Misi : Kuasa Part 7

1.2K 135 30
                                    

Setelah semua benda yang terjadi tadi, mereka akhirnya masuk semula ke dalam rumah.

Mereka berdua duduk kembali berhadapan satu sama lain.

Ali : Jadi, untuk sementara waktu, kita tak akan bertemu lagi lah, kan?

Hali kelihatan tidak gembira akan itu.

Hali : Nampaknya macam tu lah. Kau kena faham, Tuan buat semua ni untuk kebaikkan diri dia sendiri. Dan juga untuk kebaikkan kau.

Dia sama sama sahaja macam Ali.

Pada akhirnya, mereka berdua tidak mahu kehilangan satu sama lain.

Hali mendengar keluhan kecil datang dari Ali.

Ali : Haih.... aku tahu. Sebab tulah aku sayangkan dia. Aku nak dia rasa macam di rumah bila dengan aku. Tapi.... mungkin aku kena cuba lebih kuat lagi lepas ni.

Hali terkedu seketika, sebelum terketawa kecil.

Hali : Kau tak perlu cuba sekali pun..... sebenarnya. Ehe...

Ali tersentak kecil, mendengar ayat Hali.

Hali tahu Ali tidak memahaminya. Dia kemudian memegang bahu kanan Ali.

Hali : Sebab tak kira apa sekali pun, dia dah terima kau dari awal. Dia cuma teragak agak mahu percaya akan hal itu, sebab dia takut kau tak akan terima dia.

Ali hanya diam.

Entah mengapa, hatinya merasa senang, gembira, mendengar hal itu.

Hali menarik bahu Ali itu, dan kemudian memeluknya.

Ali terkejut dengan tindakkan tiba tiba Hali itu, tetapi, dia biarkan sahaja, dan membalas pelukkannya.

Memang kelihatan langka untuk elemental kemarahan untuk mmeluk eseorang dengan kehendaknya sendiri, tapi, pada akhirnya, dia masih lagi hanya sekadar budak kecil.

Mereka berdua, hanya sekadar budak kecil.

.
.
.

Shinggg!!!

Muncul gegelung cahaya berikutnya di belakang Hali.

Hali : Nampaknya dah masanya untuk aku pergi.

Hali melepaskan pelukkannya, dan berundur beberapa langkah ke belakang, dan duduk semula.

Hali : Bye Ali. Kalau ada peluang lagi, mungkin kita akan bertemu kembali.

Ali tahu akan itu. Sebab itulah dia hanya duduk di tempatnya, dan mengangguk.

Ali : Pastikan kau maksudkannya. Aku nak jumpa korang semua lagi.

Hali : Hehe. Aku tahu kau akan.

Hali tersenyum memandang Ali, sambil menutup matanya, melambai kepadanya, sambil badannya di lalui oleh gegelung cahaya itu sepenuhnya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cahaya itu akhirnya terpadam, meninggalkan sebujur badan di depannya.

Bajunya berubah seratus peratus berbeza dari Hali sebelum ini.

Dia memakai jaket musim sejuk berwarna kelabu, dengan beberapa garisan biru di jaket itu.

Dia seperti memakai baju biru cyan di dalamnya.

Hoodie jaket itu menutupi topi dan kepalanya.

Topinya berubah menjadi warna biru aqua, dengan logo berpusar berwarna putih.

Dia kelihatan memandang ke bawah, membuatkan Ali tidak dapat melihat wajahnya.

Tapi, dia tidak perlu melihatnya untuk membuatkannya seperti kenal kepada sosok Boboiboy di depannya itu.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now