✧Bab 34✧

104 33 1
                                    

Third Person P.O.V

"Amyra"

"Amyraaaa"

"Woi minah kelabu! Aku panggil ni, kau buat pekak kan?!"

Amyra berpaling ke arah Zarith. Sejak Zarith duduk di sebelahnya; bertukar tempat duduk dengan Lin, dia jadi menyampah pula!

Geram! Sakit hati! Geram! Sakit hati! Itu sahaja yang ada di dalam kepala Amyra apabila melihat wajah Zarith.

"Apa masalah kau ha?!" Amyra sebenarnya malas mahu berbicara dengan Zarith. Dia masih sakit hati pasal semalam!

Duit pun dia tak bagi lagi, kalau Zarith mati pun dia tak kisah dah! Geram punya pasal!

"Okay, sorry kalau kau rasa aku cakap benda tak elok semalam. Aku just nak kata kau jadi pel--"

"Diam lah! Aku benci kau!" Amyra memintas lagi kata-kata Zarith.

Dah tu, bila Zarith nak cakap perkara yang sebenar kalau perangai Amyra macam ni?!

"Dengar lah apa aku nak cakap dulu! Boleh tak jangan potong cakap aku!" Zarith menjadi geram. Dia tak habis cakap lagi, tapi Amyra dah memotong cakapnya!

"Diam!!! Aku tak nak dengar kau cakap apa-apa!" Amyra meletakkan kepalanya di atas meja.

Cukuplah semalam sahaja dia menangis. Kalau Zarith cakap lagi, memang dia menangis di dalam kelas ni!

Tidak kira lah Cikgu Poh nak mengamuk sakan ke, nak menambah kerja matematik dia ke. Dia sudah tidak kisah!

"Amyra... Dengar lah apa aku nak cakap ni" Zarith kuatkan hati. Dia tidak pernah memujuk perempuan sampai macam ni sekali!

"Diam! Cakap lepas sekolah" kepala Amyra masih di atas meja. Suara Cikgu Poh yang memanggilnya tidak dihiraukan.

"Tak nak, jumpa kat bumbung waktu Cikgu Botak nanti!" Zarith terus mendiamkan diri. Dia juga melakukan perkara yang sama seperti Amyra. Berbaring di atas meja. Kalau tidur ni, best juga!

"Ergh!" Amyra merengus. Geram betul dengan sikap si Zarith ni. Tak habis-habis mengarahkan orang sesuka hati!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Ha, kau nak apa?! Kau nak cakap apa lagi?!" Amyra membawa kerusi yang dia curi di dalam kelas kosong. Dia terus duduk di atas kerusi tersebut.

Bukan dia curi pun, dia sekadar meminjam. Sudah habis perbincangan, dia letak lah balik kat kelas kosong tu!

"Kau ambil kerusi kat mana?" Zarith memandang wajah Amyra yang sedang tersenyum sinis.

"Ada lah. Buat apa kau nak tahu? Cepat sikit cakap tu, aku bagi 5 minit je!" Sambil lima jari Amyra berada begitu hampir di muka Zarith.

"Alaa buat apa cakap awal-awal? Kau nak masuk kelas Cikgu Botak ke?" Zarith sudah berpeluk tubuh. Bila masa si Amyra jadi rajin pula nak belajar waktu Sejarah?

"Suka hati aku lah!" Amyra meninggikan suara. Dia masih sakit hati tentang kejadian semalam!

"Okay okay, macam ni..." Zarith menghembuskan nafas. Harap-harap kali ni Amyra tidak memotong percakapannya.

"Aku bukan nak cakap kau buat perkara yang tak senonoh, aku just nak cakap kau tu bekerja sebagai pel--"

"Aku tak nak dengar hal tu! Cakap benda lain boleh tak?" Amyra membantah sama sekali. Dia tidak suka perkara itu dibangkitkan kembali. Tak ada topik lain ke selain perkara itu?!

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now