✧Bab 12✧

169 58 8
                                    

Zarith P.O.V

Tak pasal-pasal aku kena soal selidik macam kajian kes sejarah dengan Papa Adam pasal kejadian kat kelab malam tu!

Kejap, apa aku merapu ni? -_-

Aku fikir orang berjawatan tinggi seperti Papa Adam tidak akan pandang orang macam aku.

Tapi, aku silap sama sekali!
Dia baik, sangat baik. Terlalu baiklah, senang cerita! Aku tak tahu nak cakap macam mana dah!

Perwatakan dia bukan macam orang-orang yang bekerja pangkat tinggi. 💯 berbeza sama sekali! Aku kagum dengan dia! Kagum dengan sikap dia! Semuanya lah!!

Walaupun aku pernah menjejaskan kesihatan Amyra, tapi dia still layan aku dengan baik. Dia tak menghukum orang sesuka hati. Dia tak marahkan aku, he's a cool person.

Aku respect kat dia gila namati!

Bertambah-tambah cemburu aku dengan apa yang Amyra ada. Kenapa lah hidup aku tak sebaik dia? Hidup dia terlalu sempurna jika dibandingkan dengan aku.

Dia punya semua yang aku tiada.
Dia ada semua yang aku pinta.

Nak buat macam mana, dah takdir hidup.
Siapa aku nak menghalangnya, kan?

"Zarith, kau dah cuci pinggan kat belakang ke belum? What are you doing?! Buat apa lagi kat sinki tu?! Kerja tak bergerak pun!!"

Aku berhenti mengelamun. Aku segera ke belakang restoran apabila Kak Ros dah panggil nama aku macam nak berperang! Nampaklah dia tengah bercekak pinggang tu.

Ya, inilah pekerjaan aku ketika cuti sekolah. Cuci pinggan, mop lantai, basuh baju ataupun hantar surat. Jadi posmen berjaya... Gempak kan kerja aku?

Kerja-kerja yang tak memudaratkan kesihatan aku. Kerja yang mampu dilakukan oleh budak berusia 15 tahun macam aku. Aku kena cari duit dengan segera.

Untuk bayar hutang, untuk kesihatan aku. Aku sanggup berlapar semata-mata hendak melangsaikan hutang papaku.

Aku gila? Cakaplah apa korang nak cakap! Ingat aku heran sangat ke? Macam lah korang nak tolong aku!!!

Korang tak rasa berada di tempat aku, sebab tu korang boleh perlekehkan aku!
Ha, kutuklah lagi! Aku nak dengar haa!!

"Cepat sikit, nak mop lantai pula lepas ni. Jangan nak membuta je kerja! Kerja kau kat luar ni berlambak lagi. Kalau dah kemaruk sangat nak duit, buat kerja tu biar betul dulu! Ini tidak, nak duit je tahu. Kerja macam hampeh!"

Kak Ros berdiri di muka pintu. Aku mengangguk kepala sambil mencuci pinggan. Bebel, bebel dan bebel saja dia tahu! Tak bosan ke membebel je kerja dia? Aku dengar ni pun nak bernanah telinga. Haish!

Huh, anak taukey kedai. Bolehlah arah orang sesuka hati macam dia taukey!! Nanti kalau aku dah buka syarikat sendiri, aku lempar je duit kat depan muka kau! Berlagak sangat kan? Huh!!

Err, aku pun dikira berlagak ke? Lantaklah! Apa aku peduli?!

Pasal gaji yang aku dapat macam mana? Aku bekerja 8 kali sebulan, kalau rajin aku datang lepas sekolah, kalau malas aku tidur kat rumah hoho! (Orang yang bijak -_-)

Sehari aku dapat dalam lingkungan Rm30. Bolehlah dapat Rm300 sebulan. Sikit sangat eh?

Tapi, aku kena bayar Rm 300K. Bukan 300 ringgit, 300 ribu ringgit! Boleh putus urat kentut aku kalau macam ni. Nak kerja berapa tahun baru dapat 300K tu?! Sampai aku dah meninggal baru dapat bayar hutang Ah Seng? Gila, ini kerja gila!!

"Berhentilah mengelamun lah, budak! Aku nak tengok kau siap cuci pinggan sebelum pukul 3! Kerja kau berderet lagi tu. Jangan nak makan gaji buta sahaja!!!"

Aku cepat membasuh pinggan. Gila! Boleh pula aku berangan. Dah, jangan kacau aku! Nanti aku tak boleh bekerja dengan aman!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

Hari ni hari Isnin. Aku malas nak gaduh dengan perempuan mulut longkang tu! So, aku pun cuba jadi baik dengan dia.

Aku mental? Biasa lah.
Semua orang akan cakap macam tu.

Bergaduh, tiba-tiba nak berbaik.
Haha, ni Zarith Haziq, okay?
Berbaik jarang sekali, bergaduh sentiasa.

"Hoi, duduk seorang je ke?" Aku mula duduk di sebelahnya ketika rehat. Amyra buat tidak endah sahaja.

"Kesian ek. Kawan tak datang, lepastu sombong pula dengan orang" aku tersenyum sinis. Bekas makanan yang disediakan Mak Jah aku buka.

"Huh, pondan! Makan dalam bekal pula tu" Oh, ada mulut juga nak bercakap. Ingat dah bisu dah dia ni!

"Kalau aku pondan pun ada kacau nenek kau berak ke?" Aku mula mengeluarkan sudu garfu.

Hari ni Mak Jah bekalkan aku nasi goreng kampung. Sedapnya tengok ikan bilis dengan kangkung yang menghiasi nasi ni!

"Nak sikit" Dia menganga mulut.

Agak-agaklah aku nak suap kau, gila?! Aku lantas menolak bekalku ke arahnya.

"Wah, kau bagi aku ni?! Confirm tak menyesal ek?" Mata Amyra kelihatan bersinar-sinar.

"Aku bagi kau rasa je. Bukan--" Tak sempat aku habiskan ayat, Amyra dah licin kan dulu bekal makanan aku!

"Woi, aku nak makan apa, setan?! Golojoh gila kau makan, mangkuk!!!" Mulutku mula terlopong. Gila pelahap budak ni!

"Alaa kau makanlah makanan kantin tu. Sedap juga kau masak. Eleehh entah-entah kau beli en?!"

Sabar, Zarith. Sabar. Aku rasa nak koyakkan je mulut dia tu! Banyak cakap betul!

"Kalau aku beli pun, pakai duit kau ke? Dah la makan bekal orang sampai habis. Gila!" Aku memegang kepalaku. Aku dah la tak bawa duit. Nak beli makanan macam mana?!

Dia hanya mampu tersengih.

Ha, sengihlah. Sengih sampai mati!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Zarith, ibu tengok Zarith sekarang makin letih. Zarith tak apa-apa ke? Zarith janganlah bekerja keras sangat. Ibu boleh lagi nak sara kamu berdua" Mak Jah lembut menyentuh tanganku.

"Zarith okaylah, ibu. Zarith penat sikit kut. Kerja hujung minggu. Ibu janganlah risau" Aku tidak mahu membebankan Mak Jah dengan masalahku.

"Kalau ada something wrong, bagitahulah ibu. Kalau ibu tak boleh tolong, sekurang-kurangnya Zarith ada bahu untuk bersandar" Ewah, Mak Jah speaking London bhaii.

"Tak ada apa lah, ibu. Betul ni. Zarith penat je. Ibu pergilah rehat. Zarith nak tidur dah" Aku mengukirkan senyuman.

Nasib Mak Jah memahami. Dia terus keluar dari bilik ku. Aku mula merenung siling rumah.

Kenapa aku asyik terfikir tentang Amyra? Apa perempuan mulut busuk tu dah buat kat aku?

Aku nak tidur pun tak senang! Terbayang-bayang wajah dia dengan pandangan sinis tu!

Tapi, aku tetap kena berterima kasih kepada dia sebab kalau bukan dia yang pijak pinggang aku, mungkin aku kena buat pembedahan.

"Pinggang adik ada rasa sakit tak? Ataupun kebas ke?" Soal doktor yang merawat Zarith.

"Tak ada doktor. Cuma beberapa minggu lepas, ada orang pijak pinggang saya. Dia ada menjelaskan kesihatan saya ke?" Zarith berasa gelisah. Dia tidak mahu melakukan pembedahan!

"Sepatutnya, adik kena berterima kasih kat orang yang dah pijak adik. Peredaran darah adik dah jadi stabil. Kuasa Tuhan, doktor tak mampu untuk memberi keterangan lebih lanjut"

Zarith terdiam. Amyra? Dia buat peredaran darah aku jadi lancar?
Huhu ....

Should I thanked her?
Or should I just ignored it?
Argh, whatever!!

✧ To Be Continued ✧

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now