Misi : Latihan Part 2

1.3K 148 29
                                    

Boboiboy : Ah, shit......

Robot robot Droid yang masih tidak menyala itu berdiri gagah di depan mereka berempat.

Tangan Boboiboy kembali terketar akibat ketidak selesaan. Dia mungkin dah pernah lawan dengan robot sebelum ni, tapi, hanya sesekali sahaja. Jadi, dia masih belum cukup pengalaman lagi.

Bukan apa. Lepas kejadian A.B.A.M dulu tu, dia tak habis habis fikir macam mana nak kalahkan robot jahat yang lain kalau diorang muncul lagi.

Dia tak tahu kalau diorang tu macam A.B.A.M yang boleh baca gerakkan ataupun tidak.

Bukan senang nak buat gerakkan spontan ok. Terutamanya bila dia tak boleh nak pecah ke Element dia sekarang ni.

Leon : Mereka semua adalah rakan latihan kamu untuk hari ini. Mereka adalah robot khas yang dibuat untuk pengawal M.A.T.A dan juga untuk latihan para para Ejen M.A.T.A.

Ejen Leon perasan yang Boboiboy seperti tidak senang berdiri di situ. Habis berpeluh satu dahi budak tu.

Leon : Kenapa? Kamu takut?

Boboiboy : Bu-bukan! Cuma.....

Leon : Tak biasa?

Boboiboy : Erk?! Er..... huh, haah..... saya tak biasa lawan robot.....

Bakar : Tak apa Boboiboy! Kamu cuma perlu bayangkan robot robot tu macam orang orang yang Boboiboy pernah lawan! Macam Pak Cik Tua yang kita lawan semalam!

Boboiboy : Macam..... orang yang saya pernah lawan?

Geetha : Hah, tu cara yang bagus! Dari gaya kamu berlawan semalam, saya dapat lihat yang kamu ni dah ada banyak pengalaman berlawan. Jadi, mesti kamu ada banyak orang yang kamu lawan sebelum ni kan?

Boboiboy : Er.... tu..... saya boleh cuba. Tapi, saya tak jamin akan menjadi.

Bakar : Tak apa. Kalau kamu kena belasah teruk, kita ada Ejen Geetha kita di sini.

Geetha : Kalau sampai tulang patah, saya masih tak boleh nak rawat. Kena hanyar ke hospital jugak.

Boboiboy : Er.... ehehe...

Leon : Baiklah, nampaknya kamu dah bersedia. Sini. Ikut saya.

Ejen Leon membawa Boboiboy ke satu sudut ruangan. Di sana, ada satu meja yang penuh dengan alatan. Tapi, ianya adalah barang barangan biasa.

Seperti pisau dapur, batang kayu, pinggan, lastik katu, pistol mainan, senapang palsu, dan sebagainya.

Leon : Selepas kamu menjadi Ejen, kamu akan diberi alatan yang akan diberi kepada kamu sesuai kemampuan kamu.

Boboiboy : Woah! Tapi, kenapa kebanyakkannya barang yang tak digunakan untuk berlawan?

Leon : Kerana kami mahu tengok kamu boleh ke guna barangan palsu sebelum dapat barangan asli untuk mempertahankan diri.

Boboiboy : Tapi, macam mana saya nak kalahkan mereka dengan semua ni?

Leon : Jangan risau. Kamu hanya perlu sentuh mereka sekali sahaja untuk matikan sistem mereka. Serang mereka sebelum mereka serang kamu.

Boboiboy menghembuskan nafas lega. Tak adalah sesusah yang dia bayangkan.

Leon : Tapi, jangan ingat yang mereka tak mampu untuk lumatkan kamu.

AHAHAK-

Boboiboy bersweatdrop ria. Buat suspen je Ejen Leon ni.

Leon : Sekarang, kamu kena pilih salah satu dari barang barang ini untuk kamu gunakan lawan robot robot Droid itu. Pilih pilih.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now