Misi : Nasihat

1.4K 172 25
                                    

Semuanya telah selesai. Si peragut tadi dah kena tangkap dengan polis selepas Boboiboy minta tolong salah sorang penduduk dekat sana untuk telefon polis, dan beg tadi dah dipulangkan kembali ke Mak cik tadi.

Sekarang, Boboiboy berjalan pergi ke taman yang sepatutnya dia nak pergi tadi.

Boboiboy : Fuh.... akhirnya....

Entah mengapa, dia rasa macam lega.

Ya, dia tak guna banyak kuasa dia, jadi, dia tak pernah rasa tidak penat macam ni.

Boboiboy : Mungkin aku boleh try berkas penjahat macam ni lebih lain kali.

Tiba tiba, dia rasa tak sedap hati balik.

Entah kenapa, para penduduk yang ada di sekitar tempat kejadian tadi, pandang dia semacam. Rasa macam dia yang penjenayahnya pun ada.

Boboiboy : Aku.... ada buat salah ke?

Sementara fikirannya tengah runsing, seseorang yang dia kenal, terlihatnya di sana.

Viktor : Eh? Boboiboy!

Boboiboy : Hm? Viktor!

Viktor pun berjalan pergi ke Boboiboy.

Viktor : Tak sangka boleh jumpa kau dekat sini.

Boboiboy : Tulah. Aku pun terkejut jumpa kau dekat sini.

Viktor pun duduk di sebelah Boboiboy.

Viktor : Weh, power lah kau tadi!

Boboiboy : Hm? Apa maksud kau?

Viktor : Aku adalah nampak kau tadi. Kau tangkap peragut tu, fuhhhhhh, power!!!

.
.
.
.
.
.
Flash back~~~~~

Viktor dan Auntie Ong sedang berada di kedai makan yang berada berhampiran dengan tempat kejadian.

Auntie Ong : Ah Boy! Ah Boy want Chicken or daging?

Viktor : Chicken ma! Jap tau, saya nak buang sampah dulu!

Viktor pun berjalan keluar dari kedai itu, dan cuba mencari tong sampah berdekatan.

Viktor : Mana tong sampah ni? Hah! Tu di- Argh?!?!

Viktor terkejut tiba tiba ada motor laju pergi melepasinya dengan enjin yang kuat nak mampos.

Mak cik : TOLONGGGGGG!!!! PERAGUTTTTT!!!!!

Viktor : Peragut? Haiyah, macam mana ni- eh? Tu bukan Boboiboy ke?

Boboiboy memandu laju tanpa perasan kehadiran Viktor.

Viktor : Fuhhhhhhh, power!!!! Kena pergi tengok ni!

Viktor pun pergi kejar Boboiboy sampai hujung jalan sampai sesekali tersadung lantai tinggi, dan semput.

Dia pun sempat lah tengok Boboiboy tangkap peragut tu. Nasib tak nampak Boboiboy guna kuasa.

Viktor : Fuhhhhhh!!!! Ni kalau Ali tengok ni- eh? *ada yang telefon*

Auntie Ong : Ah Boy?! Where are you?! Makanan already siap ma! Balik balik!

Viktor : Alamak! Makanan dah siap! *lari balik ke kedai makan*

Flashback end~~~~~~~

.
.
.
.
.
.
.
.

Viktor : Begitu lah kisahnya~~~~~

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now