Misi : Balik 2

1.3K 143 31
                                    

Leon : APA BISING BISING NI?!?!

Mereka semua terkaku, melihat ke arah Ejen Leon dan Ejen Geetha yang telah berada di sana.

Mereka berdua berjalan ke arah mereka, dengan muka serius.

Jet : E-E-Ejen Leon?! Ejen Geetha?! Apa yang Tuan berdua buat dekat sini?!

Ejen Leon memberi tatapan tajam ke arah Jet, membuatkan Jet merinding satu badan.

Leon : Soalan bodoh apa yang kamu tanya ni? Masyuarat kami dah tamat. Semestinya kami kembali ke sini untuk sambung latihan kamu semua!

Kegarangan Ejen Leon membuatkan kesemua Ejen Muda merinding ketakutan.

Dah macam Jeneral pun ada.

Dah lah sama sama ketot, uhuk-

Geetha : Kami dapat dengar jeritan dari pintu keluar tadi. Kamu semua ada bergaduh ke?

Itu sememangnya apa yang Ejen Geetha fikirkan pertama kali selepas mendengar jeritan itu, kerana dia sudah biasa dengan perangai Ejen Muda yang tak pernah nak akrab tu.

Tetapi, mereka semua menggeleng laju.

Alicia : Tak-tak adalah Ejen Geetha! Kami tak bergaduh! Kami janji!

Ok, satu nahas nak kena cari idea nak menipu.

Mereka dari awal, memang tidak mahu para Mentor tahu rancangan mereka, kerana mereka tidak mahu memperbesarkan hal itu.

Tambah lagi, tekaan mereka betul.

Tapi sekarang ni, mereka berhadapan dengan dua Ejen Mentor yang pandai, dan semestinya boleh lihat disebalik topeng menipu mereka.

Leon : Kamu ingat kami lembab? Tak akan ada jeritan kalau tak ada sebab. Baik kamu semua mengaku cepat, atau saya tambah latihan kamu semua hari ni sampai malam!!!

Mereka semua dah mula berpeluh.

Aduh, apa nak buat ni?

Diorang tak mahu bagitahu hal sebenar.

Tapi mereka juga tak mahu latihan sampai malam.

Leon : Rudy. Kamu yang bertanggungjawap kan? Bagitahu saya apa yang berlaku.

Rudy dah berpeluh satu dahi, panik.

Dia cuba kekalkan coolnya sebab tak nak kena syak, sebab ini semua idea dia.

Rudy : Saya..... er......

Rudy menjeling kepada yang lain, meminta pertolongan.

Tapi mereka yang lain pula mengalihkan pandangan mereka ke tempat lain, tidak mahu membantu Rudy.

Rudy dah tumbuh perkaki empat atas kepala dia.

Rudy : *dalam hati* 'Bertuah punya kawan......'

Rudy menelan air ludah kelat.

Leon : Rudy! Saya tanya ni kan?!

Mereka semua ter-flinch akibat takut.

Rudy baru sahaja ingin membuka mulut, sebelum seseorang tiba tiba memegang bahunya, dan mengangkat tangannya.

Boboiboy : Ianya saya, Ejen Leon.....

Boboiboy berdiri tengak di sana, dengan wajah bersalah.

Para Ejen Muda semua terkejut bila Boboiboy tiba tiba sahaja berkata begitu.

Terutamanya kerana ianya tidak benar.

Mereka yang bersalah.

Kenapa Boboihoy nak menipu untuk mereka?

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now