Misi : Kuasa

1.4K 143 32
                                    

Ali dan Boboiboy duduk berhadapan satu sama lain di atas lantai.

Ali sudah siap merawat tangan Boboiboy.

Comot juga ada di sana, duduk di atas katil, di antara mereka berdua.

Ali memandang Boboiboy dengan serius, manakala Boboiboy dan berpeluh satu dahi sebab kena tatap macam berhadapan dengan Cikgu Disiplin.

Ali : Ok~ kau dah janji. Selesai je aku rawat tangan kau, kau akan tunjukkan ke aku kuasa kau, kan?

Boboiboy : Y-yaaaaa....... *melirik ke tepi*

Ali : Jadi, tunjukkan lah.

Boboiboy mengambil nafas dalam, dan mengeluh berat, sebelum memandang Ali semula.

Boboiboy : Baiklah. Sebelum itu, baik aku jelaskan dulu kuasa aku.

Ali mengangguk.

Boboiboy membetulkan kedudukkan duduknya.

Boboiboy : Kuasa aku, adalah Kuasa Manipulasi Elemental.

Ali : Kuasa Manipulasi Elemental?

Boboiboy mengangguk.

Boboiboy : Kuasa ini memberikan aku kemampuan untuk aku mengawal element yang berada di bumi ini.

Ali kelihatan bersemangat mendengar hal itu.

Ali : Jadi, berapa Element yang kau boleh kawal?

Boboiboy mengangkat 7 daripada jarinya.

Boboiboy : Tujuh.

Ali : Banyaknya!

Boboiboy terketawa melihat tingkah Ali yang macam budak kecil teruja lihat mainan.

Boboiboy : Setiap Element memiliki 3 tahap yang perlu dikuasai. Dan percayalah. Ianya bukan mudah.

Ali meneguk ludah kelat, gementar.

Ali : Er.... *angkat tangan* Boleh aku tanya satu soalan tak?

Boboiboy : Boleh. Tanyalah.

Ali : Sebenarnya..... teori kami adalah kuasa kau berfungsi menggunakan emosi. Sebeb itulah kami cuba buatkan kau marah sehingga kau keluarkan kuasa kau. Kami betul ke?

Boboiboy mengeluh kecil, sebelum mengangguk.

Boboiboy : Korang betul. Aku terkejut juga yang korang berjaya rungkapkannya. Walaupun cara korang sedikit...... huh.....

Ali tahu apa yang Boboiboy cuba katakan. Dia melihat ke bawha dengan wajah bersalah.

Ali : Maaf.... sebab hal tu.....

Boboiboy menggeleng.

Boboiboy : Tak. Kau tak perlu minta maaf. Perkara dah berlalu. Lagipun, kalau aku marah sekali pun, korang masih lagi dah tahu pasal hal ni.

Boboiboy mencuba untuk berfikiran rasional ketika itu. Dia takut kalau dia bertindak mengikut hatinya seperti selalu, akan lebih ramai orang yang tahu pasal kuasanya.

Ali hanya mengangguk, walaupun dalam hatinya masih rasa bersalah.

Boboiboy : Ok, aku sambung. Kuasa ini juga mampu mengawal badan aku sepenuhnya, sehingga akh menjadi orang yang berbeza, kerana setiap element memiliki emosi sendiri yang dikendalikan.

Boboiboy tiba tiba mengangkat tangan kirinya, dan menunjuk ke arah jam kuasanya.

Boboiboy : Dan setiap kuasa itu datang dari jam kuasa ini.

Ali yang terkejut, terus bergerak sedikit ke hadapan, sehingga kedua dua tangannya menyentuh tanah.

Ali : Jadi jam ni memang bukan jam biasa biasa lah?!

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now