✧Bab 26✧

140 42 2
                                    

Third Person P.O.V

Bosan! Bosan! Bosan! Hari-hari seorang Puteri Amyra Zahra penuh dengan kebosanan. Terlampau bosan ni, sampai nak bosan pun dah bosan!

Nampak tak dia punya merapu tu?

Hari ni, Kelab Muzik mahu membuat persembahan tarian pula! What is this?!

Nyanyi? Okay lagi. Masih boleh dipertimbangkan sewajarnya.
Menari? Lambat lagi! Mohon kirim salam!

Jadi, Amyra mengambil keputusan untuk berada di rooftop sekolah. Lagi menarik, bukan? Menikmati suasana indah sementara menunggu waktu kokurikulum tamat.

Podah! Tahu nak ponteng je kerjanya!
Bila nak insaf wahai Puteri Amyra Zahra?

"Kau tak pandai menari ke? Bukan kau ni seorang perempuan? Huh!" Zarith berdecit perlahan. Amyra tidak melayannya. Ingat boleh aman di atas bumbung ni, rupanya silap! Huh!

Seperti biasa, mereka berdua akan berada di bumbung sekolah pada waktu yang sama. Seperti jodoh bukan? Ceh!

"Ada nampak muka aku ni macam seorang penari ke?" Amyra membulatkan wajahnya sendiri.

"Tak, nampak macam nenek sihir" Zarith menjelir lidahnya. Mula lah mereka nak berdebat atas bumbung macam ni!

"Haha, so funny" Amyra berpeluk tubuh. Bukan masanya untuk berbalah. Malas nak layan!

"And one more thing, ingat perempuan perlu pandai menari ke? Lelaki tak cari yang pandai menari, diorang cari yang pandai memasak, pandai buat kerja rumah, pandai--"

"Yang kau merapu kat sini buat apa, syaitan?! Geli telinga aku ni mendengarnya!" Zarith meraup wajahnya. Ni yang menyampah bila ada orang lain mengganggu ketenteraman nya di atas bumbung ni!

"Aku tak merapu, aku cakap benda betul. Kau nak ke isteri kau pandai menari je?" Amyra mengherotkan bibir.

"Tak nak" Ewah Zarith, asal kau melayan pula ni? Tiber!

"See? That's what I mean!" Amyra mengangkat keningnya.

"Apa-apa je lah!" Zarith akhirnya mengaku kalah. Perempuan always win, huh!

Amyra mula memikirkan sesuatu. Sesuatu yang berkait dengan mimpinya beberapa minggu yang lalu.

"Aunty harap, kamu dapat jadi kawan dia. Dia jadi macam tu sebab dia sunyi. Aunty harap kamu dapat berbaik dengan dia ya?"

"Siapa perempuan tu? Kenapa dia muncul dalam mimpi aku? Apa patut aku buat?" Amyra mula mengingat kembali wajah wanita tua yang berada di dalam mimpinya.

"Kau merepek apa pula ni? Macam nenek sihir sungguh lah!"

"Ha??" Amyra menoleh ke arah Zarith. Kecoh lah mamat ni! Nak berangan pun tak boleh! Sibuk! Menyampah!

"Yang kau nak menyibuk apahal?! Suka hati aku lah!!" Amyra terjerit apabila dapat menangkap makna di sebalik ayat Zarith.

Ceh, baru nak faham!
Lambat pick up betul minah ni!

"Suka hati kau lah. Malas aku nak sembang dengan kau. Lebih baik kita termenung je. Lagi banyak faedahnya!"

Masing-masing mendiamkan diri.

Yang seorang terfikir tentang masalah kesihatan,
Yang seorang lagi terfikir tentang mimpinya.

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Siapa perempuan tu? Kenapa dia muncul dalam mimpi aku? Apa yang dia nak? Argh, stress betul lah!" Amyra masih memikirkannya sehingga sampai ke rumah. Dia bingung sekali.

Dia mahu mengenali wanita itu! Apakah ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik mimpi tersebut? Dia musykil!

"Amyra? Buat apa kat sini, sayang? Tak nak tidur lagi?" Mama Zahra menghampiri Amyra. Punggung dilabuhkan di sebelah kanan anak daranya.

"Mama, macam mana tafsiran mimpi?" Amyra melentokkan kepalanya di atas bahu Mama Zahra.

"Mimpi? Amyra mimpi apa? Boleh share dengan mama? Mama nak tahu juga apa anak mama mimpi sampai macam ni sekali termenungnya" Mama Zahra tersenyum manis. Jarang sekali Amyra mahu bercerita dengannya. Selalu cerita kat Papa Adam saja.

I is jealous okay!

"Amyra mimpi seorang perempuan ni, dia suruh Amyra kawan dengan Zarith. Dia kata Zarith jadi pembuli sebab dia keseorangan. Betul ke mama? Kenapa Amyra boleh mimpi macam tu?" Sejak bila Amyra punya perangai jadi macam ni?

"Seorang perempuan? Rupa dia macam mana?" Mama Zahra terperasan sesuatu. Namun, dia tidak mahu bertindak dahulu. Biarlah Amyra bercerita, baru lah dia memberitahu perkara yang berlegar di mindanya.

"Tak tahu, tapi macam ada kaitan dengan ibu. Mama rasa ibu ada keluarga lain tak selain mama dengan nenek? Amyra tak pernah kenal diorang. Amyra rasa nak jumpa diorang lah. Tapi, kalau ada lah... Kalau tak ada, Amyra nak jumpa siapa, kan?" Sempat pula dia melawak ya, Amyra?

"Mama rasa ada" Mama Zahra mengukirkan senyuman.

"Betul ke? Siapa? Diorang kat mana sekarang? Diorang masih hidup ke tidak?" Amyra nampaknya begitu berminat mahu mengetahui latar belakang ibunya.

Lebih tepat lagi, latar belakang keluarga ibunya!

"Mama tak pernah bagitahu Amyra ke?" Mama Zahra tergelak kecil apabila Amyra sudah memuncungkan bibirnya.

Macam mana nak bagitahu? Dia jarang bersembang dengan Mama Zahra macam sekarang ni!

"Okay, Amyra tunggu kejap eh? Mama nak ambil sesuatu" Mama Zahra beredar ke biliknya. Amyra sekadar menonton televisyen.

Cerita apa yang menarik pukul 10 malam ni? Drama Melayu? No way!! Amyra tak suka langsung cerita drama-drama Melayu ni!

Not my taste, argh!

"Ha, ni gambarnya! Amyra tengoklah" Mama Zahra datang membawa sebingkai gambar.

"Eh, perempuan ni?!" Amyra terkejut lantas merampas gambar tersebut.

"Siapa perempuan tu?" Mama Zahra hanya membiarkan Amyra memegang bingkai gambar tersebut.

"Dia..." Amyra menelan air liur.

Itu... Itu...

Wanita dalam mimpinya?!

Mana mungkin?!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Hoi, kau busy ke?" Jeng jeng jeng. Amyra call siapa guys? Mestilah korang dah tahu, kan? Kalau tak tahu, duduk diam-diam je!

"Asal? Tetiba call orang malam-malam macam ni. Kau dah sakit otak ke?"

"Jom ikut aku pergi satu tempat" Amyra nak pergi mana ni? Ish ish ish!

"Asal? Kau nak bu---"

"Jangan banyak tanya boleh tak?! Esok datang rumah aku, tepat pukul 9 pagi" Garang sungguh budak ini! Tak sempat lagi si pemanggil nak menghabiskan ayat, dah dipotong si Amyra!

"Esok hari Rabu lah! Kau nak pergi mana, gila?! Aku busy kat sekolah"

"Kau takut ke? Ponteng kelas je lah! Apa susah sangat? Macam lah kau boleh focus dalam kelas. Huh!" Ajaran sesat. Mohon jangan ikut. Buruk padahnya!

"Ish, ye lah! Bye!"

Talian ditamatkan. Amyra mula mengukirkan senyuman sinis.

Esok, segala-galanya bakal terjawab! Dia akan pastikan apa yang bermain di mindanya dapat dihapuskan!

Just wait for tomorrow!

✧ To Be Continued ✧

Amyra nak buat
apa pula ni, guys? 😭👍🏻
Jangan lupa baca
sehingga part akhir ya?
Kalau tidak, moon merajuk!

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now