✧Bab 37✧

115 26 0
                                    

Third Person P.O.V

"Culik dia"

"Tapi bos..." Lin berpeluk tubuh. Dah kenapa kerja culik-menculik perlu diserahkan kepada dia yang baru berusia 15 tahun ni?

"Tak berbahaya ke?" Faqiha pula bertanya. Dari raut wajahnya sahaja sudah cukup jelas bahawa dia tidak suka aktiviti jenayah seperti itu!

Ah Seng ketawa kecil. Berani anak-anak buahnya tidak mahu mendengar arahan daripada bos sendiri? Nak mati ke diorang ni?!

"Siapa ketua di sini? You dua orang atau wa? Mahu mati ke?" Ah Seng mengangkat pistolnya. Dahi Lin dijadikan sasaran sementara tangannya lagi sebelah menarik Faqiha ke sisinya.

"Sakit lah!" Leher Faqiha dicekik oleh Ah Seng.

"Ikut arahan atau lu dua orang mati macam itu Zarith!" Ah Seng terus melepaskan cengkaman pada leher Faqiha.

"Bod*h punya orang tua!" Faqiha terbatuk-batuk selepas Ah Seng melepaskan lehernya. Lin pula hanya beriak selamba.

"Terpaksa lah you tangkap boyfriend kesayangan you tu" Lin mengejek Faqiha. Dia pasti gadis itu tidak mahu menculik si Zarith!

"Kau diam ataupun aku bunuh kau kat sini juga!" Tangan Lin ditarik kuat oleh Faqiha. Kalau nak tahu kekuatan tenaganya macam mana, kena lah beradu tenaga, betul tak?

"Okay okay! Lepaskan tangan I! You ni, nak bergurau sikit pun tak- Argggh!!" Lin menjerit apabila tangannya mula dikepak oleh Faqiha.

"Jangan nak bergurau benda bod*h macam tu! Aku tak suka!" Faqiha terus melepaskan tangan Lin. Dia kemudian keluar dari tempat persembunyian itu.

"Let's see if you can save your beloved boyfriend" Lin mengangkat bahu lantas tersenyum keseorangan.

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Kau nak pergi mana?" Amyra memerhatikan gerak-geri Zarith yang seperti berjaga-jaga itu.

"Jangan risaukan aku. Kau pergi balik sekarang juga!" Zarith berasa tidak sedap hati. Dia tidak mahu terjadi apa-apa kepada Amyra.

"No! Kau baru je keluar dari hospital! Jadi, keselamatan kau tanggungjawab aku" Amyra juga tidak mahu kalah. Dia akan pastikan Zarith selamat apabila berada di sisinya.

"Tapi keselamatan kau tak ada kena mengena dengan aku! Buatnya kau kena culik ke apa nanti? Mana ayah kau?!" Zarith merengus. Memang si Amyra ni keras kepala, macam mana dia nak halang gadis itu untuk pergi dari stesen bas ni?

Dia sebenarnya mahu ke kedai buku untuk membeli beberapa alat tulis yang telah habis digunakan. Tapi tak sangka si Amyra ni nak ikut sekali!

"Tapi..."

"Boo! Terkejut tak?"

Amyra dan Zarith memandang sesama sendiri. Tiba-tiba sahaja mulut mereka ditutup menggunakan kain yang telah diletakkan klorofom.

"Hmph! Hmph!" Amyra meronta-ronta ingin dilepaskan. Begitu juga dengan Zarith yang ingin melepaskan diri dari cengkaman musuh.

Namun, kesan ubat tersebut sangatlah kuat. Mereka akhirnya tidak sedarkan diri.

Lin menyuruh 'budak-budak' itu membawa Amyra dan Zarith ke dalam van. Faqiha yang berada di tempat duduk bahagian penumpang hanya terkaku memandang wajah Zarith.

"I'm so sorry, Zarith" Ucap Faqiha di dalam hati. Tidak sanggup dia mahu menatap wajah lelaki itu lama-lama.

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now