✧Bab 14✧

154 54 2
                                    

Third Person P.O.V

"Ha, kamu nak pergi mana siang-siang buta macam ni? Dah mandi ke belum?" Nenek Syerah membasuh pinggan setelah sarapan pagi. Setelah itu, dia ke hadapan dan terlihat Amyra sedang menuruni anak tangga.

"Nak pergi kubur ibu dan ayah lah, nak pergi mana lagi?" Amyra membetulkan selendangnya.

Orang tak biasa pakai tudung ni,
sekali pakai... cantik woo! Eh, tiber!

"Nek, sekarang dah pukul 10 pagi. Kalau Amyra tak mandi lagi, mesti nenek bebel kat Amyra kan?! Amyra dah mandi pagi tadi lagi tahu?!" Amyra tersemyum menyenget.

"Ha, jaga diri baik-baik. Walaupun tanah perkuburan 20 meter je dari sini, atuk still risaukan keselamatan kamu" Atuk Zaidi menyentuh tangan Amyra.

"Kalau nak pakai selendang, pakai elok-elok. Bukan nampak rambut macam ni. Nak menutup aurat ke nak berfesyen saja?" Nenek Syerah pula membetulkan selendang Amyra.

"Ya, nek! Amyra tahulah. Amyra dah besar. Nanti masa jalan nak ke kubur, Amyra betulkan lah. Nenek ni kan!" Amyra berasa rimas sebenarnya dengan sikap prihatin Nenek Syerah.

Dah tu, macam mana Nenek Syerah tak membebel kat dia? Dia yang buat orang rasa nak membebel kat dia!

"Hmm ya lah kamu tu. Nenek tak percaya langsung! Pergi awal, balik awal. Jangan nak melencong ke tempat lain pula! Ingat, kamu tu anak dara. Bukannya ada orang nak awasi kamu" Sempat Nenek Syerah berpesan.

Atuk Zaidi hanya tergelak kecil. Suka membebel betul isterinya itu.

"Ya, nek! Amyra ingat pesan nenek tu. Nanti Amyra cari calon suami untuk 'awasi' Amyra ya?" Amyra tertawa kecil. Selendang masih dibetulkan. Makin di betul, makin tak menjadi sahaja selendang ni!

"Ha, jangan nak menggatal muda-muda macam ni! Belajar dulu, pelajaran tu penting! Jangan nak bercinta zaman remaja. Tak ke mana pun percintaan tu! Last-last putus juga!"

Ya, kalian sedang berada dalam rancangan 'Bebel Bersama Nenek Syerah'! Berikan tepukan!

"Sudahlah tu, umur awak bukan makin muda, makin tua! Sibuk nak membebelnya" Amyra tersenyum manis. Atuk Zaidi back up dia lagi!

"Okaylah, Amyra pergi dulu! Bye!!!" Amyra terus keluar rumah.

"Oi! Anak dara apa jerit-jerit macam tarzan ni?!"

Sekali lagi Nenek Syerah membebel?!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Assalamualaikum, ibu.. ayah.." Amyra kini telah berada di tanah perkuburan.

"Amyra rindu..." Rembesan air mata mula menuruni pipi. Amyra lekas-lekas menyapunya.

"Papa Adam cerita kat Amyra... Ibu dengan ayah baik sangat-sangat. Mesti ibu dan ayah gembira di Syurga kan? Dah nak dekat dua bulan Amyra tak lawat ibu dengan ayah. Maafkan Amyra ya?" Amyra mula mencabut rumput-rumput yang menghijau di atas tanah perkuburan Ibu Annur dan Ayah Iskandar.

"Amyra ni, asyik sedih je kan ibu? Ayah? Asal datang sini je mesti Amyra nangis. Asal Amyra menangis je mesti datang sini" Amyra tersenyum dalam tangisan.

"Kenapa Amyra tak boleh nak gembira? Ayah dengan ibu kan kat Syurga. Amyra patutnya happy, right?" Amyra mengusap pipinya. Air mata tidak henti-henti mengalir.

"Okaylah ibu ayah. Amyra nak baca Yaasin. Lepastu, Amyra nak balik rumah nenek pula!" Amyra mula membuka buku Yaasin.

Alunan ayat-ayat suci Al-Quran mula kedengaran. Selang beberapa minit setelah itu, Amyra memegang batu nisan milik kedua-dua ibu bapanya.

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now