✧Bab 25✧

141 47 4
                                    

Third Person P.O.V

"Terima kasih ibu, sudi tumpangkan Amyra kat rumah ni. Amyra tak tahu macam mana nak balas jasa ibu! Thank you!!!" Amyra tersenyum manis ke arah Mak Jah. Sempat mereka berpelukan buat seketika.

"Sama-sama. Apa pula kata macam tu! Bukannya susah mana pun. Setakat bagi tumpang dua hari. Perkara kecil je! Lain kali datanglah lagi ya? Ibu pun suka dapat anak perempuan macam Amyra ni. Peramah je. Tak bosan pun melayan kamu" Mak Jah menyentuh bahu Amyra.

"Boleh je, kalau ada orang tu ajak lah~. Amyra tak nak lah jadi penyibuk dalam rumah ni" Amyra tergelak kecil apabila melihat wajah kelat Zarith.

"Ibu, cakap kat minah perasan ni... Sampai bila-bila pun Zarith tak akan ajak dia ke rumah ni balik, faham?! Menyemak je kerja!" Zarith mula menghidupkan enjin motosikal.

"Tak apa, ibu faham sangat perangai si Zarith tu. Lain kali confirm dia ajak kamu ke sini semula. Kamu jangan takut sangat dengan si Zarith tu. Kamu pukul dia sikit pun, dia dah menangis" Mak Jah mengenyit mata ke arah Amyra.

Amyra menahan tawanya. Aduhai, dah tua-tua pun ada perangai gedik tu. Eh?!

"Amyra balik dulu ya? Bye ibu!!"

"Bye Amyra!"

Sungguh, selama dua hari dia tinggal di rumah Mak Jah, dia terasa kebahagiaan yang sebenar.

Bukan sepertimana dia tinggal di rumah Mama Zahra dan Papa Adam. Entah kenapa dia rasa kehadirannya di rumah itu hanya disapa kesepian.

Dia rasa Mama Zahra dan Papa Adam hanya memberi kebahagiaan yang penuh dengan kepalsuan.

Tapi, silapnya juga. Dia tidak pernah menganggap mereka seperti ibu bapa sendiri. Amyra hanya menganggap mereka sebagai ibu bapa angkat. Bagaimana perasaan bahagia akan berada di dalam hatinya?

"Woi, minah! Jangan nak mengelamun sangat lah! Aku sepak kau kat sini kang!! Cepat lah naik. Kau nak aku bentang karpet merah pula ke?!" Amyra memandang wajah Zarith dengan senyuman sinis.

"Ish, kecohlah kau ni! Tak reti sabar ke?! Pakcik yang duduk tepi jalan tu pun tahu erti sabar" Amyra menghempas punggungnya di bahagian belakang motosikal.

"Itu pakcik tu punya pasal lah. It's not me by the way" Zarith tersenyum sinis. Dia terus membawa motosikal dengan kelajuan maksimum.

"Weh, jantan! Tak kenal erti 'slow' pula ke?! Kau nak kita mampus kat sini ke ha?!" Nak tercabut keluar jantung Amyra melihat Zarith bawa motosikal seperti angin!

"Tak!! Kalau mati pun, kita mati sama-sama. Sweet kan?!" Zarith menjerit sekali. Sengaja dia menambah kelajuan kepada motosikalnya.

"Zarith Haziq!!!! Aku sumpah kau jadi itik berkepala tiga!"

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

Amyra tiba dihadapan rumah Mama Zahra. Dia turun daripada motosikal.

"Kau buat apa lagi kat sini? Blah lah!" Tanpa adab, Amyra menghalau.

"Dah lah aku tumpangkan kau balik. Lepas tu boleh berlagak dengan aku pula? Huh!" Zarith merampas helmet daripada Amyra.

"Kalau tak ikhlas, tak payah tolong! Blah lah cepat sikit!" Amyra terus masuk ke dalam rumah.

"Apa punya perangai lah perempuan ni" Zarith tanpa menunggu lama terus membawa motorsikal pulang ke rumah.

"Assalamualaikum!" Amyra memulas tombol pintu. Ini perompak nak mencuri pun boleh. Tak berkunci!

"Amyra??" Mama Zahra yang duduk di sofa terus menghampiri Amyra. Amyra hanya mendiamkan diri.

2 || Bad Girl ✓Where stories live. Discover now