Season 2 : Prolog

370 47 7
                                    

Bunyi kesibukkan bandar kini sudah hilang daripada pendengarannya.

Satu persatu pokok melepasi tingkap yang dia sandari sambil menunggu dirinya tiba di stesyen yang dia ingin tujui.

Kerana kereta apinya terbang dengan kuasa magnet, tiada bunyi geseran tayar yang didengarinya, membuatkan perjalanan itu terasa tenang.

Dah berapa lama dia tidak rasakan perasaan ini?

Ah, ya.

Dah 4 tahun berlalu sejak terakhir kali dia melakukan perjalanan jauh menaiki kereta api ini untuk pulang ke kampung halamannya.

Pertama kali, ianya disebabkan oleh cuti akhir tahun.

Dan kali kedua, adalah untuk berpindah menemani atuk tersayangnya di kampung.

Dan kini, dia menaikinya lagi untuk pulang ke dekapan atuk tercinta selepas 2 bulan berpisah akibat bertemu dengan sepupunya.

Rasa nostalgia ini, membuatkan dia semakin rindu untuk melihat sosok tua itu.

Membuatnya terfikir fikir sekali lagi, ap benda yang dia nak buat bila tiba di sana nanti?

Tolong Tok Aba jaga kedai macam biasa? Jalan jalan sekitar Pulau sambil bawa Tok Aba? Ceritakan semua pengalaman dia selama ni pada Tok Aba?

Yang pasti cuma satu. Dia mahu luangkan sisa hari itu bersama dengan Datuknya.

Hari sudah pun menjelang pukul 3 petang.

Jejaka muda itu menutup matanya, menunggu sehingga mereka tiba.

.
.
.
.
.

Beberapa ketika berlalu, sudah tidak lama lagi sehingga mereka tiba di Pulau kampung halaman mereka itu.

Gopal menggongcang badannya.

Gopal : Bangun dey! Dah nak sampai dah ni!

Terkejut roh tiba tiba masuk dalam badan dibuatnya budak tu.

Boboiboy : Hah?! Hah?!

Gopal pun pelik lihat kawannya tu terkejut semacam, macam nampak hantu.

Gopal : Aku cakap kita dah nak sampai. Lagi 10 minit macam tu sampai lah kita dekat stesyen.

Boboiboy : Oh~ kus semangat. Buat terkejut je kau ni.

Gopal : Dah kau yang tiba tiba tidur. Tak kan aku nak biar kau tidur je sampai akhir dey. Nanti kau terlajak stesyen sampai melaka nanti macam mana?

Boboiboy hanya memasang muka malas, malas mahu melayan kawannya itu.

Perjalanan menggunakan kereta api, kapal terbang dan kereta api lagi sejak pagi memang banyak mengkuras tenaga mereka, jadi tak pelik kalau mereka tertidur.

Ying dan Fang pun turut tertidur sama, tapi sudah dikejut oleh Yaya sebelum Gopal mengejutkan Boboiboy.

Selang beberapa saat, kedengaran pengunguman diumumkan daripada pemandu kereta api itu.

.
.
.
.

.

"Tuan dan Puan. Kita akan tiba di stesyen berikutnya
tidak lama lagi. Terima kasih kerana memilih
Yong Ping Aero Train."

.
.
.
.
.

Gopal : Hah, tu dah nak sampai dah! Cepat angkat beg dey!

Mendengar arahan, Boboiboy pun mula berdiri daripada tempat duduknya, dan mengambil begnya.

Tiba tiba, masih terdengar suara daripada pemandu kereta api.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now