Misi : Terbongkar 2 Part 3

1.4K 148 46
                                    

Boboiboy : H-huh?

Semuanya tiba tiba berubah.

Suasana yang tadinya tenang tiba tiba menjadi tegang.

Bukan hanya Ali. Tapi kesemua Ejen Muda memandang ke arah Boboiboy dengan pandangan bengis.

Dia tak faham. Apa benda yang dia buat salah sampai mereka pandang dia sebegitu sekali.

Boboiboy : A-Ali? Korang? K-kenapa ni?

Pandangan mereka masih tidak berubah.

Ali berjalan tepat tepat ke depan Boboiboy dan menolak badan Boboiboy di dadanya menggunakan jari telunjuknya.

Ali : Jangan pura pura nak jadi baik lah! Kau ingat ada orang yang sukakan kau ke?!

Ali tiba tiba jadi seperti itu. Dia membentak Boboiboy tak tentu pasal.

Boboiboy tak mampu nak memproses apa apa. Ianya berlaku tertalu pantas.

Boboiboy : A-apa maksud kau ni? Apa yang a-aku dah buat?

Suara Boboiboy mula menjadi tak teratur.

Tiba tiba Jet berjalan ke sebelah Ali, dan memegang bahu Ali.

Boboiboy : Jet?

Jet memberi pandangan sombong kepada Boboiboy.

Jet : Memang patut pun kau tak faham. Sebab kau lembab!!!

Perkataan yang tiba tiba keluar dari mulut Jet itu membuatkan fikiran Boboiboy mulai bercelaru.

Boboiboy : L-lembab?

Dia langsung tak faham apa apa. Kenapa semua orang tiba tiba jadi kejam dekat dia ni?

Selama ni tak pernah pun mereka lakukan perkara itu padanya.

Bulat : Dah lembab tu mengaku lembab jelah. Benda simple je pun kau tak boleh nak faham.

Bulat tiba tiba membuka suara, membuatkan Boboiboy sudah tidak mampu fokus untuk dengar siapa.

Dia tak mahu dengar sesiapa pun.

Tapi dia tak mampu nak diamkan suara manusia.

Boboiboy *dalam hati* A-apa dah berlaku ni? Kenapa semua orang marahkan aku? Aku ada buat salah ke? Bahkan Ali.......

Semuanya baik baik sahaja 1 minit yang lepas. Kenapa semua orang marahkan dia?

Boboiboy : K-kalau aku ada buat salah apa apa, kau boleh bagitahu aku je, Ali! Aku akan perbaikinya, aku janji!

Walaupun dia sendiri tak tahu salah apa yang dia buat sampai mereka marah sebegitu sekali pada dirinya, tapi dia tetap mahu perbaikinya.

Ali : Tch. Kalau kalau kau baiki keadaan sekali pun, ianya tak akan merubah apa apa.

Ali menyilangkan tangan ke dadanya, sambil memberi jelingan tajam ke arah sepupunya itu.

Boboiboy sudah di ambang mahu kalah dengan perasaannya, tetapi dia kena kekal kuat.

Selagi hal ini tak selesai, dia tak boleh tunjukkan sisi lemahnya pada mereka.

Boboiboy : A-aku ada hutang dengan kau ke? K-kalau ya, nah! Aku akan ganti semuanya, aku janji!

Boboiboy mengeluarkan dompet dia, dan mengeluarkan beberapa lembar duit yang tak seberapa, dan menghulurkan kesemuanya kepada Ali dengan senyuman yang dipaksa.

Dia hanya tinggal itu sahaja. Duitnya sudah habis membelikan benda untuk hari jadi Ali. Dia tahu ianya tak seberapa, tapinkalau tak cukup, dia akan cari lagi sehingga hutangnya habis.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now