Misi : Berseronok

706 90 26
                                    

Sudah pukul 3 petang.

Para Kokotaim, Ali, Uncle Bakar dan Viktor sedang jalan jalan di Bandar.

Disebabkan mereka nak keluar, Ali telefon Viktor yang dia tak jadi nak main dekat rumah kawan dia tu petang ni dan memilih untuk ajak Viktor sertai mereka.

Viktor apa lagi, dah orang ajak keluar, dia pun ikut jelah.

Ali pun menggunakan masa ini untuk luangkan masa sepenuhnya dengan sepupunya itu dan untuk lebih mengenali kawan kawan Boboiboy.

Uncle Bakar ikut sekali kerana mereka perlukan orang dewasa untuk teman mereka.

Walaupun semua budak budak di situ dah pernah berlawan dengan musuh yang hampir meragut nyawa mereka-

Mereka bercadang untuk pergi ke Mall Cyberaya, sebab dua minah dalam kumpulan mereka ni nak shopping.

Yang lelaki pun terpaksa ikut sahajalah.

Yaya : Besarnya Mall ni!

Ying : Eeeeeekkk! Tak sabarnya aku nak beli apa apa cenderamata yang kita boleh jumpa!

Dua gadis itu pun mula berlari masuk ke arah kedai kedai yang ada di sana.

Bakar : Janga pergi jauh jauh sangat! Nanti sesat!

Yaya, Ying : Baik Uncle!

Boboiboy : T-tunggu kitorang!

Lebihan Geng Kokotaim itu pun mengikut ahli perempuan mereka dari belakang.

Sementara mereka berlima sudah pergi, Uncle Bakar mendekati Ali.

Bakar : Ali, macam mana keadaan Boboiboy?

Uncle Bakar akhirnya menanyakan soalan itu kepada Ali kerana tidak sempat menanyakan perkara itu ketika di rumah tadi.

Ali, kelihatan gelisah, tidak mahu mengatakan perkara sebenarnya kepada Pakciknya itu.

Ali : Dia ok. Dia tidak lupakan apa apa selain daripada M.A.T.A. Semua aktiviti di M.A.T.A nampaknya bertukar menjadi hanya dirinya luangkan masa di Cyberaya dan dengan kita.

Ali tidak sanggup mengatakan hal sebenar kepada Uncle Bakar kerana takut Uncle Bakar akan memberitahu hal tersebut kepada atasan mereka, dan akan betul betul hilangkan memori Boboiboy kali ini.

Bukan dia tidak mahu percayakan Pakciknya, tetapi, apa sahaja boleh berlaku tanpa mereka jangka kan.

Kena ingat, yang mulut manusia tidak boleh ditutup.

Lebih baik jika sekecil mungkin manusia yang tahu pasal kebenarannya.

Hanya dia dan Boboiboy sahaja.

Viktor : Tapi baguslah kalau macam tu ma! Maknanya, kita tidak perlu lakukan apa apa untuk buat dia ingat kita!

Ali hanya mampu mengangguk dengan ayat Viktor itu.

Kembali ke Kokotaim semula, mereka sedang berada di kedai pakaian.

Tetapi, bukan baju yang menjadi perhatian mereka.

Malahan, topi haiwan.

Yaya : Eeekkkk! Comelnya topi ni!

Kalau yang pernah pergi Cameron Highland atau tempat perlancongan yang lebih kurang gitu, mesti tahu topi apa yang Author maksudkan.

Alah, yang topi yang panjang kiri kanan lepas tu ada pemicit kat hujung dua dua belah, lepas tu bila picit, telinga kat topi tu tengak tu.

Author ada yang kambing punya ohohok-

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now