✧Bab 41✧

154 26 2
                                    

Third Person P.O.V

"Lepaskan aku lah! Tak guna betul!" Ah Seng bersama pengikutnya ditahan polis atas tuduhan membunuh dan cubaan membunuh.

"Ini hukuman kau sebab dah cederakan adik aku! Kau yang tak guna sebenarnya!" Rayyan berkata sambil tersenyum sinis. Tak sangka, orang tua kerepot ni yang sanggup cederakan Amyra!

Tak sedar diri tu dah tua, kalau buat kebaikan untuk semua orang tak apalah juga! Ini tahu nak membunuh orang sahaja!

"Hello, dia tak pernah anggap kau adik pun! Dia anggap kau sampah saja! Kau masih mahu mempertahankan dia? Huh!" Ah Seng meludah ke tepi. Rayyan menjarakkan diri daripada lelaki tersebut.

"Tuan inspektor, apa hukuman yang bakal dikenakan untuk penjenayah ni? Saya harap hukuman yang dikenakan setimpal dengan apa yang dia telah lakukan kepada orang lain" Rayyan sengaja bertanya di situ. Biar Ah Seng mendengar sendiri hukuman yang bakal dia terima!

"Tertuduh akan dikenakan hukuman gantung sampai mati" jawab pegawai polis tersebut.

"Selamat tinggal, penjenayah!" Rayyan mengukirkan senyuman sinis kepada Ah Seng. Lelaki tua itu hanya terketar-ketar lutut dan terpaksa terima hukuman yang bakal dia tempuhi.

"Alhamdulillah" Rayyan berasa bersyukur setelah penjenayah berjaya ditangkap. Rayyan kemudian bergerak ke hospital untuk melawat Amyra.

Mama Zahra dan Papa Adam hanya menanti di wad Amyra. Sebulan sudah berlalu, tetapi Amyra tidak menunjukkan sebarang kesan positif kepada mereka.

Air mata Mama Zahra sentiasa gugur setiap kali melawat Amyra. Dia tidak sanggup melihat anaknya terlantar di hospital lama-lama.

"Awak, perlu ke kita hantar dia ke luar negara? Kita dapatkan rawatan untuk dia di sana?" Mama Zahra memberikan cadangan kepada Papa Adam.

"Bukan saya tak nak hantar dia ke luar negara, tapi hospital di Malaysia pun bagus-bagus. Sekarang ni semua bergantung kepada Amyra. Kita kena bagi semangat kepada dia supaya dia sedar" Papa Adam menggosok perlahan belakang tubuh Mama Zahra.

"Saya tak sanggup tengok dah. Saya nak Amyra cepat sembuh. Dah sebulan dia kat hospital. Keadaan dia masih sama" Mama Zahra menangis dalam pelukan Papa Adam.

"Sabar sayang. Insya Allah, Amyra akan sembuh. Kita cuma perlu banyakkan berdoa"

"Saya nak tengok dia ceria balik. Saya nak dia gembira macam selalu. Kenapa dia kena ni macam ni? Apa salah dia?" Mama Zahra tersedu-sedan di dada bidang Papa Adam.

"Ya. Saya pun nak dia cepat sembuh. Apa kata kita pergi solat dulu? Lepas ni kita lawat Amyra lagi?"

"Mama dengan papa solat lah. Ayyan boleh tengok-tengokkan Amyra. Kalau ada apa-apa, Ayyan terus panggil mama dan papa" Rayyan tiba setelah itu. Papa Adam terus membawa Mama Zahra ke surau berdekatan hospital tersebut.

"Eh, kau rupanya" Rayyan tergelak sinis melihat wajah Zarith di hadapan pintu wad Amyra.

"Kau buat apa kat sini lagi? Bukan kau sepatutnya kat England ke sekarang? Boleh pula kau lawat Amyra ya? Kalau Amyra tak sakit, mesti kau dah have fun kat England sana kan? Ya lah, dia rayu kat kau macam-macam, tapi kau tak pernah kesian pun kat dia. Bila dia dah nak mati macam ni, baru kau nak datang lawat dia, kan?" Rayyan menolak pintu wad Amyra. Cukuplah kata-kata sinis yang dilontarkan. Dia malas mahu mencari pasal dengan Zarith dah!

Tapi sebenarnya, kata-katanya sudah cukup untuk menyentakkan hati Zarith.

"Aku tak tahu apa salah aku. Tapi, bukan aku penyebabnya Amyra dalam wad ni! Aku tak bersalah lah!" Zarith cuba mempertahankan diri sendiri. Dia tidak mengupah sesiapa untuk melanggar Amyra. Salah dia kah semua ini terjadi?

"Bukan sebab kau? Huh, seriously?" Rayyan berpeluk tubuh. Yakin betul Zarith dalam berbicara.

"Ah Seng hantar konco-konco dia untuk langgar Amyra, and kau kata bukan sebab kau? Kau ni biar betul? Kelakar lah lelaki macam kau ni. Kat sini tak ada award untuk pelawak macan kau" Rayyan ketawa kembali. Dia betul-betul tidak faham dengan perangai manusia yang acah bagus seperti Zarith ni!

Konon diri dia tak bersalah, huh!

"Bukan aku yang suruh diorang langgar Amyra! Aku tak bersalah!"

Segala usahanya terasa seperti sia-sia setelah Rayyan kata begitu. Dia tidak menyangka Ah Seng masih berdendam dengan dirinya!

"Macam mana kau tahu dia yang langgar Amyra?" Baru kini otak Zarith mampu untuk proses dengan lebih baik.

"Dia sekarang dah meringkuk dalam penjara sana! Bulan depan, dia akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati! Kau tak payah nak berterima kasih kat aku. Entah-entah kau yang suruh diorang langgar Amyra, kan?"

Rayyan melanggar bahu Zarith. Dia terus masuk ke dalam wad Amyra. Dia mahu memberikan kata-kata semangat buat gadis itu!

Manakala Zarith sudah terdiam, ternganga dan terkaku! Dia tidak tahu hendak berbuat apa sekarang!

Perlu ke dia teruskan untuk pergi ke England?

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Amyra" Zarith menghampiri Amyra.

"Kau tahu kan, aku sayang kau?" Hari ini, Zarith sekadar berdiri di sisi kiri Amyra. Dia tidak mahu duduk. Dia tersenyum nipis sahaja.

"Kau tak nak bangun lagi ke? Dah dekat sebulan kau macam ni. Kau tak penat ke asyik tidur je? Aku yang tengok ni pun rasa penat" Pipi Amyra dielus lembut oleh Zarith. Air mata tiba-tiba sahaja mengalir. Zarith pantas menyeka air mata tersebut.

"Kau tengok ni? Asal aku datang jumpa kau, mesti air mata aku nak jatuh juga. Asal air mata aku jatuh, mesti aku datang jumpa kau. Pelik kan?" Zarith membetulkan rambut Amyra yang menutupi wajahnya.

"Cepat sembuh tau? Aku takut aku tak akan boleh selalu ada untuk kau. Aku nak jaga kau sampai akhir hayat aku" Zarith masih membelai rambut Amyra dengan lemah-lembut.

"Aku sayang kau, okay? Kau tak pernah dengar aku cakap macam ni kalau kau sedar kan? So, sekarang aku dah cakap. I love you" Zarith tersenyum walhal air matanya menitis perlahan.

"Cepat sembuh, aku rindu kau" Zarith terketar-ketar menuturkan kata.

"Amyra, cepat sembuh okay?" Zarith tidak mampu menahan tangisannya lagi. Dia mahu melihat Amyra seceria dulu. Dia sayangkan Amyra!

"Aku nak tengok kau macam dulu balik. Dulu, kau kuat melawan aku. Kau suka gaduh dengan aku! Cepat lah bangun!" Zarith menggoncangkan tubuh Amyra perlahan.

"It's okay kalau kau tak nak bangun. Aku nak balik ni. Jangan harap aku nak datang sini balik!" Zarith memalingkan wajahnya ke belakang. Berharap agar ada tangan yang menghalang perbuatannya.

Namun, semua itu hanya sia-sia. Amyra tak akan bangun, dia tahu perkara itu.

"Hey"

Tangannya diraih perlahan. Zarith terkejut lantas memalingkan wajahnya semula. Dia semakin terkejut apabila dia dapat melihat mata Amyra perlahan-lahan terbuka.

"Did you miss me?" Amyra mengukirkan senyuman semanis madu kepada Zarith.

✧ To Be Continued ✧

Yeay, Amyra buat comeback!
Happy tak? Ada yang sedih ke?
Jangan sedih-sedih okay!

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now