Misi : Berjumpa

2K 206 14
                                    

Boboiboy tertidur sepanjang perjalanan. Bila dia sedar, dah satu setengah jam berlalu.

Dia lihat ke luar, dan melihat sebuah pulau besar, sangat sangat besar, yang dipenuhi oleh bangunan bangunan tinggi yang modern dan megah. Tapi, yang buat Boboiboy makin kagum, pulau itu ditutupi dengan sebuah kubah lutsinar.

Kapal terbang yang dinaikinya menembusi kubah itu, dan mereka akhirnya masuk ke dalam pulau itu.

Melihat yang dia akhirnya hampir tiba, dia terus mengeluarkan telefonnya, dan beritahu kepada ayahnya, yang dia dah nak tiba.

Inilah balasan Amato.

"Baguslah yang Boboiboy dah tiba"

"Boboiboy akan tinggal bersama kawan ayah selama 2 bulan"

"Dia juga ada anak lelaki. 2 tahun lebih muda sahaja dari kamu"

"Pastikan yang kamu tidak menunjukkan kuasa kamu. Tiada sesiapa di sini yang tahu kamu ada kuasa. Ayah takut kamu akan ditangkap pihak kerajaan sekiranya kamu menggunakan kuasa kamu sesuka hati"

"Kalau ada apa apa yang berlaku, tolong bagitahu ayah"

"Harap kamu berseronok di sana, anak Ayah"

Boboiboy hanya mampu membalas, baiklah.

Dia berada di sebuah bahagian Malaysia yang lajn, dimana tidak ada satu pun manusia yang mengenalnya, termasuklah yang digelar kawan ayahnya itu.

Betul kata Amato, dia tidak boleh terus mempercayai sesiapa di sana dengan kuasanya. Dianperlu sembunyikannya sebaik mungkin.

Boboiboy : Tempat ni nampak sangat sangat maju dari Pulau Rintis dan Kuala Lumpur.

"Para penjmpang terhormat. Kita akan mendarat tidak lama lagi. Semua diminta memakai tali pinggang keselamatan. Terima kasih"

Boboiboy : Baiklah Cyberaya. Here I come.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kedengaran bunyi berdengkur, datang dari sebuah bilik yang agak bersepah.

Nampaknya dia tertidur pulas. Bahkan seekor kucing kelabu yang tidur di atas perutnya, tidak mampu mengejutkannya.

Tiba tiba, telefonnya, yang diletakkan di atas meja di sebelah katilnya, berdering.

Dengan mamai, dia bangun dari tidurnya, dan menggapai telefonnya, dan menjawap panggilan itu.

??? : Hello........ *mamai*

Ghazali : Hello Ali. Tak bangun lagi?!?!

Ali : *hampir terbaling telefon, terus segar* P-Papa?!?!

Ghazali : Ish kamu ni. Kan Papa dah kata suruh bersiap awal! Anak kawan Papa tu dah sampai dah dekat Cyberaya ni!

Ali : Hah?! Dah sampai?! Alamak alamak alamak! Sorry Papa! Ali akan bersiap sekarang! 

Ghazali : Haih..... apalah nak jadi dengan kamu ni. Orang yang kamu perlu jemput tu, dia pakai topi warna oren, dengan baju vest oren juga. Kamu boleh memanggilnya, Boboiboy. Kamu boleh jemput dia dekat stesyen kereta api yang tak jauh dari rumah kita tu.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now