✧Bab 31✧

127 36 2
                                    

Amyra P.O.V

"Hoi! Asal kau nampak risau semacam je ni?"

Naura mula duduk di atas mejaku. Sejak bila dia jadi gangster macam ni? Sejak dia berkawan dengan aku lah!

Pengaruh rakan sebaya detected!

"Entah lah" Sejujurnya, aku pun tidak faham perasaan aku sekarang ini.

Dah dekat tiga minggu Zarith menghilangkan diri. Pelik? Kenapa aku ambil berat tentang dia? Entah, aku pun tiada jawapan yang pasti.

"Amyra, aku cakap dengan kau ni!" Ha, aku banyak mengelamun sekarang ni. Tak tahu pasal apa!

To young to dumb to realise~

"Woi! Layanlah aku! Kurang ajar punya kawan!" Naura pura-pura merajuk. Macam lah aku tak tahu dia ni jenis yang macam mana.

"Hmm kau rasa Zarith pergi mana sebenarnya?" Eh, asal aku tanya soalan tu?! Mulut ni, suka soal yang merapu-rapu!

"Haha. Kau tak boleh tipu perasaan sendiri kan?" Naura tergelak kecil. Jap, kelakar ke soalan tu?

"Apahal kau gelak pula? Nak kena siku dengan aku ke?!" Siku yang cantik aku tunjukkan kepada dia. Haha, kalau bukan diri sendiri yang puji, siapa lagi kan?

"Tak nak tak nak hehe. Alaaa minggu depan dia masuklah kelas. Kau janganlah risau sangat" Naura mengenyit matanya.

Okay, seram siut! Aku nak lempang dia boleh tak? Mungkin otak dia dah terputus wayar kat mana-mana kot!

"Dah lah, pergi duduk tempat kau sana! Shuh shuh" Aku menghalaunya. Ha, mulalah mulut tu muncung sedepa. Haih...

"Ish, dia ni... Suka halau kita tau!" Dia tak boleh cakap banyak sebab Cikgu Poh dah masuk.

"Psst psst Amyra"

Ha, dah kenapa budak Lin ni bisik-bisik kat aku?! Aku nak fokus belajar ni, cehh!

"Apa kau nak ha?" Aku menjelingnya sahaja. Malas betul nak layan si Lin ni!

Cuba kalau Lee Zi Jia ke, Ng Tze Yong ke,
okay juga. Eh?! Aku merapu apa ni?! Dah melalut ke atlet badminton pula huhu

"You dah siap soalan Math ke?"

"Belum maa, wa manyak malas woo" Eh, aku cakap macam budak cina ni dah kenapa?! Slang pun aku main hentam je haha!!

"Haiyaa habis tu, mati lah kita kena penggal itu kepala sama Cikgu Poh" Lin sudah memegang kepalanya.

Okay, he's cute but...

Ada lagi yang lebih cute dari dia...

Dan sudah semestinya orang itu ialah aku.

Siapa je berani lawan si Amyra yang kiut-miut ni? Tak ada siapa hahaha!!

"Amyra! Lin! Jangan banyak bercakap. Buat latihan!"

Okay guys, cikgu dah mula membebel. Maka, terhenti lah perbualan kami.
Uhuk uhuk!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

Tak boleh jadi, aku memang tak senang duduk bila Zarith menghilang macam tu je. So, aku pun pergi rumah Mak Jah. Bijak kan?

"Assalamualaikum!" Aku menekan loceng rumah. Tak kan Mak Jah pun tak ada?

"Waalaikumussalam, eh Amyra!" Lah, kenapa dia pula yang keluar?! Aku tak nak jumpa Haikal time time macam ni! Ergh!

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now