✧Bab 40✧

138 23 6
                                    

Third Person P.O.V

"Zarith tak akan datang, am I right?" Naura hanya mampu duduk di luar wad tersebut. Rayyan cuba menenangkan kawan baik Amyra itu.

"Kau sabar lah. Amyra mesti tak nak tengok kau sedih-sedih macam ni" Rayyan menyentuh bahu Naura. Ini kalau kena lempang dengan abang Naura, sia-sia je hidup!

"Tapi... Kenapa dia kena hadap semua ni? Apa salah dia?! Kenapa dia kena uji sampai macam ni sekali? Ni mesti sebab Zarith tak guna tu! Aku benci dia! Aku benci dia sebab buat kawan aku macam ni! Hergh!!" Naura memukul Rayyan tanpa sebab. Terpaksa lah Rayyan menghadap sahaja. Tak pasal-pasal kena pukul beb!

"Can you cool down, please? Insya Allah, Amyra will be fine. Don't worry too much, little girl. Aku akan tetap ada di sisi kau" Rambut Naura diusap perlahan. Kali ini, memang mati dia kalau abang Nazrin ada kat sini! Sesuka hati sahaja menyentuh rambut anak dara orang!

Sejurus itu, Mama Zahra dan Papa Adam menghampiri Naura dan Rayyan.

"Ayyan, macam mana keadaan Amyra? Amyra okay je kan? Apa yang pihak hospital kata tentang kesihatan Amyra?" Mama Zahra terlebih dahulu bertanya kepada Rayyan.

"Dia masih dalam wad ICU. Dia tak sedarkan diri, mama, papa. Pihak hospital call, katanya kecederaan Amyra agak parah. Sekarang ni, dia bergantung dengan mesin pernafasan saja. Kita kena banyakkan berdoa untuk dia" Rayyan menghembuskan nafas perlahan. Sebak hatinya melihat adik merangkap kawan baiknya terlantar di katil hospital.

"Ya Allah" Papa Adam cuba menenangkan Mama Zahra yang kaku di situ. Terketar-ketar lututnya saat ini.

"Papa dengan mama jangan risau. Ayyan akan cari siapa yang cederakan Amyra! Dia akan terima balasannya! Ayyan tak akan lepaskan dia semudah itu!" Rayyan berjanji di hadapan Mama Zahra dan Papa Adam.

"Baik. Papa harap kamu dapat cari suspek utama. Jangan bahayakan diri sendiri semata-mata nak tahu siapa yang cederakan Amyra! Kamu kena jaga kesihatan juga. Kalau kamu sakit, siapa nak jagakan Amyra?" Pesan Papa Adam.

"Okay papa" Rayyan menarik lengan Naura supaya keluar dari hospital.

"Rayyan?! Kenapa kau tarik aku sekali ni? Aku masih nak tengok Amyra lah!" Naura melepaskan tautan tangannya dengan Rayyan. Dia ni, suka sangat buat orang blushing secara tiba-tiba!

"Yang kau pakai make up kat hospital buat apa? Blusher kau natural ke? Asal nampak real make up kau ni?" Rayyan memerhatikan wajah Naura. Betul ke Naura pakai blusher? Ataupun...

Naura malu dengan dia?

"Kau pakai blusher ke?" Sekali lagi, Rayyan bertanya. Naura terus berjalan meninggalkan Rayyan di pintu masuk hospital.

"Eh, tunggu lah!" Rayyan mengejar langkah Naura. Bukan susah manapun nak mengejar si Naura ni!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Pakcik, saya minta tolong sangat-sangat. Pakcik ingat tak nombor plat kereta yang langgar pakcik?" Rayu Rayyan. Dia betul-betul mahu mencari dalang disebalik semua ini.

Hanya ini sahaja caranya untuk mengetahui siapakah penjenayah yang mensabotaj Amyra sehingga menyebabkan gadis itu cedera parah.

"Kalau pakcik perasan, nombor plat dia WYT 5928. Tapi pakcik tak berapa ingat sangat. Maafkan pakcik" Pemandu yang sepatutnya membawa Amyra ke airport menerima rawatan kerana dia mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala.

"Terima kasih pakcik. Maklumat ni terlalu berguna untuk saya. Saya minta diri dulu. Semoga pakcik cepat sembuh" Rayyan pantas membawa rakaman itu ke balai polis.

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now