✧Bab 5✧

222 67 2
                                    

Third person P.O.V

Selasa. Hari yang sungguh membosankan bagi pelajar-pelajar SMK Wira Permai. Para pelajar perlu mengikuti kokurikulum pada sebelah petang.

Yang paling tidak suka kokurikulum, sudah semestinya si Amyra! Suruhlah dia buat apa-apa sekalipun, jangan suruh dia masuk kokurikulum sudah! Dia tak mampu mengawal emosi ketika menyertai kokurikulum.

Pernah sekali, dia bertumbuk di dalam badan beruniform kerana mereka memilih Amyra menjadi pengerusi.

See guys? Tak ada salah apapun nak jadi pengerusi, tapi Amyra tak nak ada kaitan langsung dalam kokurikulum!

"Amyra, kau ambil kelab persatuan apa? Ataupun kau tak pilih mana-mana kelab lagi?!" Naura sangat-sangat teruja setiap hari Selasa. Ini kali pertama dia bertanya kepada Amyra tentang kokurikulum.

Amyra baru sahaja tiga hari sekolah di situ, tidak hairanlah jika dia bertanya soalan sebegitu kepada Amyra. Orang menyibuk lah, katakan...

"Haha. Kelakar sangat. Aku tak nak join benda alah macam ni!" Amyra sempat tertawa kecil. Naura memandang wajah Amyra dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Like seriously?! Kau jangan macam-macam. Nanti markah PAJSK kau zero! Kau nak ke? Akademik cemerlang tapi sukan, so bad!" Naura mula terpekik di telinga Amyra. Siap tunjuk ibu jari terbalik kepada Amyra.

"Eh, suka hati lah nak zero ke, negatif satu ke! Aku peduli apa?! Dah aku memang tak suka aktiviti koko! Nak buat macam mana?!" Amyra mula bersandar di kerusi. Apa yang syoknya membuat aktiviti kokurikulum ni?!

"Alaaa join je lah! Kalau kau tak tahu nak masuk kelab mana, kau ambil kelab pidato dengan aku! Kita boleh berpidato sama-sama!" Amyra tercengang seketika.

"Hello?! Pidato? Potato? Tak nak!! Aku bukan budak sastera macam kau!!" Amyra menggeleng kepalanya laju.

"Okay okay. Kau ambil kelab fotografi macam Ellyn or kelab majalah macam Fasha?"

Amyra membuat wajah jelek.
Ewww no taste semua kelab tu!

"Kelab ganas ganas sikit tak ada ke? Kelab tinju? Kelab ponteng kelas?" Naura pula tertawa kecil.

"Amyra?! Seriously! Mana ada kelab macam tu. Kau pergi kelab malam je lah" Naura masih tertawa.

"Huh!" Amyra merengus kecil. Nak tak nak dia kena join kokurikulum juga.

Dengan mengantuknya, lapar lagi!
Malas betul nak join petang nanti!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

Kelab muzik. Itu yang menjadi pilihan Amyra. Entah kenapa kakinya gatal sangat masuk ke dalam bilik muzik semasa pukul 2 petang tadi!

"Baiklah, hari ni kita akan belajar chorus" Bla bla bla! Amyra tak dengar pun cikgu membebel di hadapan.

"Jadi, siapa yang nak menyanyi dulu?" Amyra terpandang ke arah hadapan. Dia terlihat Zarith di atas pentas.

'Eh eh... dia nak menyanyi ke tu? Mesti suara sumbang gila!' Amyra memperlekehkan kebolehan Zarith.

"Firstly, kalau suara aku tak sedap, jangan kecam aku" Zarith mengambil mikrofon yang disediakan.

Malam berganti malam

Hidup harus diteruskan

Tanpa arah tuju

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now