Misi : Balik

4.3K 245 87
                                    

Bumi kini sedang berada dalam musim cuti sekolah.

Mereka, Boboiboy dan kawan kawannya, memberitahu perkara itu kepada atasan mereka, dengan harapan dapat cuti.

Boboiboy : Er..... macam mana Laksamana?

Laksamana Tarung, yang mendengar permintaan diorang, terus mengambil buku rekod tugas mereka berempat, tidak termasuk Fang, disebabkan Fang dah ada kumpulannya dia sendiri.

Mulalah gugup sampai banjir tu kepala diorang. Kalau diorang diberi cuti, baguslah. Tapi kalau tak, diorang dah tahu diorang akan dimarah sebab memandai je mintak cuti.

Bayangkan Laksamana mengaum je pun dah boleh buat budak jantan 2 ekor tu terkencing.

Laksamana : Hm..... dari apa yang sudah direkodkan di buku ini, kalian sudah berjaya melalui 76 misi, dan berjaya menamatkannya.

Laksamana memindahkan maklumat itu ke screen hologram, supaya mereka boleh melihatnya.

Selain dari maklumat bertulis, ada juga gambar yang ditangkap oleh dron kapal sebagai bukti yang mereka melakukan misi mereka dan tidak curang.

Laksamana : Rekod ini sudah cukup bagus untuk kumpulan yang masih belum ditubuhkan sampai setahun di TAPOPS ini.

Yaya : Er..... jadi, maksud Laksamana......

Laksamana Tarung menganggukkan kepalanya.

Laksamana : Ya. KAMU SEMUA DIBENARKAN CUTI SELAMA 6 PUTARAN SUNNOVA STATION!!!

Laksamana mengatakan itu dengan suara yang lantang dan wajah yang gembira.

All-atasan : Huh? *terteleng kepala ke kiri*

Laksamana : Huh? Kamu semua tak faham ke?

Commander : E-ehem. Laksamana. Mereka dari bumi. Jadi mereka tidak faham.

Laksamana : Ohhhh...... *garu kepala*

All-atasan : Er...... *sweatdrop*

Commander : E-ehem! Maksud Laksamana, kamu semua diberi cuti selama 3 bulan dari misi!

Mendengar ucapan itu, memang tak duduk diam lah 4 bebudak tu. Terlompat lompat gembira lah mereka. Terutamanya Gopal.

Gopal : Wuhhuuuu! Dapat cuti!

All-atasan : Terima kasih Laksamana! Commander! *tabik TAPOPS*

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Itulah apa yang berlaku seminggu yang lalu. Kini, mereka sudah berada di bumi. Termasuk juga dengan Fang, yang turut diberi cuti oleh Laksamana sebab selalu membantu dalam misi kumpulan mereka. Dan turut dibenarkan ke bumi oleh abangnya, Kapten Kaizo.

Mereka semua kini berada di kedai kokotiam Tok Aba.

Tok Aba pun turut teruja seminggu yang lalu kerana akhirnya cucunya mendapat cuti lagi. Susah nak dapat cuti sebagai ahli TAPOPS ni. Sampaikan, selama hampir sepuluh bulan mereka berkerja dengan TAPOPS, mereka hanya pernah diberi cuti sekali selama 2 minggu sahaja. Ingat masa kejadian Retak'ka dulu?

Boboiboy sedang membantu atoknya itu mengambil pesanan pelanggan yang baru tiba.

Ying : Ahhhhh! Rindunya suasana bumi! Dah lama kita tak balik sini!

Gopal : Tulah! Sampai aku rindu masakan Amma aku. Balik balik je minggu lepas, aku terus serbu dapur minta Amma aku masakkan kari ikan. *air liur meleleh*

Fang : Tak habis habis pasal makanan jelah kau ni.

Gopal : Perut aku. Bukan perut kau. Suka hati aku lah. Kalau kau tak makan pun kau pun akan lapar jugak kan? Cuba lah kalau donut lobak merah Mak cik Kantin tak pernah wujud. Mesti mogok lapar kau 6 bulan dekat bumi ni dulu.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now