Misi : Berseronok Part 2

601 86 14
                                    

Setelah penat bermain bowling di mall, mereka pulang ke rumah Ali, dan sambung bermain permainan lain pula.

Ali dan Gopal sedang berlawan Detektif Jebat di controller yang disambungkan ke televisyen milik Ali.

Ali : Serang dia Gopal! Serang lagi!

Gopal : Heh! Serahkan semuanya ke Gopalji!

Ali pernah ingat yang Boboiboy pernah kata salah satu kawannya adalah kaki game, dan akhirnya dia berjaya berjumpa dengannya secara berdepan, dan terus ajak Gopal teman dia main game sebaik sahaja mereka sampai di rumah.

Ini kali pertama Gopal bermain game Detektif Jebat itu kerana game itu hanya populer di Cyberaya sahaja. Tetapi, sama sama gamer berat, of course lah dia terima cabaran itu.

Sementara mereka berdua sedang bermain game, yang lain sedang bermain permainan lain di tepi mereka berdua.

Viktor tidak dapat bermain bersama Ali kerana Gopal telah mengambil tempatnya dan game itu hanya boleh dimain kan oleh dua orang sahaja.

Dia sedang bermain kad Uno bersama bersama Yaya dan yang lain.

Sekarang adalah giliran Boboiboy.

Boboiboy kelihatan sedang serius, tidak mahu memilih kad yang salah.

Kad yang berada di antara mereka semua adalah kad nombor tiga berwarna merah.

Manakala di tangannya ada dua kad berwarna merah, tiga kad berwarna merah, satu kad berwarna kuning, satu kad reverse dan satu kad empat warna.

Semuanya berjumlah lapan kad.

Yaya memiliki lima kad di tangannya, Ying pun sama, manakala Fang memiliki enam kad dan Viktor memiliki tujuh.

Boboiboy lah yang paling banyak kad di tangannya ketika ini.

Boboiboy berfikir serius, dan akhirnya tahu apa nak buat.

Boboiboy : Hah, nah!

Boboiboy meletakkan satu kad di tengah, dan ianyanya kad reverse.

Fang : Erk?!

Fang tidak dapat berjalan kali ini kerana diputarkan pusingan kepada Boboiboy semula.

Boboiboy kemudian meletakkan nombor tujuh berwarna merah di atas kad reversenya tadi.

Boboiboy : Hehehe~ aku dah setara dengan kau sekarang!

Viktor ternganga, sekarang dirinya yang paling banyak kad sekarang.

Fang kelihatan gelisah.

Di tangannya hanya ada warna hijau dan biru sahaja, dan dia tidak memiliki kad bernombor tujuh.

Fang : Ish! Yelah!

Fang mengambil kad baru di dek, tetapi ianya adalah kad berwarna kuning bernombor lapan.

Fang : Erk?!

Fang berakhir mengambil lagi sehingga dia terambil sepuluh kad sepenuhnya dan berjaya menjumpai kad yang dia boleh letakkan di tengah.

Jumlah kadnya sekarang adalah lima belas kad.

Fang murung di tepi. Sekarang dia yang paling jauh ketinggalan.

Fang : Huhuhu~ *mengenang nasib*

Viktor bersorak sendiri dalam hati dirinya tak jadi kalah.

Giliran Yaya pula.

Yaya meletakkan kadnya dengan tenang, meninggalkan lima kad di tangannya.

Yaya : Jadi, nama kau Viktor kan?

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now