✧Bab 42 (End)✧

263 27 5
                                    

Third Person P.O.V

5 BULAN KEMUDIAN

"Weh, macam mana result kau? Ada berapa A? Ke tak ada A langsung?" Amyra menyiku lengan Zarith.

Ya, hari ini mereka mengambil keputusan PT3 setelah bertungkus-lumus belajar. Tapi kebanyakannya mereka hanya bermain dan berlawan sahaja!

"Ada 9 subjek. Aku dapat 5A. Okay kan?" Zarith menunjukkan slip keputusannya. Memang betul, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam, Zarith peroleh gred A. Yang lain Zarith dapat B dan C! Bijak juga si Zarith ni!

"OMG! Guess what?"

"Apahal pula? Kau tikam nombor dapat hadiah lumayan ke? Jackpot?" Zarith menyimpan slip keputusan itu ke dalam beg sandangnya.

"Woi, kau ni merepek pula! Aku pun dapat 5A! Tapi aku pandai sikit lah dari kau. Aku tak ada C langsung!" Slip keputusan Amyra diangkat setinggi boleh ke wajah Zarith. Sengaja menayang lah tu! Berlagak eh Amyra sekarang ni?

"Oh, otak kau cedera parah pun masih boleh dapat keputusan cemerlang eh? Bagus bagus!" Zarith menepuk tangannya gaya memerli.

"Hello! Aku pandai okay? Aku 5A 4B! Kau tu 5A 2B 2C! Aku lagi pandai dari kau! Welk!" Amyra menjerlikan lidahnya. Masih nak tunjuk 'ke-pandai-an' dia tu!

"Suka hati kau lah, berlagak!" Zarith memakai topi keledar. Dia mahu segera pulang.

"Hmm, Zarith" panggil Amyra.

"Kau nak apa lagi?" Zarith sudah mula menghidupkan enjin motosikal.

"Aku nak tumpang kau boleh? Sampai depan rumah je! Boleh lah boleh lah? Aku tak larat nak jalan kaki hari ni. Please please!" Amyra mula berlakon. Dia membuat wajah secomel yang boleh di hadapan Zarith.

Pak Wahid si pengawal keselamatan pun boleh tergoda kalau gaya Amyra macam ni!

"Ish, ya lah! Kau tu, mana pernah tak menyusahkan aku! Ha, naik cepat!"

"Yeay, thank you! Eh, tak ada topi keledar ke?" Amyra membuat buka. Kalau dia terjatuh nanti, siapa yang mahu bertanggungjawab?

"Tak ada. Kau kan kebal. Kau ada dua pilihan je. Kalau jatuh, sama ada hidup atau mati. Kalau kau hidup, mungkin kau koma. Kalau kau mati, aku kebumikan. Senang cerita!"

Seketika, Amyra terimbau kembali kejadian di mana Zarith membawa dia ke rumahnya buat pertama kali.

Masa itu, dia sepatutnya tinggal di rumah Nenek Syerah dan Atuk Zaidi. Tapi, disebabkan mereka pun sakit, Amyra tinggal bersama Mak Jah, ibu angkat kepada Zarith.

Lantas, mereka berdua tergelak sesama sendiri.

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Kau dah nak balik ke?" Amyra turun daripada motosikal Zarith.

"Ya lah! Nak buat apa lagi? Bentang red carpet untuk kau pula?" Zarith mahu menghidupkan enjin motosikal semula, tetapi dihalang oleh Amyra.

"Jom lah masuk rumah dulu"

"Ha?"

"Ish, lembap lah kau ni! Itu pun tak faham! Aku bagi ayat silaan saja" Amyra menarik lengan Zariht. Zarith pun hanya mengikut sahaja langkah kaki Amyra.

"Assalamualaikum!" Amyra mengetuk pintu rumah. Sengaja dia bawa Zarith pulang ke rumah sekali.

"Wa- eh siapa ni?" Mama Zahra mula merenung Zarith. Mama Zahra terlupa orang yang dia lawat di hospital beberapa bulan lalu.

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now