Misi : Rumah Hantu

839 103 21
                                    

Suara jeritan, ketawa, lelongan barangan dan suasana gembira dapat dirasai di Sekolah Menengah Cyberaya pada pagi Sabtu yang indah itu.

Mana tak nya. Hari ini adalah hari berlangsungnya Festival di sekolah itu untuk tahun itu.

Dan ianya festival pertama yang Ali lalui di sekolah barunya.

Ramai ibu bapa, kawan kawan sekolah lain, sepupu sepapat yang datang pada hari itu dengan ajakan dari pelajar pelajar itu sendiri.

"Sana sana! Tu rumah hantu yang semua orang dok cakap tu!"

"Apa lagi, jom lah beratur! Aku nak jadi yang awal rasa seram rumah hantu tu!"

Walaupun belum dibuka, kerana masih terlalu awal, tetapi, sudah ramai yang beratur, ingin menjadi yang awal memasuki rumah hantu itu.

Yelah, mana lengkap festival sekolah tanpa sebuah rumah hantu yang akan membuat semua orang tercirit kan?//'plak!!!//

Ali, yang berjaga di kaunter pembarayan tiket masuk, kelihatan kagum dengan jumlah pengunjung di depannya ketika itu.

Ali : Ramainya.....

Viktor, yang duduk betul betul di belakang Ali dengan keadaan kerusinya bersandar pada dinding, kelihatan sedang menyiapkan tabletnya untuk memasang semua sound effect untuk rumah hantu itu.

Viktor : Biasa ma! Tahun lepas waktu kita masih di sekolah rendah pun macam ini juga! Sampai aku kena beratur setengah jam hanya untuk masuk rumah hantu sahaja!

Ali : Ala, mana aku tahu! Tahun lepas kan mana aku datang festival terakhir kita dengan sana! Aku kan ada hal dengan kelab stem aku!

Ya, kenyataan itu masih membuat Ali bengang. Ingat nak berseronok, ada misi pulak. Dah lah tahun terakhir dia dekat sana.

Viktor : Haiya, aku lupa! Sorry sorry!

Ali : Hm, sorry naik lori lah kau.

Viktor : Hehehe....

Viktor menggaru pipinya yang tidak gatal dengan kekok.

Ali : Apa apa pun, semua pelakon kita dah siap ke belum?

Ali mencuba mengintai dari sebalik tingkap, ingin melihat keadaan yang berada di dalam.

Berpindah ke dalam pula, kita memiliki 14 pelakon kesemuanya, untuk setiap sudut di dalam rumah hantu itu.

Rumah hantu diorang besakkkkk tau~

Diorang gabung 3 kelas terus! Dinding diorang jenis boleh bukak, macam dekat sekolah rendah agama Author dulu. Dinding besi ber rail ohhhh-

Jadi, best lah sikit, tak adalah sekejap jalan dah keluar.

Kelihatan Moon dan Zass yang baru tiba dengan make up hantu mereka.

Moon : Hai korang! Aku berjaya tarik Zass sekali untuk teman kita hari ni!

Zass hanya mampu mengangguk. Dia pun tak ada benda sangat nak buat hari tu, jadi dia terima sahaja ajakkan Moon.

Moon memakai make up hantu Toyol, manakala Zass jadi hantu Kak Limah. Pakai rambut palsu, uhuk-

Alicia, sebagai ketua untuk para pelakon, dan juga dengan make up muka bernanahnya, disebabkan dia jadi hantu Kum Kum, menepuk tangan untuk meminta perhatian semua orang.

Alicia : Bagus. Lagi ramai, lagi bagus. Semua dah siap dah make up masing masing? Kita dah nak bukak ni.

Mereka semua mengangguk, termasuklah 7 orang pemuda bertopeng yang berdiri di sebelah Boboiboy.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now