✧Bab 13✧

155 53 2
                                    

Amyra P.O.V

"Mama dengan papa nak pergi mana?"

Aku terdengar perbualan mereka di ruang tamu. Rancak sungguh mereka berborak macam tak ada hari esok!

Jadi aku dengan sengajanya turun ke bawah untuk mendengar perbualan mereka.

Nak dengar juga lah mereka sembang apa, kan? Aku dah lah jenis yang suka menyibuk! Hahaha! Penyibuk betul kau ni, Amyra!

Nampak macam muka masing-masing happy je. Senyum sampai ke telinga! Fuhh! Mesti nak pergi holiday!

Kat mana lah kali ni diorang nak pergi. Yang paling penting, aku lah orang yang terakhir tahu diorang akan bercuti. Kenapa? Nanti aku ceritakan.

Lagipun, sekolah kan nak cuti awal tahun mulai esok. Seminggu tu, lama tau bagi orang macam aku! Haha!! Kalau duduk rumah je, mesti bosan! Dah la tak ada benda menarik untuk dibuat.

Asyik tengok tv, makan, tidur, mandi. Kadang kala pergi jogging tapi selalunya tidur je memanjang. Hahaha!!

"Papa nak bawa kita semua pergi Langkawi! Suka tak??" Mama Zahra nampaknya sudah tersenyum lebar.

"Langkawi? Bestnya! Bila nak bertolak??" Aku pula terlebih teruja. Dah lama rasanya tak pergi pulau-pulau ni!

"Eh, tapi Amyra kena tinggal rumah nenek" Papa Adam bersuara pula. Mama Zahra laju sahaja mencubit peha Papa Adam.

"Awak! Kitakan nak spend time together dengan family! Kenapa tak nak bawa Amyra pula? She's one of our family member!!" Mama Zahra memuncungkan bibir.

Aku tersenyum nipis. Sudah biasa setiap kali mereka bercuti, aku akan ditinggalkan di rumah nenek. Hmmm nak buat macam mana, anak terbiar macam aku ni.... Haha.. .

"Tak apalah, mama. Amyra rasa nak tinggal rumah nenek pula lah kali ni" Aku tak nak mereka bergaduh sebab aku. So, lebih baik aku biarkan sahaja kes ni selesai dengan segera.

"Amyra tak kisah ke? Selama ni kan Amyra ikut kitorang pergi holiday? Mama tak sampai hati nak tinggal Amyra kat sana. Amyra dengan nenek bukannya sebulu" Mama Zahra menjeling Papa Adam sekilas.

Well, itu kan holiday 'family' Papa Adam. Jadi, kali ni aku rasa tak nak join la. Malas jadi penyibuk, huh!

Sebab, setiap kali diorang nak buat aktiviti, mesti tergendala sebab aku. Aku tak boleh pergi tempat sejuk sikit, mesti demam!

Aku tak boleh lambat makan, sebab gastrik! Aku tak boleh menyelam, aku takut laut?

Dah lah, malas aku sambung macam-macam lagi alasan aku untuk tak join aktiviti yang ada!

"Amyra? Amyra okay ke duduk rumah nenek? Betul ni, sayang? Sure eh? Mama tak sedap hati ni. Amyra marahkan mama?" Mama Zahra pantas memegang pipiku.

"Ya, mama. Amyra rasa nak duduk sana. Dah dekat dua bulan Amyra tak lawat kubur ibu ayah. Amyra nak pergi sana pun sebab nak lawat kubur je. Amyra tak marahkan mama pun. Amyra yang nak stay sana" aku tersenyum.

Aku nak jumpa ibu Annur dan
Ayah Iskandar yeay!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧


"Jaga diri, jangan nakal-nakal kat rumah nenek, tau? Ingat pesan mama. Nanti nenek bebel bebel kamu lagi, baru tahu!" Mama Zahra membetulkan ikatan rambutku.

"Okay, mama. Amyra tak nakal dah, sikit je nakal tu. Nak salam!" Aku pantas mencium tangan Mama Zahra.

Papa Adam aku tatap sekilas. Nampak raut wajahnya sangat gembira.

Mungkin aku tak join aktiviti kali ni kut?
Hmmm entahlah...
Aku tak nak potong mood diorang nak bercuti.

"Ha, dah sampai dah cucu atuk" Atuk Zaidi mengambil beg pakaian ku lalu dibawa ke dalam rumah.

"Mana si Amyra?" Nenek Syerah mula mencari kelibat ku. Argh, mesti dah kena bebel ni! Tak mahulah, aku baru je sampai!

"Ada kat ruang tamu. Awak biarlah dia rehat dulu. Jom kita ke dapur" Atuk Zaidi laju sahaja membawa Nenek Syerah ke dapur.

Aku menghembuskan nafas. Lega weh dia tak cari aku! Aku nak rehat sekejap lah.

Tak lama lepas tu, aku terfikirkan sesuatu. Mesti best kan ada ahli keluarga yang lengkap dan sempurna?

Tak macam kehidupan ku. Rasa suram, muram, entahlah. Tak tahu nak describe macam mana dah!

"Amyra! Jangan tidur lepas Asar! Tak elok lagi-lagi untuk anak dara macam kamu tu"

Aduh, Nenek Syerah dah mula membebel, guys! Aku mula menaiki tangga untuk ke bilik tidur.

"Nak pergi mana pula tu? Mari makan malam dulu" aku turun tangga semula. Nenek Syerah ni, kalau nak bercakap, tak pandang kiri kanan dah!

"Janganlah kasar sangat cakap dengan Amyra" Atuk Zaidi memang suka back up aku, hehe sayang atuk! Muah!!

"Saya tak cakap kasar pun, saya cuma dah biasa cakap macam tu je" Nenek Syerah pertahankan diri sendiri.

Aku pula nak tergelak tengok mereka bergaduh. Pasangan suami isteri bahagia lah katakan. Gaduh-gaduh manja gituu HAHAHA!

"Ha, Amyra. Tambahlah lagi nasi tu. Sikit je makan. Amyra dah la kurus kering atuk tengok" Aku tersengih. Aku makan ikut suka hati aku je.

Itu yang selalu sangat gastrik! Patutnya makan ikut waktu, haih lah Amyra oi!

"Amyra dah kenyang. Amyra masuk bilik dulu ya?" Aku menghadiahkan senyuman. Aku baru sahaja nak melangkah ke tangga, Nenek Syerah dah panggil nama aku lagi!

Argh, anti betul
Nenek Syerah dengan aku ni!

"Kamu dah solat belum? Tak baik lambat lambatkan waktu untuk solat"

Aduh, nak tanya tu je ke? Ingat kan nak suruh aku bersilat tadi!

"Tak boleh, nek! Cuti. Okay bye!" Aku tak nak lama-lama kat bawah. Nanti aku pun jadi biul!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Nur Amyra! Bangunlah! Anak dara apa lambat bangun ni! Pemalas sungguh laaaa!" Nenek Syerah mengetuk pintu bilik ku bagai nak roboh!

Aku dah bangun kut! Lagipun, baru pukul 8 pagi! Kalau orang lain period, mahu bangun pukul 11 pagi! Ataupun 2 petang baru nampak batang hidung diorang!

"Amyra dah bangun, nek! Tunggu sat" Aku mengemaskan ikatan rambut. Nak bersenang lenang dalam bilik pun tak boleh!

Lagi satu, nama siapa Nur Amyra? Nama aku Puteri Amyra lah! Sesuka hati jantung pisang saja nak tukar-tukar nama orang!

"Nur Amyra! Keluar bilik ni" Aduh, Nenek Syerah ni tak reti sabar betul! Aku nak kemas katil lah!

"Ya, nek. Sabar kejap boleh? Sabar tu kan separuh daripada iman. Walaupun nama nenek tak ada nama Iman!" Ha, kan aku dah melalut pepagi buta macam ni!

"Sarapan pagi ni" Dia cakap lagi?! Tak boleh jadi ni! Aku kena keluar cepat-cepat dari bilik!

Serabut ooo pagi-pagi dah kena bebel. Ingat saya ini orang gaji kamu kah?

"Nur Amyra!!"

"Ya nek, Amyra kat dalam ni. Masih hidup. Tapi lagi beberapa saat mati kut!!" Aku sumpah nenek jadi ais kacang baru tahu. Aku dah lapar ni!

Dah la, jangan kacau aku! Aku nak keluar ni. Kalau Nenek Syerah bebel-bebel kat aku lagi, kau nak tanggung untuk aku ke?!

Tak kan? Blah sekarang!!

✧ To Be Continued ✧

Garang betul heroin kita ni😂👍🏻
Keep on supporting me! Thank you❤️

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now