✧Bab 24✧

157 49 2
                                    

Zarith P.O.V

"Assalamualaikum!" Aku melaung dari luar. Di manakah semua orang berada? Dah nak dekat sepuluh minit aku kat luar ni.

"Waalaikumussalam, eh Zarith! Kamu dari mana ha? Ibu panggil berjuta-juta kali, ingat kamu dalam bilik. Haihhh penat je ibu ketuk pintu bilik kamu! Rupa-rupanya, kamu keluar ya?" Mak Jah mula membebel.

Aku menoleh sekilas ke arah Amyra. Ternyata dia terlopong di situ. Aku hanya mampu menahan ketawa.

Nampak muka dia dah mula menunduk ke bawah. Pffft kan kau dah malu sendiri! Padan muka! Fikir aku nak sangat angkut kau bawa balik rumah aku kalau aku duduk sorang-sorang je dalam rumah?

Kalau bukan sebab Uncle Adam.... Memang aku tinggal je kau kat rumah tu sorang-sorang, baru padan dengan muka kau yang hodoh tu! Menyampah betul!

"Asal kau tak kata yang ibu kau pun ada sekali kat rumah ni? Kau ni, setan kan?" Amyra berbisik ke arah telingaku.

Aku tergelak besar. Muka aku nampak macam nak kena tangkap basah sangat ke?! Of course Mak Jah ada dalam rumah ni, dengan Haikal sekali. Dia ni, haihh b*doh tu tak reti simpan untuk anak cucu sekali ke?!

"Kau tu yang b*doh! Ada otak, tapi tak nak guna! Minah senget!" Aku terus melangkah ke arah dapur. Aku dah lapar sangat ni. Kalau sembang lagi dengan dia, memang kebuluran lah aku!

Aku nampak mulut dia dah muncung sedepa. Haha, kisah pula aku?! Siapa nak pujuk dia entah merajuk merajuk macam tu?! Gedik!!

"Ni Amyra ya? Ibu tak perasan pula tadi. Jemputlah duduk, kita makan sama-sama. Selamat lah ibu masak lauk banyak hari ni. Macam tahu-tahu sahaja Amyra nak datang" Mak Jah mula menghidangkan makanan di atas meja.

"Eh, tak apalah makcik. Tak perlu susah-susah. Amyra tak lapar pun" Eww. Plastik g*la muka dia senyum!

"Apa pula panggil makcik. Panggil sahaja, ibu. Amyra nak lauk apa? Ibu tolong senduk kan?" Aku nampak Amyra tersengih sinis kepadaku.

Fikir aku kisah sangat ke? Kau nak panggil ibu... Ibu ke, nenek ke, moyang ke. Hergh?!

Tak, apasal aku ni?! Tiba-tiba datang mood angin taufan pula. Haktuih!

"Ibu... Hehe. Tak apa, Amyra boleh letak sendiri. Susahkan ibu sahaja"

Lah, yang minah ni dah kenapa tergaru-garu kepala dia?! Janggal sangat ke panggil gelaran ibu tu? Senget dah minah ni! Aku nak sepak dia boleh? Gedik semacam je!!

"Eh, jom jom makan. Nanti dah sejuk tak sedap pula lauk ni. Nak tunggu budak kat atas tu, malam nanti pun belum tentu makan. Ish anak teruna sorang ni" Kami mula menikmati hidangan.

Amyra pun macam tak kisah tentang Haikal. Selamba je dia makan. Macam tak pernah makan setahun! Gelojoh g*la dia makan, Ya Allah!?

Lepas beberapa minit kami makan, baru lah kelibat Haikal turun ke bawah. Itu mesti dah lapar g*la nak mati. Sebab tu baru bangun tidur! Kalau tidak, petang nanti baru bangun!

"Kenapa tak ajak Kal makan sekali?! Sampai hati ibu! Sanggup tengok anak sendiri kebuluran kan?!" Dah lah terjerit-jerit macam orang utan! Aku backhand leher Haikal ni, kang!

"Kamu tu asyik tidur je kerja. Hari Sabtu Ahad je berhibernasi. Malas ibu nak kejut dah! Lebih baik ibu kenyang kan perut ibu daripada layan kamu" Haha, padan muka si beruk tu!

"Eh, kau ni... Amyra kan?" Haikal mula menyapa Amyra.

Kejap... Haikal ni dah kenapa pandang Amyra macam tak pernah nampak manusia?! Dah terjatuh hati ke? Haha!!

"Haah. Kau ni senior sastera eh?" Amyra menjeling sekilas ke arahku. Apa??

Aku bukannya adik dia, aku tak mengaku pun ada abang perangai beruk macam Haikal ni!

"Apa pula panggil Haikal guna nama je. Patutnya ada gelaran abang.. sebab dia lagi tua dari kamu, kan?" Mak Jah mula menyampuk.

Wait... what?

Abang?!

Mak Jah nak recommend Haikal kat Amyra ke sekarang ni?

No way!!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Amyra tidur lah sini satu malam. Nanti Zarith boleh hantar Amyra esok pagi"

Nampak muka aku macam pemandu peribadi si Amyra ni ke? Dia nak balik, dia pergi sendiri lah. Kenapa aku kena hantar pula?

"Amyra call mama dulu eh?" Sopan sungguh lah dia cakap dengan Mak Jah.

Kalau kat sekolah, kalah budak gangster macam aku. Haktuihhh!

"Mama tak angkat call lah pula. Nanti diorang risau kalau Amyra tinggal sini"

Memanglah mak kau tak angkat, diorang--

"Ish, tinggal je lah sini. Diorang ada masalah lah tu. Nanti cuba call balik, ya? Kamu stay je sini. Ibu tak kisah pun"

Tu diaa, Mak Jah speaking lagi. Haha!!

"Tak boleh macam tu, ibu. Nanti diorang risau. Amyra patutnya duduk rumah nenek. Tak apa lah, biar 'driver' hantar Amyra ke sana eh?"

Wah, aku dah turun pangkat jadi driver ni. Ada juga makan terajang aku sat lagi!

"Tinggal je lah sini, banyak mulut pula kau ni. Nak balik, pergi jalan kaki! Cau dulu!" Aku terus mendaki tangga ke tingkat atas.

Penat lah layan mulut pot pet pot pet dia tu! Lebih baik aku tenangkan fikiran.

Macam mana nak tenangkan fikiran? Main game lah! PUBG ke, ML ke, kalau tak ada game sangat, main je lah Candy Crush.

"Jangan layan si Zarith tu, wayar otak dia terputus"

"Betul tu, ibu. Dia memang tak betul dari dulu lagi. Otak mereng. Amyra sokong ibu!"

Aku sempat menangkap mereka asyik gelak-gelak dari bawah.

Diorang sempat mengutuk aku pula?! Dasar!!!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Apahal kau duduk luar sorang-sorang ni? Pergi tidur lah" Aku berdiri di sisi kanannya. Seronok juga tengok bintang malam-malam macam ni.

Kejap, satu habuk pun aku tak nampak.
Bintang kejadahnya?!

"Tak pernah nampak aku duduk sorang ke? Kau ni, menyemak je tau?"

Siapa lagi kalau bukan Amyra yang lancang berkata? Heh! Sekali sekala ajak berborak, apa salahnya, kan?

"Tak. And aku tak menyemak. Ni rumah aku, kau tu yang menyemak sebenarnya" Aku mengherotkan bibir.

"Kisah? Ibu yang suruh aku tinggal dekat sini. Kau jealous ke? Heh, kesian. Dah lah anak pungut!"

Ewah, mulut dia ni... Kalau sehari tak berperang dengan aku, tak sah kan?!

"Apa pendapat kau tentang Haikal?" Eh, asal aku tanya soalan macam ni kat dia?! Nanti dia salah anggap pula.

"Haikal?" Amyra membuat muka smirk.

"He's good. Handsome pun handsome. Lepastu pandai tapi pemalas. Ha tu je lah"

"Tu je? Kau macam tertarik dengan dia je" Aku tersenyum sinis. Asal aku rasa sakit hati?! Apa masalah aku ni?

"Kalau aku tertarik pun, ada kaitan dengan kau ke? Masalah lah kau ni. Jangan kata kau cem--"

"Eee tak kuasa aku! Tengok muka kau pun aku nak termuntah! Dah lah, bye!" Aku terus meninggalkannya sendirian di balkoni rumah.

Tak... Sekarang ni...

Asal aku rasa lain macam?!

Aku--- cemburu?

Mustahil!

✧ To Be Continued ✧

Opss, ada yang dah
terjatuh hati ke?🤭

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now