✧Bab 3✧

258 73 10
                                    

Zarith P.O.V

"Tuan Zarith. Tuan okay ke?" Mak Jah mengambil beg sekolah kepunyaan ku.

Ya, satu-satunya ibu bapa yang aku ada. Mak Jah sebenarnya merupakan orang gaji dalam rumah ni. Tapi, selepas ibu bapa aku meninggal, aku menganggap Mak Jah sebagai orang tuaku.

"Tuan nak makan sekarang atau lepas ni?" Aku lantas menggelengkan kepala.

"Ibu, berapa kali Zarith nak cakap, jangan panggil Zarith...tuan. Panggil je Zarith. Ibu ni, degil kan?" Aku perasan wajah yang terpamer pada muka Mak Jah menunjukkan dia tidak senang hati.

"Kenapa ibu? Ibu ada sakit kat mana-mana ke?" Mak Jah cepat-cepat menggeleng.

"Dah tu, kenapa ibu tak tentu arah ni?" Sejak aku balik tadi, Mak Jah macam takut-takut sahaja.

"Tak ada apa, tu- Zarith. Ibu okay je. Kamu punya pinggang macam mana? Ada sakit tak?" Aku teringat kejadian pagi tadi.

Berani perempuan baru masuk sekolah tu memalukan aku?! Tak guna betul!

"Zarith? Zarith?"

Kalau aku dapat tarik rambut dia, memang arwah budak perempuan tu! Dah la baru masuk sekolah, berlagak gangster pula! Dia tak tahu, aku juara bertahan tiga kali berturut-turut!

"Zarith?! Ibu tengah cakap dengan kamu ni! Kamu dengar tak?"

Tapi, aku macam pernah nampak wajah dia. Wajah dia teringatkan aku kepada seseorang...

Mama aku.

Aku yakin mama masih hidup. Mungkin mama hilang ingatan. Sebab tu dia tak cari aku sampai sekarang.

Tak apa, aku akan sentiasa cari
mama sampai bila-bila!

Nama mama aku? Kaylie.

"Zarith! Ya Allah, penat ibu berleter sorang-sorang!" Aku tersedar dari mengelamun. Aduhai, entah berapa kali Mak Jah panggil aku.

"Kenapa ibu?" Aku tersengih menayangkan gigi putih ku.

"Kamu berangan apa tadi? Penat ibu panggil nama kamu banyak kali. Nanti kalau lapar, kamu pergi dapur ya? Ibu nak pergi bersihkan laman sekejap" aku mengangguk kepala.

Aku tak nampak pula anak dia hari ni. Oh, anak Mak Jah lelaki okay! Nama dia Haikal. Haikal ni satu sekolah dengan aku tapi dia tua setahun.

Kiranya senior lah, dia juga suka bebel kat aku supaya jangan jadi gangster sekolah. Tapi ada aku kisah?

"Kal! Kal!" Tengok, aku panggil nama dia pun macam kawan-kawan je. Nak kata tak hormat tu, bukanlah! Aku hormat dia sebagai seorang yang lebih tua dari aku.

"Mana Haikal ni?!" Mungkin mood aku ke laut, sebab tu aku panggil dia macam nak bergaduh!

"Ya, Zarith? Cari Haikal ke?" Mak Jah melaung dari luar.

"Haah, ibu! Ibu nampak dia tak?!" Aku juga menjerit supaya Mak Jah mendengar suaraku.

"Haikal tak balik lagi! Dia ada kelas tambahan. Kenapa Zarith cari dia?" Oh, kelas tambahan! Aku lupa pula, dia kan nak ambil periksa besar tahun hadapan!

"Tak apa, ibu! Zarith pergi makan dulu" Nampaknya, aku kena makan sorang-sorang je lah?

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Gula. Bawang. Ayam?!" Aku menepuk dahi. Kenapalah aku rajin sangat nak menolong Mak Jah hari ni?!

Tak pasal-pasal aku kena beli barang dapur! Aku cuma nak tolong ringankan beban Mak Jah saja, tak pasal-pasal aku menyusahkan diri sendiri!

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now