Misi : Pulang

460 54 8
                                    

Selepas sesi menyanyi, melalak tampar menampar dan berkaroke tu semua, Boboiboy dan Ali pun akhirnya pulang ke rumah semula.

Keadaan sudah malam ketika itu.

Selepas memecut laju di atas jalan raya, Boboiboy memperlahankan kelajuan motornya apabila mereka memasuki jalan perumahan.

Mereka berdua menikmati angin sejuk pada malam itu.

Ali : Hah~ segarnya~

Boboiboy : Hehehe. Lain kali bila aku datang lagi, kita patut buat macam ni lagi. Jalan jalan waktu malam pun seronok kan?

Ali mengangguk.

Ali : Hmp! *angguk* Tapi kalau Papa dengan Uncle tak ada jelah. Kalau tak, kena tarik telinga kita berdua, hahahaha!

Ali memandang ke langit.

Bulan pada malam itu kelihatan sangat terang, dengan ditemani bintang bintang yang menari dan bergemelapan di sekelilingnya.

Dia meletakkan kepalanya pada belakang badan sepupunya itu sementara masih memandang ke atas, menikmati keindahan alam itu.

Ali : Aku sebenarnya tak nak semua ni berakhir.

Boboiboy : Hm?

Ali tiba tiba mengatakan perkara itu, yang membuatkan Boboiboy menjadi tetarik ingin mendengar kelanjutannya.

Ali : Sebelum kau datang, aku selalu kesunyian. Aku tahu aku ada Viktor, tapi, dia pun tak boleh selalu teman aku, kan? Bila dekat M.A.T.A pula, aku sebenarnya tak adalah beberapa rapat dengan diorang. Diorang mula rapat dengan aku sekarang pun sebab aku dah bertambah kuat daripada aku yang dulu.

Boboiboy mampu mendengar Ali melepaskan keluhan kecil di akhir ayatnya.

Boboiboy : Maksud kau, diorang benci kau sebab kau lemah?

Ali : H-huh?

Ali sendiri tidak menyangka Boboiboy akan membalas sebegitu rupa.

Boboiboy : Heh, bukan kau sorang. Aku pun sama je macam kau masa aku mula mula dapat kuasa aku. Bahkan kalau aku boleh jujur, aku akan kata yang Yaya dan Fang lebih kuat daripada aku.

Ali tidak mampu membalas, dan memilih untuk diam sahaja.

Boboiboy : Setiap kawan kawan aku ada kelebihan mereka sendiri, dan aku hanya mampu mengandalkan kuasa aku sahaja. Kalau aku tak ada kuasa aku, aku sama sahaja lemah macam kau sekarang.

Ali sedikit terasa di situ.

Boboiboy : Senang kata, walaupun kita lemah, tak bermaksud kita tak ada ruang untuk melakukan yang lebih baik. Jadi, sekarang, jangan cuba rendahkan diri kau lagi, dan terima diri kau yang sekarang ni, faham?

Daripada menasihati, nada suara Boboiboy lebih kepada memaksa.

Ali tersweatdrop, kerana bagaikan dirinya dipaksa oleh sepupunya itu.

Rupanya sepupunya itu sekeras kepala sehingga begini juga ya?

Motor yang dipandu Boboiboy pun memasuki lorong rumah Ali.

Tetapi, baru sahaja memasuki lorong itu, mereka melihat seperti ada asap halus putih di udara.

Ali : Huh? Asap apa tu? Ada ke orang bakar sampah malam malam ni?

Boboiboy : Tak tahu.

Ali : Senang je kau jawap eh?

Ali memandang sepupunya itu dengan wajah malas.

Boboiboy : Habis tu nak aku jawap apa? Ada orang main mercun malam malam? Raya lambat lagi lah.

Ali : Mana tahu? Mercun kan sekarang jual dekat mana mana. Baru je aku beli mercun pop pop bulan lepas, guna untuk prank Comot. Tak pasal pasal dapat satu cakaran dekat muka.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now