Misi : Sekolah Part 2

1.8K 179 25
                                    

Bila sampai di kelas, masing masing kawan kelasnya macam tak percaya yang Ali datang awal. Walaupun awalnya cuma 5 minit sebelum loceng bunyi.

Viktor : Wah~ Ali. Dah mula datang awal ya? Dah lama aku tak nampak kau datang awal.

Ali : Tak adalah. Anak kawan Papa aku yang bawa aku hari ni. Sebab tu awal. Kalau tak, hm, kena rotan lagi lah.

Selamat jujur. Kalau menipu, dah lama Alicia baling kertas ke kepala Ali.

Viktor : Anak kawan Papa kau? Wah, kau tak bagitahu aku pun.

Ali : Ehehe..... lupa nak bagitahu. Sebab dia datang 2 hari lepas. Papa kata dia akan tinggal dengan kitorang selama 2 bulan.

Viktor : Woahhh! Dia tu macam mana?

Ali : Boleh tahan. Senang nak berkawan dengan dia. Dia 2 tahun lagi tua je dari kita. Dia pun ramah.

Seketika, Ali terdiam sambil memandang ke Viktor. Viktor pelik lihat muka Ali yang tiba tiba cuak.

Viktor : Ali? Ali? Kenapa?

Ali : Aku lupa aku tak bagi nombor telefon aku dekat dia lagi!

Cuak punya cuak, nasib jaga suara. Kalau tak, satu kelas dah tengok dia. Nasib Puan Munah tak masuk kelas lagi.

Viktor : Hm? Kenapa kalau kau tak bagi nombor kat dia?

Ali : Aku dah kata kat dia yang nanti waktu balik sekolah aku telefon dia! Macam mana ni macam mana ni macam mana ni!

Habis gelabah satu badan sebab takut Boboiboy datang salah waktu or kalau tiba tiba M.A.T.A panggil dia untuk misi ke apa. Kalau dia ada misi, mesti dia sampai rumah lambat.

Viktor : Sabar sabar. Jangan gelabah. Kan kau boleh telefon ayah kau, bagitahu dia untuk telefon dia ke? Mesti ayah kau ada punya.

Bila dengar apa yang Viktor kata, Ali tenang sedikit. Kalau tak, mesti dia dah hentuk kepala dia kat meja sebab bodoh sangat.

Ali : Betul jugak. Terima kasih Viktor dah bagi cadangan kat aku.

Viktor : Tak ada hal ma. Hah, lepas sekolah ni, nak datang rumah aku tak? Kita main Detektif Jebat yang terbaru! Kau boleh bawak anak kawan ayah kau tu nanti!

Ali : Ok, cun! Tapi aku tak boleh janji.

Viktor : Hm? Kenapa?

Ali : Cikgu aku tu, suka buat perjumpaan kelab stem tiba tiba. Entah nya hari ni pun dia nak buat.

Viktor : Hm, betul jugak eh. Masuk minggu lepas dan sebelumnya, nak dekat 20 kali Cikgu Karya buat perjumpaan club stem.

Ali : Tulah. Tapi tak apa. Bila dah habis, aku teruz ke rumah kau kalah boleh.

Viktor : Ok, power!

Dan dengan itu, Cikgu Munah sampai ke kelas.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Waktu rehat tiba, semua murib berpusu pusu bergerak ke kantin, termasuklah Ali. Dia berjalan dengan Alicia. Kerana tak nak sesiapa mendengar mereka, mereka bercakap dalam code.

Ali : Weh, kau rasa Cikgu Karya buat tak kelab stem untuk hari ni?

Alicia : Hm? Yang tu aku tak tahu. Tapi, kalau ya, kenapa?

Ali : Aku lupa bagitahu Boboiboy nombor telefon aku.

Alicia hanya mampu menepuk dahinya.

Alicia : Hadui kau ni. Sampai bila nak jadi pelupa?

Ali : Hehe.... sorry.... tapi tak apa. Nanyi aku bagitahu Papa aku.

Alicia : Yelah. Boboiboy tu macam mana orangnya?

Ali : Baik je. Tapi boleh tahan tegas jugak. Macam kau. Ehehehe.

Alicia : Aku luku kau dengan siku aku baru tahu.

Ali : Ehehehe, sorry sorry.

Alicia : Sorry naik lori lah kau.

Satu sekolah dah tahu yang Alicia dah mula rapat dengan Ali. Biasalah, pengawas. Baru masuk tingkatan 1 dah jadi murid terhormat sekolah.

Sampai ada yang shipkan diorang.

Mereka pun sampai ke kantin. Mereka pun mula berpisah ke kawan masing masing.

Kelihatan Uncle Bakar berlajan mendekati Ali yang sedang duduk sorang sorang sementara Viktor pergi beli makanan.

Lepas kejadian dulu, dia dah tak berani dah nak beli makanan kat gerai tepi jalan. Kang tak pasal pasal terdapat benda milik organisasi besar lagi. Cukup jelah dia tersekat dengan M.A.T.A.

Bakar : Ali!

Ali : Eh? Uncle!

Bakar : Hah, macam mana? Kena marah lagi ke~? *cuba sakat Ali*

Ali : Tak.

Bakar : Wuuuu. Kenapa?

Ali : Boboiboy hantar Ali ke sekolah tadi. Jadi sempai sampai sekolah.

Bakar : Ooooooo. Naik Apa?

Ali : Motor.

Bakar : Oooooooo. *loading jap* Hah?! Motor?!

Ali : Shhhh! Bising lah Uncle ni.

Bakar : Ehehehehe, sorry. Macam mana dia ada motor? Bukan dia baru 15 tahun ke?

Ali : Manalah Ali tahu. Tengok tengok dia dah naik motor depan rumah. Tapi motor dia cool! Canggih! Roda motor dia boleh jadi hoverboard! Kitorang meluncur atas jalan raya!

Bakar : Wihhhh! Macam hebat je bunyinya! Uncle nak cuba mintak pinjam lah motor dia balik sekolah nanti!

Ali : Larat ke motor tu nak tampung Uncle?

Ali tersengih nakal ke Uncle Bakar.

Bakar : Eh kamu ni. Uncle ni sado, bukan gemuk!

Ali : *tengok perut Uncle Bakar*  Yeeeee keeeee?

Bakar : Tampar sat gi baru tahu.

Ali : Ehehehehe.... sorry sorry.

Selepas Viktor kembali, semua nya pun kembali normal kembali.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sudah tiba waktu balik sekolah. Sebaik sahaja Ali mahu menggalas beg sekolahnya, dia sudah melihat Ejen Karya di luar kelas.

Ali : Hm.... dah agak dah.

Alicia dan Ali pun keluar dari kelas dan berjalan ke arah Ejen Karya.

Karya : Hah, sampai pun. Jom, kelab dah nak mula.

Mereka pun berjalan mengikuti Ejen Karya ke pondok stem seperti biasa. Sebelum masuk, Ali bersuara.

Ali : Er... sekejap Cikgu! Saya nak telefon Papa saya kejap. Nak suruh dia bagitahu orang yang patut ambil saya hari ni saya balik lambat.

Karya : Hm? Oh, boleh boleh.

Ali : Yes!

Ali pun segera mengambil tabnya, dan menelefon ayahnya.

Ali : Assalamualaikum Papa!

Ghazali : Hm? Ali? Waalaikumusalam. Kenapa tiba tiba telefon Papa ni?

Ali : Boleh tak bagitahu Boboiboy Ali balik lambat hari ni? Ada perjumpaan kelab stem lagi. Jangan risau, Ali bawak skuter Ali pergi sekolah. Nanti Ali balik sendiri macam biasa.

Ghazali : Oh, ok ok. Nanti Papa bagitahu Boboiboy. Balik elok elok.

Ali : Ok Papa! Bye!

Ali pun memutuskan panggilan itu.

Ali : Ok, dah siap Cikgu!

Karya : Baiklah. Jom kita masuk.

Mereka bertiga pun masuk ke dalam pondok itu, dan mereka pun memasuki M.A.T.A seperti biasa.
















958 perkataan

Hehe :v

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now