Misi : Rindu

1.1K 124 27
                                    

Tak tahu siapa yang dimaksudkan oleh Wak Musang, diorang hanya mengikutinya sahaja.

Boboiboy di sisi lain, terpegun dengan kecanggihan Penjara M.A.T.A itu. Dia tak sangka akan ada tempat secanggih ini di bumi.

Dah hampir mahu sama dengan TAPOPS.

Boboiboy : Wow.... canggihnya tempat ni. Tak sangka pulak boleh ada penjara secanggih ni dekat bu-sini.

Hampir sahaja dia tersebut bumi. Kalau betul betul terlepas cakap lagi, haih, mampos nak kena cari alasan nak tipu.

Ali : Secanggih ni? Maksud kau?

Boboiboy : Aku pernah lah jugak terlibat dengan benda benda yang kena penjara orang ni. Dan penjara dekat sana tak secanggih sini. Ada lagi satu tempat yang boleh tahan sama dengan sini. Tapi jauh sangat lah.

Ali : Ooooo~

Wak : Pasal penjara pun nak borak ke?

Boboiboy : Ehehehe.....*sweatdrop*

Semakin mereka masuk ke dalam, Boboiboy melihat banyak penjara kosong di sana.

Boboiboy : Kenapa sikit je tahanan dekat sini?

Wak : Sebab mereka semua dah habis tempoh tahanan. Macam Wak. Tapi tak semua nak mahu kerja di sini. Mereka nak kembali semula ke keluarga mereka, dan mulakan hidup yang baru.

Boboiboy hanya mengangguk dengan balasan Wak Musang. Syukur lah. Tak macam alien sekor tu. Entah bila nak taubat.

Wak Musang berhenti, dan menyuruh mereka untuk tunggu di situ dahulu.

Wak Musang berjalan sedikit ke hadapan, dan masuk ke dalam satu sel penjara di sana.

Ali dan Boboiboy hanya melihat Wak Musang pergi dengan menelengkan kepala mereka, dan kemudian berpandandangan sesama sendiri.

Boboiboy : Kau ada kenalan lagi yang masuk penjara ke?

Ali : Aku tak tahu.

Seketika kemudian, Wak Musang akhirnya keluar sambil menolak sebuah kerusi roda.

Wajah orang yang duduk diatas kerusi roda itu ditutupi dengan hoodie, membuatkan mereka berdua tidak mampu melihat wajahnya.

Ali : Er......

??? : Dah lama tak jumpa, Ali.

Ali : Huh?

Suara orang itu membuatkan Ali terkedu.

Boboiboy yang melihat Ali sperti terkejut besar, dengan mata terbeliaknya, membuatkan Boboiboy semakin pening, tak faham apa apa yang berlaku sekarang ini.

Orang itu kelihatan tersenyum, dan menarik turun hoodie di kepalanya, menampakkan wajahnya yang asli, dengan rambut afronya.

??? : Tunggu apa lagi? Tak mahu sambut kawan lama ke?

Wanita itu mendepakan tangannya, sambil tersenyum ke arah Ali.

Ali kelihatan sangat tak terurus. Perasaannya berampur baur di dalam hati, membuatkan dia tidak mampu menahan air matanya.

Ali : N- N...... NIKI!!!!!!

Seperti anak kecil berpisah lama dengan ibu bapanya, Ali berlari sekuat hati ke arah Niki, dan melompat ke dalam dekapannya.

Ali memeluknya erat, melepaskan rindu yang sudah terbuku lama.

Niki : Heh.... aku pun rindukan kau, Ali.

Niki membelai lembut belakang Ali, membiarkan anak kawannya itu melepaskan kerinduan kepadanya.

Ali : Kau.... kau masih ingat......

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now