"Kenapa korang ni?" Ellyn bertanya kepada mereka berdua.

"Makcik kantin tu... dia kata makanan dah habis!" Ternganga mulut Ellyn.

Amyra pula terfikir sejenak. Dia sudahlah ada penyakit gastrik! Walau macam mana pun, dia mesti makan juga!

"Tepi, aku nak jumpa makcik tu!" Amyra terus ke tempat mengambil makanan.

"Makcik!" Amyra perasan riak wajah terkejut yang terpamer di muka makcik kantin itu.

"Kenapa makcik kata makanan dah habis? Saya nampak kat belakang tu, ada banyak lagi!" Amyra sudah berpeluk tubuh.

"Me-memang dah habis, nak..." Takut-takut makcik kantin itu menjawab.

"Makcik jangan nak bohong kami! Lebih baik makcik bagi kami makanan sekarang. Bukannya kami tak bayar, kami akan bayar lah!" Fasha menghentak kakinya.

"Makcik tak boleh jual makanan kat korang berempat, makcik minta maaf ya?" Makcik kantin itu menundukkan kepalanya.

"Makcik, kenapa kami tak boleh beli makanan pula? Kenapa makcik tak nak jual kat kami? Apa salah kami?" Elyyn mula mencebikkan bibir.

"Makcik minta maaf, makcik cuma ikut arahan saja" Tertunduk kepala makcik kantin itu. Dia sudah terlepas kata!

"Makcik ikut arahan siapa?" Amyra mula memegang perutnya. Dia dah lah tak boleh lambat makan, dia ada gastrik ni!

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now