Misi : Luah

1.2K 102 31
                                    

Entah mengapa, Ali merasakan suasana di dalam bilik karoke itu menjadi tegang, sebaik sahaja Boboiboy mengatakan hal itu.

Boboiboy : Ianya pasal hari aku curi IRIS.

Mata Ali membesar perlahan lahan apabila dia mendengar ayat sepupunya itu.

Ali : H-huh?

Ali tersentak berat.

Dia tidak menyangkakan yang sepupunya itu akan membawa kembali masalah itu, terutamanya dalam keadaan sekarang itu.

Padahal dia cuma mahu berseronok dengan sepupunya pada saat saat terakhir sebelum budak itu akan pulang ke Pulau Rintis semula.

Kedua dua mereka tahu yang topik itu tersangat berat dan sensitive bagi kedua dua belah pihak mereka.

Sebab itu Boboiboy turut terlihat seperti terkejut dia berjaya mengeluarkan ayat itu daripada mulutnya. Tetapi dia cuba sembunyikannya.

Ali : K-kenapa ni?

Ali tidak mahu menghalang Boboiboy daripada mengatakannya sebab dia tahu mesti ada sebab yang penting kenapa dia mahu menyentuh topik itu kembali.

Boboiboy menarik nafas dalam dalam, mencuba mengumbul balik keberaniannya.

Boboiboy : Aku ada kata kan yang aku mencurinya di atas sebab yang baik?

Ali mengangguk, walaupun ianya kelihatan ragu ragu.

Boboiboy : Jadi, dah sampai masanya aku mengatakan hal yang sebenarnya, kan?

Boboiboy masih tidak bertatapan mata dengan Ali.

Dia kelihatan seperti ketakutan, yang dia cuba tutupi dengan topeng keberanian.

Boboiboy : Kalau bagi korang, mesti korang akan fikir yang aku curinya kerana mahu melawan seorang musuh yang aku tidak dapat lawan bersendirian, bukan?

Ali : E-er.....

Ali mengusap belakang lehernya, tidak mampu menafikannya kerana itu adalah apa yang Uncle Bakar katakannya untuk dipercayakan, kerana tidak mahu bersangka buruk kepada anak buahnya itu.

Well, dia juga memaksa dirinya untuk mempercayai perkara itu, kerana dia sendiri tidak percaya jika Boboiboy akan melakukan benda yang jahat.

Ali mengangguk kecil, menyetujui apa yang disoal oleh sepupunya itu.

Walaupun Boboiboy tidak melihat ke arah Ali, dia tahu apa yang Ali lakukan.

Dia pun tersenyum kecil, kerana sepupu kecilnya itu mempercayainya.

Boboiboy : Sebenarnya....korang tak salah.

Ali kembali mengangkat kepalanya secara mengejut sebelum memandang kembali ke arah penguasa tujuh elemental itu.

Ali : A-apa maksud kau?

Boboiboy mahu memandang Ali, tetapi tekadnya masih belum cukup.

Boboiboy : Memang betul, aku curinya untuk lawan seorang musuh. Tapi.....

Ali tiba tiba memotong Boboiboy.

Ali : Kalau ada orang yang serang kau, kenapa kau tak mintak tolong ke aku?! Mintak tolong Uncle Bakar ke, Ejen Muda yang lain ke, Ejen Mentor ke?! Kau tak perlu sampai curi IRIS semata mata nak kalahkan dia!

Ali kelihatan seperti marah bercampur kesal.

Ali seperti hanya mahu mendengar apa yang dia mahu sahaja. Dia bahkan tidak menunggu Boboiboy menghabiskan ayatnya terlebih dahulu.

Dan Boboiboy tidak menyalahkannya.

Sesiapa sahaja yang berada di tempat Ali akan marah.

Jenayah itu bukanlah perkara yang boleh dibuat main, walaupun asal niatnya adalah untuk melakukan kebaikkan.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now