✧Bab 29✧

151 41 1
                                    

Third Person P.O.V

"Kau boleh jalan tak? Kalau tak, aku papah je. Nampak muka kau macam pucat semacam je" Amyra mahu memapah Zarith, namun Zarith menghalang gadis itu.

"Aku bukannya nak mati lagi. Tak payah nak tunjuk prihatin sangat. Kalau dah mati, kau boleh tanam je kat tanah perkuburan hujung jalan tu" Sombong betul si Zarith ni! Cikgu Suraya hanya tergelak kecil.

"Kamu berdua ni. Macam-macam hal lah! Kat hospital pun nak bergaduh lagi. Cikgu kahwinkan kamu berdua nanti" Cikgu Suraya mengukirkan senyuman pula.

"Erk?" Mereka berdua berkata serentak. Bukan berkata, lebih kepada berdecit sebenarnya.

Cikgu Suraya jangan macam-macam ek!

"Dah lah, jom pergi rumah kamu berdua. Cikgu hantarkan ya?" Jam sudah menginjak ke angka tiga. Bermakna, sudah pukul 3 petang. Mereka perlu pulang ke rumah sekarang.

"Okay" sahut mereka berdua. Dalam masa yang sama, mereka berdua sempat menjeling sesama sendiri. Sakit hati sungguh!

Cikgu Suraya pun membawa anak-anak muridnya ke rumah masing-masing.

"Terima kasih cikgu!" Cikgu Suraya menghantar Amyra terlebih dahulu ke rumah. Kini, tinggal Cikgu Suraya dan Zarith sahaja di dalam kereta.

"Zarith, cikgu nak tanya kamu sikit ni" Cikgu Suraya memandang Zarith menggunakan cermin pandang belakang.

"Ada apa cikgu?" Zarith hanya memerhatikan kawasan luar. Penuh dengan pepohon hijau yang indah di sepanjang jalan.

Oh, tenangnya di sini!

"Kamu dengan Amyra, berkawan ya?"

"Mustahil lah cikgu. Cikgu macam tak tahu sahaja perangai kitorang ni" Zarith tertawa kecil. Kawan? Musuh ada lah! Merepek je Cikgu Suraya ni.

"Tapi, cara dia care tentang kamu. Dia juga yang suruh cikgu hantar kamu ke hospital lepas tengok mulut kamu berbuih macam tu. Cikgu rasa dia anggap kamu macam kawan lah, Zarith"

Zarith terdiam. Tidak mungkin sama sekali! Sudah tiga bulan lebih mereka bergaduh. Tak kan tiba-tiba Amyra menganggapnya sebagai kawan? Di manakah logiknya?

"Ataupun dia anggap kamu lebih lagi" Cikgu Suraya tahu Zarith mampu menangkap maknanya.

"Apa? Cikgu merapu apa ni? Saya tak faham lah!" Zarith berkerut dahi. Tidak faham. Apa maksud cikgu ni?

"Kamu akan tahu juga nanti" Cikgu Suraya tersenyum. Zarith ni, buat-buat tak tahu pula!

"Ya lah cikgu. Saya turun dulu, ya?" Zarith tidak mahu berbicara dah. Dia mahu tenangkan diri sahaja. Nasib dah sampai rumahnya!

"Zarith, tunggu kejap. Cikgu nak tanya something lagi" Zarith tidak jadi mahu membuka pintu kereta. Apa lagi wahai Cikgu Suraya?

"Kenapa cikgu? Ada apa lagi?" Zarith acuh tidak acuh sahaja.

"Kamu tak nak buat pembedahan ke?" Cikgu Suraya mendengar setiap penerangan doktor tadi. Dia tahu Zarith perlukan rawatan dengan segera atau nyawanya akan menjadi taruhan.

"Saya tak cukup duit lagi, cikgu. Lepas saya dah ada duit yang mencukupi, saya buat lah pembedahan tu" Zarith tersenyum nipis. Bila-bila masa sahaja hayatnya akan berakhir.

Apakah dia perlu melakukan pembedahan? Tidak sama sekali! Andai kata semasa dia mengumpul duit untuk melakukan pembedahan, namun hayatnya tidak panjang? Buat rugi duit sahaja!

"Cikgu boleh tolong bayarkan separuh" Dengan niat ikhlas, Cikgu Suraya mahu membantu.

"Tak perlulah cikgu bazirkan duit untuk orang macam saya ni. Saya tak perlukan bantuan cikgu, terima kasih. Saya pergi dulu" Zarith terus keluar daripada kereta tersebut.

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now