✧Bab 32✧

115 32 4
                                    

Third Person P.O.V

Bekerja? Perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran Amyra. Namun, disebabkan suatu kejadian, Amyra terpaksa mencari pekerjaan.

Pelik kan? Kenapa Amyra perlu sibuk-sibuk mencari pekerjaan semata-mata demi Zarith?

Kerana....

"Amyra! Jangan nak mengelamun saja. Susun pinggan dalam rak. Cepat sikit!! Buat kerja tu biar teliti, jangan nak berangan sampai ke malam! Kau nak makan gaji buta ke? Tak tenang hidup kau nanti!"

Memang tak tenang pun, sebab dengar bebelan majikannya!

Amyra terus mengambil beberapa pinggan lalu disusun dengan teratur di dalam rak pinggan.

Cermin yang berhabuk digilap supaya berkilat. Di dalam kedai makan ini, tiada apa yang perlu dirisaukan. Semuanya Amyra akan buat dengan teliti!

Sesuka hati sahaja majikannya kata kerjanya tidak teliti. Hello, this is Amyra okay?!

Semasa Amyra sedang sibuk mengelap cermin, dia ternampak Zarith di luar.

Dari jauh, Zarith sedang menarik tangan seorang gadis. Cantik gadis itu. Amyra akui sangat-sangat, dengan lesung pipitnya.

Jangan tanya macam mana dia boleh lihat lesung pipit gadis itu. Matanya seperti helang, tau?!

Hati Amyra tiba-tiba mendidih. Entah kenapa dia rasa begitu. Apakah makna semua ini? Kenapa dia rasa perasaan yang aneh?

"Weh, kau ganti tempat aku. Aku nak buat air kat dapur. Jangan nak mengelat pula!" Amyra terus menghulurkan kain lap kepada rakan kerjanya. Dengan hati yang sebal, dia terus ke arah dapur. Menyampah betul!!

"Dah kenapa Amyra tu? Kena penyakit gila ke? Ataupun dia baru je datang bendera merah?" Rakan kerjanya mengangkat bahu lalu meneruskan kerja Amyra yang tergendala.

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Faqiha! Nanti dulu! Berhenti lah!" Zarith sedaya upaya menahan Faqiha daripada pergi.

"Kau nak apa lagi, Zarith?! Jangan kacau hidup aku lagi! Aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan kau dah!" Faqiha merentap tangannya kasar. Dia tidak mahu berurusan dengan Zarith lagi.

"Kau Faqiha kan? Kau pergi mana selama ni? Kenapa kau perlu bersembunyi? Kenapa kau buat aku macam ni?" Zarith melepaskan tangan Faqiha apabila dia nampak Faqiha telah tenang. Faqiha merengus kegeraman.

"Jangan kacau aku! Kau anggap je aku dah mati! Senang cerita! Jangan pernah tunjukkan muka kau depan aku lagi! Aku benci!" Faqiha berura-ura mahu pergi, namun tangannya sekali lagi menjadi mangsa cengkaman Zarith.

"Please, aku nak tahu sebab kenapa kau tinggalkan aku macam tu je. Kenapa kau perlu anggap kau dah mati sedangkan kau hidup sihat walafiat depan mata akum"

"Perlu ke kau tahu sebabnya? Tak perlu kot. Ingat eh Zarith, aku mati sebab kau! Sebab kau! Jangan pernah cari aku lagi, atau aku akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri!!" Faqiha merentap tangannya semula lalu meninggalkan Zarith sendirian di situ.

"Kenapa? Apa salah aku? Aku buat apa kat dia sampai dia jadi macam tu?" Zarith menghembuskan nafas. Tidak dia menyangka Faqiha, kawan dari sekolah rendahnya masih hidup.

Mengapa dulu dia nampak mayat Faqiha di dalam sebuah gudang? Apakah Ah Seng menipunya? Apakah dia terperangkap dengan tipu helah pengutip hutang itu?

"Aku akan cari punca semua ni terjadi" Zarith sudah tekad. Dia mahu berkawan semula...











...dengan Faqiha!

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now