✧Bab 4✧

234 70 6
                                    

Amyra P.O.V

HAHAHA! Tak dapat aku tahan ketawa lagi apabila teringat akan wajah Zarith di pasar raya tadi!!

Muka dah la pecah rumah, lepastu aku tuduh dia gay?! HAHAHA!

Pelik, sungguh pelik. Namun, raut wajah dia membuatkan aku teringatkan seseorang.

Seseorang yang sentiasa dekat denganku. Wajahnya mirip arwah ibu... Ibu Annur...

Ibu, kalau ibu dengar apa yang Amyra cakap, Amyra nak ibu tahu yang Amyra sentiasa sayangkan ibu!! 

Mesti ibu gembira di Syurga kan? Ibu tak nak bawa Amyra sekali ke? Amyra rasa macam Amyra asyik menyusahkan Mama Zahra dan Papa Adam...

"Amyra. Mari turun makan. Mama dah siap masak ni" Mama Zahra mula memanggil ku.

Sudah sampai waktunya untuk makan tengah hari. Tapi, perut aku masih kenyang. Aku tak tahu kenapa aku kenyang...

Oh! Aku pergi melantak nasi goreng seafood dekat pasar raya tadi! Patutlah kenyang semacam je. Sebelum keluar, aku sempat makan roti bakar dua keping! Mana tak kenyangnya?! Apalah kau ni, Amyra!

"Mama makan dulu! Amyra turun lambat sikit!" Aku melaung dari dalam bilik. Nasiblah dengar ke tak, aku tak ada mood nak keluar.

"Okay! Jangan tak turun pula!" Fuh, nasib Mama Zahra dengar.

Papa Adam selalu kata aku anak Ibu Annur dan Ayah Iskandar. Tapi, kenapa nama aku perlu diletakkan nama... Zahra?

Ataupun, Mama Zahra tak mengaku aku anak mereka sebab aku ni perempuan... Elok saja Rafael dan Rayyan dilayan.

Argh, apa yang aku tengah fikirkan ni?! Dah cukup baik diorang layan aku. Tak kan aku ditepikan macam tu saja?!

Aku membuka telefon. Lebih baik tonton movie ke, tengok Instagram ke, lagi okay!

Tanganku tertekan video. Aku baru sahaja mahu menutup aplikasi itu, tapi mataku tertancap kepada sebuah video.

Video Zarith kena belasah denganku! Aku tertawa kecil. Seronok juga mengutuk Zarith tengah hari macam ni!

"Baby sayang,
maafkan honey, okay?"

Aku terus menutup telefon. Fuh, meremang bulu roma aku! Nasib tak mati tegak je!

Aku pelik satu je. Kenapa orang kata dia naughty boy, tapi bila lawan dengan aku, dia lembik je sebenarnya?

There must be a reason
why he became like that

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Amyra, meh sini" Aku melangkah dengan malas ke arah Naura. Dia menghulurkan majalah sekolah kepadaku.

"For what?" Aku ni dah lah jenis yang malas membaca. So, aku tak nak sentuh langsung majalah sekolah!! Buku teks pun jarang aku buka, apatah lagi majalah... It's ewwww!!

"Ni, kau dah jadi terkenal lah!! First day masuk sekolah pun dah boleh ada dalam majalah sekolah! Gempak seh!!" Naura membuka muka surat yang tertera gambar aku dan Zarith bergaduh berserta caption

'Bad Girl vs Naughty Boy'

"Siapa yang tulis pasal benda ni?! Naura, I'm asking you!!" Aku menarik majalah tersebut daripada Naura. Aku nampak Naura tergugup di situ.

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now