✧Bab 35✧

107 33 3
                                    

Third Person P.OV.

Aku takut kehilangan kamu
Jangan dikau pergi membawa hatiku
Jantungku berhenti...
Berdegup kerna kamu

Waktu kian beredar
Mengejari masa bersama kamu
Hidupku terasa...
Indah dengan kehadiranmu

Jangan...
Kau tinggalkan diri ini
Aku masih perlukan dirimu
Sebagai teman suka duka

Tolong...
Aku merayu kepadamu
Jangan lari bersama hatiku
Perasaan ini, sukar diungkapkan

Masa demi masa
Hidup perlu diteruskan
Aku tak kuat, aku tak mampu
Tanpa ada kamu

Aku takut kehilangan kamu
Jangan dikau pergi membawa hatiku
Jantungku berhenti...
Berdegup kerna kamu

Kerna kamu...

"Zarith, kau nyanyi lagu Indonesia ke? Kenapa suara kau unik sangat?" Amyra berasa terharu mendengar suara mendayu-dayu daripada Zarith. Eh, dah kenapa pula ni?!

'Eee buat malu je kalau Zarith ni perasan lebih!' Amyra segera menampar bibirnya perlahan. Buat jatuh keturunan wanita sahaja!

"Kau dengar suara aku macam tu ke?" Zarith meletakkan gitar di sisi. Macam biasa, sarkastik perlu wujud dalam hidup Zarith! Kalau tidak wujud, mungkin boleh terkena sawan oink oink!

"Tak, lebih kepada Mat Salleh. Wait, did you just said..." Amyra mula terlopong. Jangan kata dia yang reka lagu tu sendiri?!

"Of course. Lagu tu aku yang cipta sendiri. Sebenarnya aku nak nyanyi lagu tu untuk bakal isteri aku. Tapi tak tahu macam mana pula aku ternyanyi lagu ni kat minah sengal macam kau" Zarith tergeleng-geleng kepalanya.

Dia juga tidak menduga akan hal itu terjadi. Mungkin dia sudah selesa berkawan dengan Amyra. Siapa yang tahu, kan?

"Eleeh, yang sengal-sengal ni juga selalu ada untuk kau! Kau je tak reti hargai!" Amyra menunjal dahi Zarith dengan kasar sekali.

"Sakitlah, bahl*l! Kau suka kan cari gaduh dengan aku?! Tak kesian ke kat aku yang nak buat pembedahan lusa ni?" Zarith menyentuh dahinya. Kalau berlubang, si Amyra nak menjawab ke?

"Kau pondan ke?! Lembik semacam je?! Setakat pembedahan, hal kicil saja" Amyra mengekek ketawa apabila Zarith menjeling tajam ke arahnya.

"Okay, sorry. So, lepas operation ni, kau nak buat apa?" Amyra kembali serius. Sedari tadi mereka bergurau senda. Macam tiada apa-apa akan terjadi pula!

"Well, aku tetap nak pindah England juga. Aku tak kira! Kalau pembedahan berjalan lancar lah, kalau tak kau kebumikan je lah mayat aku"

Amyra menjeling tajam wajah Zarith. Berani dia merapu di hadapan Amyra?! Walaupun sekadar bergurau, Amyra tetap tidak sukakannya!

"Bawalah aku sekali, jebon!" Amyra menukar topik. Dia tidak mahu isu tersebut diketengahkan.

"Argh tak ada tak ada. Kau tak penting pun!!" Zarith menjelir lidah. Nanti habislah duit dia nak menampung Amyra di England! Kat sini pun sudah huru-hara hidupnya selepas kehadiran Amyra!

Tapi, dia tetap gembira dengan kehadiran gadis itu. Entah kenapa dia mempunyai dua perasaan dalam satu masa.

"Eleeh nanti kau bawa aku juga, tengoklah!?" Amyra tertawa perlahan. Macam perkara itu kelakar sahaja!

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now