✧Bab 16✧

156 54 5
                                    

Amyra P.O.V

"Amyra! Amyraaaa!"

Aku terjaga daripada mimpi yang indah. Siapa tu? Kenapa sebut-sebut nama aku?

"Amyra sayang!!! Bangun lah! Buat apa dalam bilik lagi?!" Okay, aku rasa tu suara Nenek Syerah. Nenek kebayan sudah muncul, guys!

Eh, hidup lagi aku. Aku ingat dah ikut Ibu Annur dan Ayah Iskandar tadi. Pffft

"Nur Amyra!!"

Aduh, Nenek Syerah ni! Tak nampak ke aku tengah ikat rambut?

Eh, macam mana Nenek Syerah nak nampak, aku dalam bilik! Aku lah beng*ng kat sini! Haihhhhhh

"Amyra! Amyra! Amyra! Sila bangun!!!"

Ya Allah, pagi-pagi lagi dah sebut-sebut nama aku banyak kali?! Tak boleh ke tengok aku aman sekejap?! Aku mengantuk lagi ni. Ikat rambut pun lepas ke tak ni!!

"Nur Amyra!!" Laungan suara Nenek Syerah dari tingkat bawah betul-betul menyakitkan telinga aku!

"Puteri Amyra lah nek!! Kenapa nenek suka sebut nama salah ni?!" Aku juga menjerit dari tingkat atas.

Nama aku pun salah sebut!! Arghh!!!
Ni nak kena smackdown ni!

"Turun sarapan. Buat apa dalam bilik lagi? Matahari dah terpacak naik tu. Jangan nak mengada-ngada duduk dalam bilik lama-lama!!"

Baru pukul 7 pagi?! Awalnya sarapan. Aku sarapan pagi kat sekolah je. Itupun pukul 10 pagi macam tu!

"Duk berangan apa lagi tu?! Turun sekarang juga!! Nenek kira sampai tiga!!"

Weh bergema bilik ni! Kalau aku tak turun ni, memang arwah dah bilik aku!

"Kejap, nek! Nak turunlah ni. Bawa bersabar banyak-banyak!!" Aku mula membuka pintu bilik. Setiap anak tangga aku pijak untuk turun ke bawah.

"Lamanya baru nak turun. Buat apa dalam bilik lama-lama macam tu?" Nenek Syerah menghulurkan pinggan kepadaku.

Lama ke? Aku rasa baru sepuluh minit macam tu!

"Awak ni, budak tu turun lepas awak panggil dia kan? Apa yang lamanya?"

Heh, nasib Atuk Zaidi jadi penyelamat!

"Ya lah, jom makan" Bekas mee goreng aku capai. Aku mula makan tanpa bercakap sepatah perkataan pun.

Setelah selesai makan, aku membasuh pinggan. Nanti Nenek Syerah bising pula!

Wow, just wow! Aku tak pernah basuh pinggan, tapi disebabkan kejadian di mana Nenek Syerah merajuk semalam, aku membasuh juga dalam keadaan terpaksa.

Dah cuci pinggan?
Aku pergi sidai baju pula.

Mesti korang ingat sel otak aku dah hilang kan? Ataupun dengan otak aku sekali hilang! HAHAHAHA!

"Ni Amyra ke? Biar betul kamu ni? Pulangkan balik cucu aku!!" Nenek Syerah menyentuh pipiku.

"Ya nek, Amyra lah ni. Puteri Amyra Zahra tau, nek? Nur Amyra tu tak wujud pun" Aku tersenyum nipis.

"Nek teringatkan ibu kamu. Maafkan nenek sebab selama ni suka sangat membebel dekat kamu" Aku terasa bahuku basah. Nenek Syerah menangis ke?

"Sudahlah tu, jangan nak buat jejak kasih kat sini. Amyra baru je nak berbaik dengan awak, jangan sampai dia lari dari rumah ni" aku tergelak apabila Atuk Zaidi turut serta dengan perbualan kami.

"Apa yang awak tahu? Sibuk je! Dah lama saya tak membebel kat awak, jangan sampai saya bebel tak ingat dunia!"

Atuk Zaidi kembali diam. Alahai, comel je atuk nenek bergaduh!

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now